Monday, January 06, 2014

Preparation - 1st Day Babysitter





Alhamdullilah murah rezeki zara....


Dapat jugak BS akhirnya. harap sangat BS ni ok dan boleh jaga zara..sayang zara elok2. sobs..sobs...alahai sebak betul rasa masa hantar dia pagi tadi. rasa macam.........


Ntahlaaaa...tak tau nak cakap.


Malam sebelum hantar tu aku da kemas2 barang dia siap2. susu...pampers semua lah. aku jadi bertambah neves bila BS request buai. what???????? BUAI???????? oh no...no...no....way. macam mana laa aku nak bagi buai sebab zara tak penah tido dalam buai.





BS ni jaga 2 orang je. sorang toddlers and zara. then dia cakap tak amik lagi laa since da cukup. dia tak jaga ramai. reason dia nak buai is dia sangat concern takut izara kena pijak or langgar ke dek budak umur 2 taun tu. aku paham..sebab doncet pun umur sebaya and lasak. rasa nak sebat2 je bontot dia. hahaha


ade satu hari tu....kakak doncet selamba jalan then pijak jari  izara. pastu selamba tak rasa apa. yang zara pulak jenis tak nangis melainkan terhantuk atau rancangan TV dia kena tukar. jadi...akak tu tak nak laa apa2 jadi kat zara. so...aku suggest zara tido dulu kat bawah then da lena sikit baru masuk buai. lepas tu tak payah enjut2 dia. goyang sikit2 je. kira deal laa...dia nak buai aku bagi tapi buai cara aku lah.


petang tu terus pegi JJ beli set buai. dalam pada hati tak rela...beli jugak. serba salah sebenarnya tapi nak buat macam mana. dari orang tu tiba2 tak nak jaga lagi susah. tak pelaa kita tengok macam mana zara lepas tido buai. tak penah lagi aku tengok anak aku dalam kain enjut2 tu. T_T








seriously aku tak tau nak bawak apa selain basic pampers...baju2..toiletries. pastu tetiba teringat izara ni nak jaga kena banyak cerewet. dan2 aku recall balik keadaan uma BS tu macam mana. tambah lagi barang yang nak di bawak. bantal tilam semua complete. sikit lagi aku nak bekal kan alas tikar. macam anta anak masuk asrama. uma BS ni bersih and dia memang housewife yang teliti.


akak BS ni ada 3 orang anak. semua laki.... masing2 da sekolah. yang bongsu suka sangat kat Izara. kejap2 cium...kejap2 telek baby. gituuuuu...mak redho je masa 1st day orientation kat uma BS. Insyaallah zara da besar dan semua vaksin aku da amik untuk dia. kita kena lah tawakal banyak2 sebab kalau asik fikir memang sampai bila pun tak kan dapat BS.





sempoi gila barang mandi anak aku ni haa. rasa macam ada yang tak cukup. tapi tak tau apa. esok pagi lepas hantar konfem ada barang yang baru teringat nak bawak. standard laa tu.




beg ni.....berat nak mamps. da macam bawak buku sekolah 13kilos. ntah apa je mak kau sumbat dalam ni nak. biasalaa 1st time kan...kalau bole satu lemari nak gogoi masuk dalam bonet. aku memang da explain semua condition zara include cara2 nak guna aero chamber.


kebetulan dia ada jaga 2yrs old toddler yang asma and guna benda yang sama macam zara. settle.....senang sikit hati aku. bagitau aturan je BS dah paham. bukan semua BS sanggup nak belajar benda2 ni. akak ni pulak jenis lemah lembut. kita pun rasa macam confident. tak apalaa baru2 lagi....kita tengok seminggu sebulan macam mana.





yang ni kes...buat2 mengantuk terlampau. pagi sebelum nak hantar ke BS mak apak dia kejut suh bangun. kemain liat. pekik pun tak nak bangun. punya syahdu tido. ke tau ni nak kena anta uma orang? salu atok nenek yang jaga. kali ni......memang tak kenal and tak ada pertalian darah. pandai yer....




bila close up rasa tak sampai hati. sebak je dada tengok dia tido lena..tiba2 nak angkut dia anta uma orang. selama ni tak penah orang lain jaga. skang aku paham macam mana rasa nya bila nak tinggal anak dengan orang lain. tapi aku tak ada lah update kat fesbuk perasaan sebak sendu tu. macho kata nya.......


petang amik zara....buka je pintu anak aku tengah sedap terkangkang tengok TV katon boboiboy. baikkkkkk sangat. terlentang nya cukup selesa. alahaiiiiiiiiii lega hati aku. harap nya zara serasi dengan BS ni sebab mula2 BS ni tak konfiden. dia risau izara ex-prem baby. dia kata tengok dulu satu hari ni macam mana. tapi lepas nak balik tu.....BS cakap 'bye adik...jumpa esok ye...'


alhamdullilah.....ok laa tu.


Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

1 comment:

  1. BS takut nak jaga sebab ex-prem baby ye..yela..
    anak saya kat umh BS pon tido dlm buai tp takyah enjut..cuma nk elak dia bergolek sana sini..
    kat umah elok je tido kat tilam..

    ReplyDelete