Tuesday, May 20, 2014

5 Jam and Plus..Plus



Rebonding.


Ini yang aku paham.






rambut lepas rebon akan jadi macam ni punya lurus and tajam2. gitu bahasa salon aku yer.






mak saja ajak kawan biar ade geng nak buat rambut. orang kata tak delah nanti ko mati kutu sorang2 kat saloon tu. da berabad lama tak pegi ni baru start gatal balik nak try. salon ni dekat depan wangsawalk. memang kat situ salon dia je yang ada. salon Chinta depan yang ni belakang bangunan. 


aku pilih salon ni sebab ada promotion dia buat kat groupon. oklah kata pun promotion. aku amik pakej rebond + wash rm90 kalau tak salah. tapi nya biasalah kalau tengah promo ni ade je staff dia mulut ringan offer macam2 kan. aku tak kisah janji rambut mak rebon.


Partner in Crime

member ni tengah kusyuk nak pilih pesen rambut katanya. 




time ni turn aku lambat lagi. appointment jam 12 tengahari. served only after 1 hour. service memang slow and not recommended langsung. 


yer aku tau standard lah kalau kat salon memang lama. tapi tak laa selama ni aku tunggu. macam kan aku tak penah pegi salon kan. appointment customer lain da masuk tapi aku ni tak gerak2. dalam pada aku tunggu tu staff dia dok promote lah coconut oil. kata nya bagus...dari Indon. hanya salon dia je yang ada. tambah rm20 rasa nya.


punya lah lama baru dorang kerjakan rambut aku. cuma aku hairan lah. bukan ke kalau rebonding rambut tak bole kena air lepas dia iron??????


aku tak tau salon ni pelik atau memang tu cara nya nak apply coconut oil kat kepala. budak tu bising dia mengutuk kepala aku. 'tengok ni kulit kepala akak bermasalah. memang kena amik treatment coconut oil kita ni. rambut layer dah cantik tapi kulit kepala problem'. haaaa gitu kau mulut dia. 


tapi memang pun rambut aku bermasalah. tu pasal lah aku nak rebon nyah! tapi tulaaa lepas dia iron rambut aku..sekali je...i repeat sekali je yer. ubat pun letak sekali je. setahu aku lah ubat tu kena letak 2 or 3 depends pada ketebalan rambut.


nak tambah pelik lagi...lepas dia iron rambut aku dia apply kokonut oil kat rambut. then dia steam. memang macam ni eh????????? lepas dia steam tak pulak dia iron balik rambut aku ni. aku macam....apakah???? whattttt??????




aku question gak memang macam ni ke. tak ke nanti rambut saya bergulung balik? eh tak...dia sound aku balik ok. "tak laa kak..memang lah macam ni kalau tak macam mana kokonut oil tu nak meresap!"


Gggrrrrrrr....


aku setel pukul 6.15pm. masuk je kete terus bukak tudung. konon nak jaga jangan bagi bengkok. hareeeemmmmmmm bengkok. woooiiiiii stresss aku!!!! hahaha

 
sampai umah aku nak fefeeling rebonding pun tak selera. bengang gile mak oiiiiii. mengenangkan  'kokonat oil' kau tu!




Aku tension terus pinjam headband zara. aku da malas nak pikir...lurus ke apa. aku da rimas. rasa nak potong je rambut. nantilaa esok2 aku fikir apesal jadi macam ni. macam tak ada pape je 5 jam tu. sekali tengok macam aku boleh buat sendiri kat uma.


ye...macam kena tipu. hahahahahaha


redho.


Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment