Wednesday, October 09, 2013

1st Outdoor



Minggu lepas pegi bawak zara amik vaksin pneumococal.


Alhamdullilah...went well. biasa laaa anak ibu kan kuat. nangis sikit je pastu steady da. masa ni actually dia pakai oxygen. tapi nya....dari dalam kete asik mengeliat...pusing kiri kanan. terlompat2......haaiiiiiii ni memang nak kena tau. 


zara kan jarang kua jalan2. bila dapat sekali tu dia rasa tak biasa and dia tercari2 tilam. mana ada tilam nak dalam kete ni. dia lagi suka berguling2 or orang dukung dia. bila dia da start peel macam tu so aku ready  malas nak angkut tong tu dalam klinik. sebab kalau dia meragam nangis ke apa susa. konfem tercabut tiub tu dia kerjakan.





Alang2 da kuar berjalan tu apak nya plan nak bawak dia pegi outdoor kat putrajaya. actually nak ajak kak doncet sekali tapi dia tak sihat plak hari tu. cuaca pun tengah baik kan. kalau bole aku nak jer pegi tasik titiwangsa tu dekat tak yah buang minyak. 


Bila teringat kat situ ade kandang kuda terus kansel. takut udara tak elok..kena hama kuda ke apa. sampai ke situ aku bayangkan. punya lah hati2 nak bawak zara jalan. lagipun situ pack...ramai orang. sampai sana terus ke Pullman. tempat ni aku rasa ok sebab tak ramai orang.



gitu lah dah ada anak. dia isap tudung ni sampai lencun. mak belum bayar lagi tudung ni nak oiiiiiii


 


aku tak suka angle gambar ni. da laa turun bukit then apak nya amik gambar angle macam ni. nampak rendang dan kembang melampau. nak salahkan kamera jugak sedangkan badan memang sudah dipam2. kamera trick! eh




Masa aku pose tu cuaca redup lagi. tang apak dia tiba2 panas....sian zara. tak nampak da mata dia. hehehe alalalalala comel betul. bila da outdoor macam ni baru aku nampak size izara yang exactly. kat uma nampak macam da besar. kiutnya anak mak sorang ni...



tak de lah lama sangat zara on air. just nak bagi dia udara segar and bagi dia tengok pemandangan. merah jugak muka dia sebab panas kan. alhamdullilah...dia ok je sepanjang outdoor kat luar ni.



anak apak




Sekian jalan-jalan untuk minggu ni. InsyaAllah after this boleh bawak zara jalan pegi tempat lain.




Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment