Monday, December 16, 2013

After A Year




Jauh menung anak mak....


Da setaun Izara....dan ini adalah kali pertama after 1 year kita nak kuar makan sebagai satu keluarga. gituuuu ayat menusuk jiwa. skrip macam drama rasid sibir.






last week aku decide nak ajak mak makan luar. saja bawak mak and anak buah jalan. yelaa dia pun da tolong aku jaga kan zara. memerap kat uma pun bosan jugak. so aku pilih absolute thai sebab ni da berada dalam senarai kepam aku setaun yang lalu.


perap lama laa best...baru membuak2 perasaan nak mentekedarah tu kan. aku view ramai cakap best...sedap and puashati. alhamdullilah dapat jugak akhirnya aku ke sini dengan anak and suami. aku tak pegi yang kat Ikano risau ramai orang since baru nak expose zara kan. kitaorang ke Sunway Giza branch. selesa...senang and dia kat ground floor. sesuai sangat untuk mak.






harga kat sini boleh tahan mahal. terus terang cakap sayur kailan ikan masin seciput saja harga RM14+ kalau tak salah. mahal2 pun order jugak sebab da sampai dan da lapor.






air ni laki mak order. 



tau tak air apa ni?
LEMONGRASS......air serai
harga rm8


ayah izara sangat konfiden order air ni. seriously aku macam terkujat badak bila dia order air ni. aku macam......whatttttttt???????????? sejak bila plak laki aku pandai minum air tumbuh-tumbuhan ni? dia nak jaga kesihatan ke apa? 


rupanya.......salah order sebab dia tak tau lemongrass tu apa. wakakaakakakakakakakakakaka oklaaa logik jugak sebab dia bukan tukang masak. hahahahaha sambung ketawa lagi. dia ingat tu air lemon biasa. GRASS tu dia tak perasan. hahahahahahahahaha ampun bangggggg!



terus order air mineral






menu yang kitorang pilih ikan kerapu sweet sour...ayam pandan..kailan ikan masin dan tomyam campur. suprisingly tomyam dia memang sedap superb kaw! ikan ni memang terbaik der......rangup masam manis semua cukup. rasa macam nak order sekor lagi. (pastu masing2 pegi belakang cuci pinggan mangkuk)


ayam pandan dia moist dan melted in mouth gitu. sedap gile ayam pandan dia banding yang salu aku makan kat rumah2 thai. cukup rasa laa semua nya pendek kata.



cuma.....4 ketul je dia bagi. mana puas beb. mentang2 laaa kami 4 orang. hehehe yang ni set dia memang 4 ketul je anak2. harga kalau tak salah rm16+. 


tak payah order nasi pun tak pe. kenyang ratah lauk dan tomyam nya. kalau pegi restoren thai..beras nasi dorang salu nya pakai beras wangi. beras dia macam melekit2 sikit. harum and makan sikit da cukup. gambar tomyam tak sempat snap sebab masing da rakus lapau. tomyam tu dia amik 4 orang makan so kena dalam RM45+






Champion Dish.....The Garoupa Fish
RM48




ikan ni licin. dengan kepala2 sekali hilang. sayur2 hiasan tu pun sama kena bedal. mak suka betul ikan ni. siap cop kepala nak ratah. absolutely delicious!!!!! till now...masih terasa2 tomyam nya. kecur noks!


total lunch for 4pax is rm200. 


oklaa puashati sebab da setaun tak makan ramai2. kalau ikutkan tak sampai rm200 tapi sebab ade gomen tax and service charge maka...paham2 laa yer. sekali sekali oklaaa.


service bagus...kedai bersih...aman and baby friendly. tu yang penting. kalau duit terlebih memang da try semua yang ada. sebab semua best2 and sedappppppp!!!!!!! 


absolute thai ni staff dia memang orang thai laa kot sebab they can't speak malay. cuma waiter dia ada laa sorang budak perempuan tu Malay. patut laa kalau bulan puasa kena buat reservation bagai nak rak. best..best..best!! insyaallah ada harapan untuk repeat makan kat sini. 


oh ya.....Izara sangat behave for the 1st time ni. sebab.....aku bagi dadah kat dia. UpinIpin.................. bagus nya anak aku ni selesai mak apak dia makan..dia memerut baikkkk punya. sunway giza ni yang tak best nya toilet kena naik atas. ground floor tak ada toilet. kata staff kat situ laa. 


jadi aku perap harta bontot dia tu sampai ke masjid damansara. hehe




Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

2 comments:

  1. sedapnye menu2 kat situ..ikan tu yang tak leh tahan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah mmh sedap2 menu dia. Try laa...bebaloi!

      Delete