Monday, October 21, 2013

Alahai mulut..puaka nya!





Entri ni bukan nak bagitau atau nak menunjukkan yang aku tak boleh menerima hakikat or tak boleh dengar orang kritik anak aku ke apa. cuma nak share what i feel when orang2 yang kurang berpengetahuan tapi bercakap macam TUHAN.


Last Thursday....aku pegi cucuk 6 bulan imunisasi untuk zara kat KKIA Kg Baru. terang2 aku bagitau nama tempat sebab aku tak ada sebab nak sorok kan lagi. GERAM


ramai patient hari tu and mostly dorang macam nak berbual and tanya soklan yang macam2 dalam benak fikiran masing2 tapi takut......so dorang diam jeling2 sudah lah. yelaa kang salah tanya soklan...aku sentap. nak tanya tapi tak tau apa yang sesuai untuk mula kan. betul tak? 


ok tak apa....kalau tak tau baik diam. kalau nak tanya..sila kan depan2. so untuk check up kali ni KKIA da label siap2 baby aku oxygen dependent. dapat lah serve cepat sikit. timbang berat..tinggi and head scale semua.


alhamdullilah head scale semua normal. cuma BMI tak bape cantik. obesity kata nya anak aku tu. its ok....tinggi tu nanti boleh adjust. tiba masa nak kena intebiu dek staff nurse kat situ....sister datang and intebiu lagi sekali dengan perasaan ingin tahu. ramai orang dengar ni....


mula2 tu oklaaa dorang tanya soklan basic. sepa jaga ....keje ke tak...suami keje apa..penjagaan and macam2 lah. nak dijadikan cite...ade lah joyah sorang ni tiba2 je out of nowhere datang and tepuk2 bahu aku. 


joyah : awak ni memang mak yang tabah. betul2 tabah awak ni. 
aku : oh.....nape yer. saya rasa biasa saja
joyah : anak awak ni kategori ANAK ISTIMEWA. tak semua orang ada anak macam ni. ada orang tu sampai gila sebab tak kuat. (motip nak bagitau???)
aku: saya rasa anak saya biasa saja. progress semua alhamdullilah ada

(joyah masih tak puashati)
joyah : yelaa dorang ni istimewa..lahir tak cukup bulan ni SELALU dekat brain ada CP (cerebral palsy). kurang sesuatu dalam otak dia. 
aku: anak saya ok...US da buat pun. tak ada masalah apa2. jantung pun ok. HEAD SCALE tadi normal kan? elok je anak saya ni.

(joyah masih nak menang)
joyah : yelaa budak2 bawak tong oksigen ni selalu nya kena pegi sekolah pendidikan khas. mak da buat kad OKU dia tak?
aku : nape saya nak buat? anak saya ok...doc pun tak cakap apa2. 
joyah : dorang ni kan kategori istimewa. mak kena banyak bersabar ye. sebab ade tadi mak yang datang anak dia down sindrom. menangis2 kat sini sebab malu anak dia macam tu. (nak mengata aku konon aku macam malu bawak tong)
aku : kak..saya ok je kalau kena usung tong ni. tak ada masalah pun dan anak saya ni masalah paru2 tak matang je. lain2 dia ok and saya terima kalau da takdir macam tu. so far development ok...lambat tu normal lah. mana bole sama dengan fullterm baby kan! (tinggi sikit da tona aku)

(joyah adalah TUHAN)
joyah : yelaaa budak2 macam ni kena jaga betul2. bukan nak cakap apa lah..baby yang kes macam ni kebanyakkannya MENINGGAL. macam2 laa jangkitan kuman...komplikasi. awak antara insan terpilih dapat anak macam ini.



PUAKA.


1st.
etika keje joyah. cakap tu kalau boleh nak mintak MIC. nak bagitau satu KKIA ke apa. aku bukan tak boleh terima hakikat kalau da takdir anak aku macam yang joyah bagitau. tapi aku tak bole terima cara kau menyapa dan membuat ramalan kat anak aku. siap cakap kuat2....."PASTIKAN JAN MENGANDUNG YER. AWAK KENA JAGA...ANAK DA MACAM NI KENA LAH bla...bla..bla..bla..".


2nd.
kau bukan doc pun nape nak lebih2? doc sendiri tak cakap apa2 and rekod anak aku terang2 da tulis segala check up scan semua OK. ape yang kau nak tegak kan sebenarnya? 


aku tak tau lah KKIA ni staff nya da biasa or tak penah facing enviroment hospital besar ke apa? sebab cakap tu semborono je. well....kau bole pegi masuk wad KK5 tu and saksikan sendiri. ramai je baby...toddlers yang oxygen dependent...elok je pembesaran nya. 


aku paham konsep OKU tu. ia tak bererti anak kita cacat anggota saja. OKU ni even slow learner pun bole berada dalam kategori ni. aku paham....sangat2 paham. cuma yang aku sentap cara joyah tu cakap macam mendoakan yang tak baik2 untuk budak2 macam ni.  damn u!!!!! 


lagipun skang zara masih kecik....doc sendiri belum dapat pastikan her development nanti. yang kau memandai jadi tuhan tu apesal? bukan nak kata aku malu or tak bole terima the "OKU" tu sebab aku pun tak tau macam mana perjalanan hidup zara bila makin besar kelak. tu anak aku...AKU TERIMA SEADANYA

 
doa ibu saja kekuatan yang aku ada. aku nak buktikan pada mereka2 yang puaka ni bahawa anak aku boleh sihat...membesar sama macam kanak2 lain. insyaallah....dengan izin Allah. Dia yang maha berkuasa...Dia yang menentukan segala2 nya. aku berserah dan bergantung pada Allah. tak kisah lah orang nak cakap apa...zara sentiasa buat aku rasa bangga. 


kerana mentaliti yang low.....hati aku sakit macam disiat2. malas nak pegi situ lagi....


Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

3 comments:

  1. Abaikan je mulut puaka tu...x jadi pd dia, mn tau one day allah nak tunjuk x jd kat dia maybe cucu dia...hanya allah yg tahu...apa pun izara anak yg sihat dan kuat :)

    ReplyDelete
  2. sabar affe..Allah menguji affe..anggap je la that MAKCIK macam nyamuk je..semoga kita semua xtergolong dalam kategori mulut busuk cam tu..(hmm thinking:agaknye makcik tu nak tunjuk concern tapi xkene gaya)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin jugak lah...dia nak concern tapi salah method. atau.......mulut dia memang gitu sbb dia rasa hidup dia PERFECT

      Delete