Tuesday, December 31, 2013

Lawatan Cuti Sekolah



Jalan2 dua tiga sebelum tahun baru.


Belum sekolah tapi cara sama macam da sekolah. yang over...bapak dia...... hurmmm kalau tengok kan sejak zara pass sleep test aritu apak dia excited and teruja gile. terus2 nak bawak anak pegi jalan2. yang aku tak tahan tu...dan2 nak check in hotel sebab nak merasa breakfast hotel. tu je???????


mana laaa ade hotel yang available ujung2 cuti sekolah ni. sah2 tourists...parents da sapu nak abiskan cuti tahun terakhir kan. ini keje gile.....


memang tak ada nya kitorang dapat hotel. last2 balik uma mak juga. cuma nya...kami enjoy makan kat luar. kira becuti jugak laa tu kan. last 3 weeks ada kami singgah ke museum submarine ni tapi masa tu hujan so terpaksa kansel.


kali ni cuaca sangat baik and alhamdullilah...zara pun ok. museum ni dekat dengan pantai klebang sebelah je dengan tengkera. eh betul ke? aku tibai je....rasa nya macam betul. nak masuk murah je...RM1 untuk adults and RM0.50 for kids. untuk zara yang ala2 baby...FOC.








time kami pegi ni orang tak laa ramai sangat. sebab tempat dia masih lagi under construction. jalan masuk pun adoiiiii hampeh! sepanjang jalan nak masuk zara tutup mata tak boleh bukak sebab angin kuat sangat. tema pantai kata nya.....





sebagai tourist yang berasal dari Melaka....wajib baca papan kenyataan history submarine ni. how they lift and buat tapak nak pacak kapal yang gabak ni. aku tak sempat nak baca bape tan kapal ni ke apa. sebab nak cepat. hahahaha




bergaya tak apak zara pakai spek gelap masuk kapal. ni bukan tebiat yer....ni spek rabun sebenarnya cuma ditinted untuk tujuan senang nak beronggeng ke luar. 


dalam museum yang muat2 ni dia tunjuk equipment yang ada dalam submarine. enjin2 semua. laluan dia memang muat2 je. ni pun aku da feeling macam selim sikit so confident laa nak naik. seingat aku abah penah bawak naik kapal navy kat museum lama yang tengah bandar tu.


tak tau laa museum tu bukak lagi ke tak. kapal tu hanya abah and pot je berjaya masuk sebab pintu masuk dia jenis bulat tu. abah dulu ex-navy. badan dia memang kecik macam tu laa sampai skang. tak tau pasal apa anak dia yang sorang ni tetiba besau. eh...





macam tak percaya pun ada kabin untuk crew tido...rehat..minum sekecik kecik yang aku tak sangka. boleh masuk sorang je at 1 time. kalau real pun memang macam tu ke? nanti tanya abah balik....


yang ni no komen. hehe



ade makcik belakang aku. dia ketawa...dia cakap anak aku masuk museum tido. 
yelaa kak...yang nak masuk tu bapak dia. anak mana tau apa2. baik dia pejam mata je. 
isk...






nasib baik masa pegi ni tak ramai so tak ade bersesak2 sangat and zara pun nampak selesa. takde adegan gosok2 mata trick suh balik cepat. gambar memang limited laaa balik2 apak dia je. aku banyak harta nak pegang. bekas spect sumbat beg mak...botol susu...topi anak segala dalam beg mak.


sekali nak masuk museum kena bukak kasut then...kasut tu ko kena pegang sendiri sampai laa ujung ko nak kuar. nasib baik laa RM1 per entry. 


sekian...




Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment