Thursday, October 17, 2013

Balik Kampung





Ye.....balik kampung for the 1st time.


Sebab apak dia da terlalu rindu kampung halaman. actually...bebulan jugak aku tahan apak dia ni dari bawak zara ikut sekali. kalau nak balik....pegi jelaa sorang kan. 


Tak feel kata nya balik sorang2. kalau dulu berdua tahan lagi. ni sorang2.....memang rasa berat tapi hati degil juga nak balik. lama jugak laa aku delay kan niat dia tu with various excuse yang ntah apa2.


lama2 aku pun layu kesian kan apaknya. tak apalaaa.....insyaallah zara ok and i think its time for us to bring her mingle with the kin. peruk2 dalam uma pun bukan elok. jadi...kita yakin dan doa banyak2. ngeee....




cik kak ni....pegi mana2 kalau naik kete je tido. untuk 15minit yang pertama jelaa tido nya. pastu bangun terus terkinja2 nak berdiri. suka laa kan dapat jalan. tapi dia da biasa dok atas tilam.....kesan nya dalam kete pun dia cari tilam nak bergolek.


apak nya pulak cakap...


"nanti kita amik comforter buat lapik dalam kete. bole zara golek2."

no way! aku tak tau nak bagi excuse apa...yang aku tau aku tak nak. da..jan nak mintak2.




travel kali ni aku da buat preparation awal. especially untuk top up gas. gigih aku laki bini cari supplier kat area Melaka ni.  alhamdullilah dipermudahkan dapat jumpa 2 supplier yang bukak hari sabtu sampai petang. toys bawak mana yang senang nak gantung. air mineral kena always ada dalam kete untuk basuh barang2 yang jatuh dek kena baling dengan zara.





sebab mak nya kaki sampir (gantung) barang....dalam kete pun jadi habit. ok apa....guna kemudahan yang disediakan. tak koser aku nak selok2 dalam beg tiap kali zara bangun tido and nak pakai kan spek. 



bawak elok2 ye...kitorang nak membuta kejap.


Alhamdullilah....it went well and highway pun smooth je. sampai melaka gas masih berbaki 1200L. waaaa banyak lagi ni. kira nya perjalanan KL-Melaka dalam sejam lebih...gas full tank boleh tahan till 7 hours depends on the amount use lah.

Skang apak ko suka betul dapat bawak zara balik kampung even balik hari saja. oklaaa kan bagi dia puashati. lagipun memang kami nak test travel jauh kat zara ni macam mana. aku rasa semua baby tak tahan kot jalan jauh. sejam tu behave lagi..masuk jam kedua enjin da menggelegak ready jelaa nak melayan peel dia kan. kena banyak pit-stop nak topap nak tukar pempes bagai.



Well done sayang. U made it!!!!



sampai kampung panas bahang terik kontang. maka kita half naked jelaa yer. Auwwww seksi nya...peha gemok! merasa lah zara mandi dalam sinki nenek. hehehe





sepanjang kat uma nenek zara ok and behave. oxygen tu kami wean down ke 0.5l. nampak macam suka hati mak apak dia je adjust level tu. aku yakin....Insyaallah zara ok.


surprisingly tiba2 dia melonjak kan badan ke belakang. boleh pusing2 dan reverse. apalagi......mak apak dia jerit2 teruja. haaaaa over kan. yelaa kami tunggu each progress zara yang baru. bila nampak depan mata......excited gile! skang ni aku tengah nak latih dia FREE pacifier. haaaa tengok bole ke tak. sebab atok dia tegur cakap bibir da jungkit. aiyakkkkkkk!


bangga dia belajar benda baru. cepat lah sayang sihat yer...pasni boleh kita jalan2 lagi. :-)





Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

5 comments:

  1. Replies
    1. Mama....aleesya bole je jln2 xyah tgu

      Delete
  2. good job izara...sibuk je mama tu...mama ngan aleesya leh jalan2 lepas 3 bln ya hehe

    ReplyDelete
  3. yeay! tahniah izara and mommy :)

    ReplyDelete
  4. Hehe macih semua. Doa kan sy cepat sihat

    ReplyDelete