Thursday, December 26, 2013

2nd Appointment Respi and Medical



Entri basi


tapi nak citer jugak sebab masa limited nak simpan dalam blog. 


Actually ni adalah 2nd appointment zara for respi and medical. It was on 13 Nov. haaa lama kan peram. ni laa environment check up untuk special kes like zara or any case yang melibatkan respi (mesin2...tong gas..bateri so on).


check up memang tak campur dengan baby lain. isolated. wad Day care ni campur jugak dengan kes2 talasemia...cancer. da macam family kat sini.


makin lama makin aku rasa insaf. aku rasa sangat bersyukur. zara tak seteruk orang lain. aku rasa dugaan aku sangat berat. orang lain lebih berat lebih banyak yang Allah uji. 


Allahuakbar...




ramai jugak baby yang LTOT (long term oxygen theraphy). aku ingat zara paling chronic. alhamdullilah zara much better day by day. ramai patient yang appointment same date dengan zara. sebelah katil dia ni aku baru kenal. 


fara nama dia. anak dia fullterm baby ade sindrom lupa bernafas. something with the brain yang aku paham lah. aku lupa apa nama sindrom tu. nama baby miracle tu zharif. putih....gebu sangat! zharif kena pakai BiPAP. ni contoh BiPAP.... mak dia tabah and kuat. kami sama2 bagi semangat. sharing macam2 kat mak dia. 



source: google

sepa tak sedih bila diduga macam ni. bukan senang nak sampai ke tahap zara sekarang. keadaan aku dulu sama macam fara yang sekarang. yang penting kita kena usaha...doa jan putus. kita treat anak kita macam biasa. dia perlukan kita..sokongan kita.


biasalah ramai orang akan "singgah" and tanya nape anak kita macam ni laa tu laa. benda2 macam ni memang lah buat kita sebak sedih....sakit hati. sabar...tu je ubat nya. mengadu lah segala2nya pada Allah. hanya Dia yang tau. 


sebelah katil fara...ade baby boy yang aku tak pernah jumpa. dia patient kk5 jugak. baby tu da 1yr 8m kalau tak salah. tapi halus comel je. aktif sangat. sepanjang ada dalam wad tak nak tido sampai ke petang tu. parents dia beli mesin concentrator since the baby need for a long term. tinggi oxygen supply baby tu. aku doakan parents dia tabah....kuat dan sabar. 





ni si debob ku sayang. masa sampai awal pagi jam 8.30am da terpacak kat wad. lepas susu terus tido tak hengat dunia. tapi aku bajet kejap je dia lena ni since dia ni ade sense bole tau dia bukan beradu di rumah. haaaa gitu.....


alhamdullilah berat masa ni 9kg and tinggi pun da naik 68cm. lega nya.......hari tu maksu yang teman zara check up. mengangkut segala macam toys..pempes nya. hehehe kena pula ritu patient ramai so doc punya lah lama nak sampai. pukul 12.30tgahari macam tu baru pakar sampai.


kali ni doc pakar Nor Asiah. sempoi tapi tegas. baik sangat doc ni and very reasonable. banyak jugak laa dia inteviu aku. tanya macam2 how zara doing at home. progress...motor development semua. kalau ikutkan zara skang da 1 year corrected age 9months. banyak juga yang zara belum bole buat. tapi tak pula doc suggest untuk occupational therapy class ke apa. 


kali ni aku tipu sunat sikit2. hehehe yelaaa learn from mistake! so doc tanya how aku handle the oxygen and zara activities at home. kalau ikutkan rutin. total on air sehari around 4jam. selebihnya memang zara akan pakai sampai malam. 4jam tu adalah time mandi...makan and main. kalau dia crancky sangat memang aku cabut jelaaa terus buh dalam stroller sampai dia diam. :-p


ikutkan more than 4hours actually....tapi sebab aku monitor pernafasan dia. kalau weekend lagi derhaka. confident bawak pegi uma atok tak pakai oxygen. aku tawakal and yakin. tu jer....


lepas doc check pulse rate and tengok lekuk pada dada zara.....terus doc cakap. "okay.....kita test lower the oxygen now! staff...give this baby pulse oxymeter. kita test dia 1hour with 0.5litre" 


haaaaaaaaaa.....cuak ok!!!!!! tulaaaa tipu sunat sangat. suprise gile doc tiba2 nak test!!!!!! aku dengan pot jeling sesama sendiri. dalam hati aku neves macam nak gugur jantung. siyes tak sangka doc bole decide secepat ni.


dalam hati memang tak putus2 doa. hopefully zara do the best. show good progress.........


after 1 hour........



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.















lega sangat sebab zara tido dengan tenang. pulse rate pun cantik je. 100% SpO lagi. syukur......hebat anak ibu. sebelum ni degup jantung zara agak tak normal. laju......even masa tengah tido rate boleh naik sampai 150-160! 


this time nampak improvement. pulse rate dia tenang and normal for baby. actually doc tiba2 buat test ni sebab aku bagitau pada doc medical yang zara need an eyes operation since last appointment mata bulan 8 tu pakar mata bagitau her right eye ada selaput teruk and kena amik action cepat untuk avoid lazy eyes.


so dia decide test 1 hour tengok macam mana. aku bukan lah nak off the oxygen tergesa2. kalau zara betul masih perlukan bantuan...let it be. aku tak kisah. tapi untuk kes ni...aku dilema. terpaksa memilih antara dua andai kata dia masih perlukan oxygen.


alhamdullilah....check up kali ni bagi good news buat kami. doc Asiah agree and puashati dengan tahap kesihatan zara. dia plan untuk zara for diagnose sleep on 23rd and 24th Dec. aku gembira at the same time neves and berserah segalanya.


diagnose sleep or known as sleep study is a test for respiratory purpose. test akan dibuat sehari semalam untuk check SpO and oxygen level dalam darah sama ada cukup atau sebaliknya.


syukur....alhamdullilah.


i pray for a miracle! 




Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

2 comments:

  1. memang debab, 9kg..semoga terus sabar ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah...berat dia ok. Tp skg da susut sikit. Xnk makan

      Delete