Monday, May 19, 2014

I'm Back!




Its been a monthssssssss i left blogging! 5 bulan ade kot.. :-p


perghhhh pecah rekod tu. penyakit M yang terlampau. bagi alasan sibuk skang nie since my jewel pun makin membesar dan panjang akal.

jadi..mak nya tak ada masa nak blog sangat. masak pun ala-kad dan selebihnya tayang di kedai2 atau pun food court berdekatan. haha

ni nak menaip pun macam kelaut sebab idea da tumpul. banyak story nak share for the past 5months. untuk awal taun ni Izara da registered dalam kalender admit ward. 

kebetulan masa awal2 hantar ke BS tu tengah musim demam pakej. kena tahan 6 hari dalam wad. nasib baik infection tak teruk sebab dia xkena cucuk2 just makan ubat oral je. masa kecik senang lah mak nak tala ubat. ni da besar macam nak mendera plak nak bagi dia makan ubat. 


ada banyak lagi later on kita share sikit2. cuma skang mak risau kan mata izara. actually dia da terlepas date untuk laser mata di HKL. and standard untuk gomen hospital ni kena tunggu another month ke year untuk set up balik new operation. 


so far power mata da naik ke 1500 belah kanan dan kiri maintain normal. gap yang sangat jauh. awal bulan Februari lepas mata zara da penah kena bius so that doc tau latest power dia bape. so docs explain yang mata zara besar sebelah. 


effect from ROP laser masa newborn dulu. and suppose mata tu kena sama2 besar. dalam kes dia...belah kanan je. kalau pakai spek tak nampak sangat lah. plus..kanta mata kanan tu dislocated lagi lah nampak gap nya. kalau pegi jalan2 kat mall semua orang pandang. macam lah ape.........mmmm


lepas diagnose tu docs cakap mata kanan da jadi mata malas. untuk masa ni kena train dia macam ni lah. sayu plak ati mak tengok. lebih sayu bila dia berjalan dalam walker terhuyung hayang macam tak nampak langsung. macam gelap dunia gitu. mak kena lah kuat semangat. insyaallah bole baik. kena sabar. :-)






nak tau mata malas ke tak. tengok gambar tu lepas mata kiri ditutup mata kanan dia asik ke kiri saja. sebab dia da biasa melihat guna kiri and tak guna yang kanan. well...zara menangis sepanjang 1jam masa tengah train ni. last2 dia boring.....dia tido. adoiiii.....


so kena stimulate balik mata kanan dengan penggunaan cahaya atau gambar hitam putih. back to basics. sangat challenging nak buat semua ni. zara asik menangis..cranky. jadi manja sangat sampai kita jadi tak sampai hati. mmmm macam mana tu?




She's now 1y 6m already. Will share about her progress later.



Praises to Allah. 

Its not easy untuk sampai tahap ni. macam2 dugaan. 

Yang pasti....cuti mak da abis untuk tahun ni. 

Dugaan kan? 

Redho jelaa :-)




Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

2 comments:

  1. sedih baca kisah izara..power cecah 1500..tak dpt bayangkan..semoga zara cepat sembuh ye sayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apalaaa janji dia bole melihat :-)

      Delete