Tuesday, December 31, 2013

Diagnose sleep. Ini kali lah!




Krismas lepas adalah kemerdekaan dan kejayaan buat zara.


Alhamdullilah.....zara pass the test. syukur sangat pada Allah. hadiah paling bermakna buat kami. bukan senang zara nak sampai ke tahap ni.


lepas ni ada lagi satu dugaan buat zara. MATA.....


kalau ikut schedule zara kena admit 23rd hari and have to overnight untuk buat sleep test ni. sampai memang awal pukul 9 pagi da warded. semangat kata nya....


rupanya sleep test tu dia buat around jam 9malam ke atas depends on baby or kids tu. sebab ada budak yang tido awal ada yang lambat. kalau tau datang petang.....hehehe


so secara rasmi nya aku telah memecah rekod selama 2 bulan tak sentuh nasi. akhirnya...makan nasi KK5. tapi masih dalam keadaan beringat sebab lauk hospital kan...paham2 jelaa. cuba juga bagi zara bubur tapi sebutir je lepas tu tak nak. ape2 pun syukur masih dapat makan. :-)






masa admit jiran sekeliling pelik nape laa budak tembam ni masuk wad. sehat je......



actually the diagnose start earlier lah jugak cuma tak ada mesin indicator nya lagi. nak dijadikan cite masa tu around 2pm Doc Asiah buat rondaan and dia tengok breath and pulse rate zara. check up dulu apa yang patut..tengok lekuk kat perut dia semua lah.


tiba2...terus dia cakap "ok..start now nanti malam baru pasang meter". Doc ni memang sempoi and full of surprise. masa ni aku tak rasa apa2 lagi even nurse da off the oxygen. sebab kat uma da biasa macam ni cuma this time memang test betul2. kejap2 aku jengah perut dia tengok nafas laju ke tak. 







dari siang sampai ke senja hati aku bole dikatakan masih tenteram...tenang and tak sabar nak buat test. sekali kau masa mesin oxymeter sampai.....dan2 aku neves berpeluh sejuk. yang nak exam anak tapi zara selamba je terkinja tak rasa apa2. but seriously....perasaan tak sabar2 tadi da jadi messy. 





nak jadi kan hal....si masam ni bole laa pulak tak nak tido sedangkan dari pagi tido sekali je. boleh lah kau tak mengantuk saat2 ujian macam ni. Respi Asst terus pasangkan mesin tu even dia berjaga. dia cakap buat jelaa terus tapi cuba tido kan dia. aku da boleh agak apa jadi kalau pasang time dia tengah aktif ni.







3 KALI mesin tu bunyi alarm desat. SpO turun mendadak tiba2.......sebab zara kuis2 tapak kaki dia sampai wayar tu tertanggal. so..mesin tak dapat detect. mak da cakap kan......last2 RA surrender dia suh zara tido betul baru start the test. dalam masa setengah jam test tak jadi tu....SpO zara quite good. 98-100% and heartbeat agak laju around 135 sebab dia aktif. ada jugak naik sampai 151....excited tengok pocoyo. isk...







the real test begin at 11pm. punya laaa lama nak tido kan dia. macam tau2 je zara ni. kalau kat uma pukul 10 tu macam da lalok. ni kan dia macam sayang nak tido sebab wad ramai orang. dia tak puas perhati sekeliling. 





bermula lah keresahan hati seorang ibu. aku tak boleh tido dari mula test tu sampai lah pukul 2 pagi. tido2 ayam pastu terjaga. then terus tak boleh tido. zara start at 97% Sp0 and lama dok kat range tu tak naik2. macam mana laa aku nak lelap. risau....


ade sekali tu turun sampai 94% tapi mesin tu set average lowest 85%. so tak ada alarm signal. dalam hati aku....mmmm tak tau laa ada rezeki ke tak ni. sekali tu dalam pukul 3 pagi Sp0 drop sampai 84%! aku terperanjat.....and sekejap je dia singgah angka tu then terus pick up balik ke 99%-100%. hopefully it doesn't count


mengeliat rupanya.......... isk





aku berdoa cepat lah pukul 5 pagi. sebab aku tak boleh tido. runsing and neves yang terbawak2 even aku yakin zara boleh buat. hati ibu.....


test end up at 8am. aku redha je kalau kata zara tak pass test ni. aku bukan tergesa2 sangat nak dia wean off cuma zara ade benda lain yang perlu diutamakan. pagi tu....zara lain sangat. dia ketawa melekek2 bila kena geletek time nak mandi. tak penah dia gelihati sampai macam tu. mungkin ada petanda baik buat aku..... tak tau laaa.


pagi tu jugak...terus proses data from the machine. debar nya.........Allah saja yang tau. aku curik2 tengok report. headlines dia..... "2 HOURS LOWEST AVERAGE Sp0". aku terus senyap........dalam hati berdoa dan bersedia. doc pun tak cakap apa2 lagi. aku macam sedih.....tapi tetap positive at least aku tau tahap kesihatan zara. 


around pukul 12 tengahari Doc Asiah round and confirm zara dont need the oxygen anymore. Ya Allah.....alhamdullilah!!!!!!! aku senyum sampai macam nak rabak mulut. perasaan happy yang tak dapat digambarkan. hilang semua kesakitan....kepahitan selama ni. reason pada kejayaan zara even the report tulis macam tu  sebab zara pick up quickly and she's able to wake up and active like usual. kalau tak...mesti dia lembik not pink but pale. 


alhamdullilah...setahun yang betul2 menguji aku. Allah jawab doa2 aku. aku menangis peluk zara. hadiah ni paling mahal dan tak ada orang bole ganti. Allah maha besar...allah maha penyayang. betul cakap mak....SABAR jan putus asa. even awal2 dulu aku stress...down dan rasa tak boleh nak buat. aku bangga....aku kuat sehingga hari ni membesar dan jaga zara sebaiknya. 





terus bagitau result kat apak zara..atok dan nenek. semua terharu......sebak pulak rasa nak menaip ni. reaksi apak zara after the test....


"kan da cakap anak ayah boleh..zara kuat. ok tunggu B amik and malam ni kita celebrate zara kat Adam Lai restoren Chinese Food Ebby Yus"


ni yang mak malas..... over sangat apak kau ni. 


yer........paham hati senang..happy.


terima kasih Ya Allah.........


Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment