Wednesday, May 21, 2014

Test Tahap Sejuk




Citer ni da lama.

Tapi belum basi. hahahaha boleh? 


Ni adalah percutian paling berani.


Kami bawak zara ke tempat Cameron Highlands. dalam hati memang nak test tengok tahap body dia macam mana. boleh ke tak. selama ni mana lah cik kak ni penat berjalan2 tempat gini kan. ni da besar sikit baru lah mak apak dia berani.


Sebenarnya mak and ex-classmate kolej dulu da plan nak ke sini. reunion kata nya. kecil-kecik je tapi beli makan macam 100 pax. maklumlah tak penah buat. jadi mak belasah jelaa beli. kebetulan jumpa tempat jual2 bahan mentah untuk steambot murah. harga borong..jadi mak macam kunap tengok harga macam tu. gitewwwww....




Antara food yang dirembat.








Makanan ni semua beli kat Hikmah Food kat taman bolton sri gombak. apa yang best nya kedai ni semua bahan mentah untuk stimbot ada. lengkap siap kuah stimbot. sup ayam..tomyam..kacang tabur semua ada. murah pulak tu. bole plan untuk family pasni.



Untuk holiday ni aku book apartment untuk 15pax. cameron ni boleh tahan sebab even bukan cuti sekolah pun apartment and hotel dia boleh full. aku pilih parkland apartment. tapi masa book da lambat untuk cop set BBQ dorang. Full already...so kami angkutlah barang2 stimbot and bbq sendiri. lebih menyayat hati...dapat rumah tingkat 4. memang naik tak turun2 lah jawab nye.







meriah kan makanan kitaorang. memang tak abis. siyes macam makan 100 pax. tak pelah pasni da boleh bajet betul2. masa kami sampai sana cuaca hujan renyai. suhu 15C and pada aku cukup sejuk untuk zara. memang pakai jaket socks je sepanjang hari. nasib baik zara tak ada bersin2 ke gigil2 ke. budak kuat kan...




Malam nak tido memang kena pakai 2 lapis baju and sweater. time ni memang paling crucial sejuk woiiii. aku risau je kejap2 tengok zara. rupanya sedap membongkang sampai pagi. selesa sangat agak nya. mak nya yang tak boleh tido sebab terlalu sejuk dan asik teringat hantu sebab sebelah umah ni hutan. heh!!!




Eksesori tu untuk poyo2 je. asik terlondeh rimas mak tengok. comel nau kepala zara. dia pun terpinga2 ape lah mak aku merepek ni. hahahaha




Esok nya terus packing and nak usha sayur then terus balik KL. aku macam biasa lah tak ada benda lain selain jagung dan sayur longgok. nak beli banyak takut nanti tak termakan. so aku pilih yang betul2 aku boleh layan je.







Jambu epal ni paling laki aku beriya nak beli. eleh......mengidam lah tu.


buah kacuk ni aku boleh makan 2 slices je max. tekak aku tak bape suka. tapi laki mak suka giles. macam kan pegi oversea je. susah nak dapat kata nya. jambu epal ni bila da balik KL rasa nya manis pahit kelat. sorry...memang out lah. tak sama rasa masa kita mengadap kat cameron.


Destinasi terakhir aku macam biasa. BOH


Hentian BOH ni makin lama aku rasa macam tak bersih. lalat banyak giler. sampah usah kata. sebab kan da sampai sini order lah jugak nak cukup kan syarat. kalau tak nanti ade yang bunyi2 sampai sebulan tak abis. tak koser aku nak tadah telinga.


Time ni hujan kejap lebat kejap reda. aku pun malas nak tunggu lama2 kesian kan zara je. takut tengah bergambar hujan berderai. zara ni sensitip...tak boleh kena hujan sikit. senang demam.


But...we had a great time. percutian pendek tapi seronok. jumpa kawan2 lama...borak sampai 2-3 pagi. rindu saat bebujang kau. hahaha aku dapat soping sikit2 pun jadiklaa. sikit laa sangat kan. menimbun jagung dalam bonet dengan segala tok nenek sayur. sikit sangatttttt....




Potret korga. 

Most of the time memang macam ni. 

Redho...





Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment