Thursday, October 31, 2013

Nadir and Treatment





Batuk kahak zara masih merisaukan. 


Neb tu tak jalan. so aku decide bawak pegi klinik Nadir. alaaa klinik yang femes tu. doc dia memang sangat baik and very informative. kalau pegi klinik dia ni memang semua kes batuk and boleh dengar dia menepuk2 badan baby buat cuping.


ritu aku pegi alone dengan pot. aku pun story sungguh2 kat apak zara. nak bagitau laaa doc tu bagus and approach dia untuk zara logik and berkesan. dan2 kami buat treatment 3hari berturut kat klinik tu. macam orng kayas. alasan nya...sebab apak zara nak jumpa doc tu. he'eleh.......


doc cakap kahak zara ni berketul pekat. kahak dari zaman baby since lahir lagi. ye..memang dari zaman NICU zara kena buat suction. masa admitted last month actually suction tak buat betul. so kahak tu berkumpul....susa nak cair. buat laa neb 3hrly pun memang makan hari.


kena pulak musim budak2 batuk demam kan. senang lah jangkit nya. lepas neb tu doc cakap salu baby akan muntah. im not expect that zara akan muntah macam baby yang lain. sebab dia ni dari kecik memang susah nak muntah! lagipun sebab kahak da melekat. doc cakap kalau susa sangat..u jolok kasi keluar. mak tak sampai hati.... :-(


lepas neb....kena tepuk. bab ni aku relax je sebab aku da bersedia and da memang tu cara nya. nampak kasar macam membantai....tapi sebenarnya nak bagi baik. zara macam biasa laa melalak dalam keredoan. doc nadir tu ajar buat cuping and steaming kat uma. doc ni memang baik sangat!!!!


kat uma kena continue steaming 2-3kali. berperang lah aku dengan anak dara ni. pasang upin ipin laa pocoyo laa semua tak jalan. dibantai nye melalak. memang bagus laa steaming ni. berkesan nak melegakan pernafasan dan bagi kahak tu cair sikit.





lama2 aku tak sempat nak kejar steaming time...sebab zara meragam tak selesa. last kami ikhtiar sampai ke Melaka. saja nak cuba ubat kampung. ni memang 1st time aku beranikan diri cuba. selama ni memang bergantung pada modern medical saja. cuak juga...yelaa kot dia bomoh ke apa. hehehe


kami pegi ke Duyung, Melaka. kata bespren laki aku ni makcik ni memang da banyak kejayaan mengubati dan mengurangkan batuk kahak budak2. haaaa gitu profile resume dia.....


cara rawatan dia gunakan daun pokok ati2 kot. aku pun terlupa nak tanya daun apa. daun tu disapu dengan air kapur. dilumur2 sampai kuar air...and sapu air mula dari belakang badan then depan. tunggu sampai kering baru lah boleh mandi ke apa. ubat2 doc kena stop melainkan kalau anak kita demam. 


makcik tu da baca kan ayat2 suci al-quran sebagai ikhtiar. untuk treatment kat uma dia bekalkan 3set lagi daun yang da disapu kapur untuk zara. satu set rege rm20. pastu sebab apak dia yang bayar mak nye mengada suh beli barut dengan makcik tu rege rm4. padahal kat uma mak banyak.....isk


rupanya...mak cakap dulu masa dorang kecik2 kalau batuk atok aku sapu kan air kapur kat tekak and dada. memang mujarab.....


InsyaAllah...kita ikhtiar. semoga Allah izinkan dan kurniakan kesihatan speedy recovery buat zara. :-)





Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment