Monday, May 26, 2014

Progress 1y 6m



Time flies!


Kejap je masa my angel da 1y6m. even masih belum boleh berjalan mak tak kisah asalkan anak mak ni sihat aktif....cukuplah. memang tak dinafikan..baby prem punya antibodi tak kuat macam fullterm tapi aku tak penah rasa benda ni macam beban atau sesuatu yang menyusahkan.


This is priceless!


agak rumit nak jaga anak prematured ni. segala nya kena bersih. persekitaran dalam umah dan pemilihan tempat kalau nak outdoor. bunyi macam renyah tapi aku da biasa. bila tengok balik semua gambar2 lama dari hari pertama kami bawak dia kuar uma sampai hari ini rasa sebak sangat.




 1st day at home. 6months with discharge weight 3.2kg




Now...



hobi skang suka berdiri tapi berpaut lah. dia tak berani nak lepas tangan. tengok katun ke apa semua nak berdiri. kadang tu tahan mata sampai lewat malam sebab nak main bertenggek2 dengan apak nya. apa punya paten hobi lah pun mak tak tau.


anak dara pak ajiz


Kerinting curly tu mak tak tau dia ikut sepa. rambut mak lurus hokey. haha nak kena korek gambar lama ni tengok dia ni baka yang mana satu. baju ni apak dia belikan. mmmmm nak kata macam yeh.....apak dia tak sabar kot nak tengok anak dia besar cepat. (tolong kaver apak salah bajet size)




Izara akan behave sikit kalau tengok apak dia solat. nanti dia intai2 laa konon tengok apak dia buat apa. tapi skang kena hati2 sebab kaki dia boleh menguak nak panjat kuar dari cot. ada satu hari apak dia tengah solat tiba2 Izara nak terkuar dari cot ala2 nak melompat tu. menjerit apak dia...terbatal solat. 

maka kita da down grade kan cot to the lowerrrrrrr level. pastu dia drama laaa........ rasakan laa nak.



Kalau tengok cadar kitaorang ni macam sama je. memang pun sebab zara skang kuat muntah. kami ganti2 dua jenis je. sayang nak pakai yang baru. hahaha bole gitu???? tunggu dia besar lagi sikit kurang adegan muntah2 baru laa mak dia bole fefeeelinggggs.


Alhamdullilah...zara makin bijak dan progress pun banyak. dia da boleh ikut arahan yang simple and yang penting she's understand certain thing. like...bila kita cakap NO. adakala dia buat dek jugak. Isk......


Pandai salam mak apak dia. kiss pipi semua dia paham. cuma dia tak akan hulur tangan salam orang yang dia tak kenal or jarang2 berada dengan dia. contoh...ATOK dan NENEK. hahaha jan kecik hati yer atok. budak baru belajar gitewwww. :-P



kids nowadays memang mudah attach dengan gadget. zara ni memang dari kecik nya suka benda2 macam ni. mak siap buat schedule untuk dia so tak ada lah kau nak mengadap hantu pocoyo tu hari2. pastu kau gelak sorang2. 

zara tak boleh tengok mak apak dia pegang henpon. sama ada dia akan menyibuk mengintip apa yang apak dia browsing atau dia akan tarik henpon tu then telangkupkan. dia nak kita layan dia...main dengan dia. geli2 dengan dia. pendek kata kalau bole dia nak kita timang2 dia sampai lenguh. koser lah mak...suh apak je yang buat. 



sampai skang masih not camera lover. kalau nak jugak kena umpan dengan pocoyo. tu pasal mata asik ke atas je. hahahahaa





dalam masa 2 bulan ni dah bape kali zara tak sihat. kira dalam masa sebulan tu boleh kata sekali mesti kena demam or batuk selsema. memang senang nak jatuh sakit even da amik vaccine tambahan tapi still kena berjaga2.





kalau macam ni punya rupa...memang kena get ready adegan muntah2 tak kira di mana anda berada. mood get ready in any circumstances. kata nya.....

muka pun longlai je....sian anak mak ni. tapi kalau da nak tahap2 sihat semangat dragon ball tu otomatik dia akan cari benda ni. oklaaa tu bagi signal akan aktif seperti biasa.




Posing tido pun dah menunjukan kematangan.


yang ni kes berangan jugak. kita kasi chance laa dia feeling macam ni.


even da 1 year plus zara still not able to walk. bertatih pun takut2. kawan mak cakap...tak apa. sabar...sebab nanti dia da berjalan kita akan rindu saat dia bergantung pada kita. saat melekat..menepek 24 jam bersama. huwaaaaaa.....sobs..sobs...


betul cakap kawan mak tu. :-(



macam mana eh nak berjauhan dengan budak ni. adoiiii tak sanggup tapi one day nanti mesti terpaksa tinggalkan dia. pulak tu zara ni pandai buat perangai weekdays..buat muka weekend...muka nak balik asrama. hahahaha


I pray for your healthy darling. it's not easy to raise u up until what i've seen today. hati kena kuat. walaupun menangis berkali2 tapi dia ni jugak penyejuk pembakar semangat aku. i love u till the end sayang. tak apa lah kalau orang nak mengata anak ibu.


Dont worry... 

 
U have me!




Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

3 comments:

  1. ada yg mengata ke ibu??? tampar orang tu laju2 huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ada...lagi2 kalau pegi shopping mall tu. melilau je mata masing2.

      Delete
  2. bolat mata tu tengok pocoyo..bayi prem memang lambat sikit..tapi walau apa pon perkembangan dia..kita tetap akan gembira..semoga zara terus kuat..

    ReplyDelete