Friday, September 27, 2013

Fully Recover




Alhamdullilah zara da sihat :-)


lepas transfer ke KK5....zara dapat special treatment terus. thanks to respi team especially pakar respi Dr. Norzila and Dr. Zehan sebab jemput zara naik. hehehehe nurses cakap gila special zara siap head respi datang jemput tukar wad.


rezeki kata nya.....



ni adalah line terakhir...untuk hari yang terakhir juga. :-)


anak aku sejak skill meniarap da dipelbagaikan ni hari2 nak berguling berpusing2 even space cinonet je dia kesah apa kan. tu pasal line sampai kena 3-4 kali untuk set balik. asik lari je dari urat. yang aku heran dia ni...kena cucuk melalak. line kat kaki tangan bengkak bole lah buat dek jer. merengek pun tak. ajaib...selalu kalau line da bengkak or ubat tak masuk bole demam tau tahan sakit. cik kak ni.............


pelik betul...



aku pulak yang menggelabah bila tengok atas cot penuh darah. rupanya line da tercabut and mancut2 lah darah atas cot and lapik tangan dia tu. apalagi...mak dia melompat pegi panggil nurse check. before this masa antibiotik tengah ON tiba basah je katil. rupanya ubat tu meleleh kuar tak masuk betul. sikit pun dia tak nangis kasi aku hint ke apa. memang saja kasi mak dia suspen. yang bagus nya...last amik line tu zara nangis sikit je. pandai doc tu calm kan zara.

sebelum ni macam berperang. sampai biru2 anak aku nangis. cucuk kat kaki tak jumpa. cucuk2 tempat lain. memang experimen betul.





tag kaki dia ni bape kali asik tanggal je. maklumlah turun berat badan sikit terus longgar. berat sebelum demam 8kg. then turun 7.1kg...pindah kk5 timbang turun lagi 6.9kg. berat turun banyak tapi orang lain tengok masih gedebob. peha masih menten gebu. susut pergelangan kaki jelaa kot. bole eh macam tu? ehehehe


macam biasa...zara pun kena neb jugak. untuk hari pertama neb doc bagi 3hourly. rasa macam aku ngan dia sama2 tak cukup rehat. rasa macam baru abis neb...tiba2 nurse datang da topap ubat untuk next neb. kejap je 3 jam tu. bila dia da better sikit baru up 4 hourly. kadang kesian kat dia..baru nak lelap tiba2 da kena sodok gas. kita redho jelaa sayang...nak sihat punya pasal.





 style neb mak zara. bungkuskan dia. kalau tak nanti dia meronta...rugi ubat tak masuk betul.




lepas 3-4 hari last2 anak aku redo jelaa serah diri kena serkup gas. susa jugak nak neb budak kecik ni. sedih dia.....jan cakap lah. aku pun boleh meruntun jiwa dengar sedu sedan dia. tapi aku rasa untuk neb aku boleh tahan airmata lagi. masa suction aku tak boleh tahan. nasib baik lah sekali je session tu. rasa nak lari bawak dia kuar je dari situ.


masa kat KK1 katil aku kat tepi tingkap. memang jadi perhatian orang lalu lalang mesti singgah tengok zara. sebab....zara leka tengok katun dalam tab tu. so orang macam..."eh kecik2 da pandai tengok iPad". ok...aku bukan nak biasakan dia dengan benda2 ni. aku desperate. bagi toys pun dia main kejap2 then nangis. orang cakap tak elok untuk perkembangan otak dia. jadi aku kurangkan je hiburan jenis yang gini. yelaa situasi anak aku lain bukan boleh di bawak jalan2 uolss. dia pun da besar...da tau bosan bagai. 


rata2 orang yang dok bersembang dengan aku semua cakap zara ni tembam...debab. tak macam sakit. alhamdullilah....tu je aku boleh cakap. sebab bukan senang zara nak sampai tahap ni. dulu berat dia 3kg je masa umur 6bulan! then ade plak makcik datang borak bagi tips kat aku. kata nya...kita kalau nak jaga anak yang sedang sakit..hati kena tenang...happy and always positive. insyaallah anak sihat cepat. so aku layan izara macam dia tak sakit. buat semua aktiviti macam biasa. thanks makcik....ur advise memang mujarab. actually zara da sihat after 3 days warded tu tapi nya sebab start antibiotik plan 7 hari..maka kena lah abiskan. hari ke-6 line tercabut lagi and doc pun tak koser nak cucuk2 da sebab kesian kan baby. terus doc discharge petang tu.



even progress dia lambat sikit tapi aku bersyukur sebab dia aktif. makan minum tak ada masalah. apa yang buat aku rasa happy bila doc respi bagi green light untuk aku wean off oxygen dia bila perlu. syukur Ya Allah......means that kesihatan dia bertambah baik. so...lepas ni kalau dia da merengek bosan sangat boleh aku cabut jap tiub tu bawak dia pegi living hall kejap ke apa. sebelum ni da penah buat senyap2 tapi dalam keadaan serba salah. hehehehe


aku da nampak positive nya kat situ. aku memang perasan dia da bertambah ok and fit. dulu pulse rate dia tak normal. above 160....memang laju gila kalau dengar. masa admit baru2 ni aku perhati rekod dia ada perubahan. pulse rate maksimum doc amik 144. doc pesan...masa wean off tu perhati lekuk kat perut dia. kalau dalam sangat....means nafas dia sempit and perlu oxygen. alhamdullilah sepanjang dalam wad aku monitor lekuk dia. da tak dalam sangat macam masa dia baby dulu. a good sign for her maybe. amin...





alhamdullilah da sihat. buat macam rumah sendiri ye. kemain kan cik kak ni?



syukur zara da ok and kembali aktif macam biasa. after this da kena buat appointment untuk dapatkan pneumococcal vaccine. for this....gomen tak tanggung and parents kena dapatkan sendiri. hurmmm macam mana lah dulu doc explain kan. kata tak payah amik and wait for the palivizumab. kalau tau lepas discharge ritu awal2 lagi kami da amik untuk dia.


tak apalah.....nasib baik zara kena tak teruk and the lungs clear. hopefully next check up doc bole decide nak set up appointment untuk sleep diagnose. even macam terlalu awal....tapi aku berharap juga. InsyaAllah...ade rezeki tak ke mana.


thank you Allah..



Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

3 comments:

  1. banyaknya istilah bahasa perubatan ni...insya allah izara kuat semangat and will make her parents happy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...maklumlaaa bebulan dok hospital. da macam nurse aku ni. tapi memang kena tau banyak benda. at least anak kita tak ada laa depa buat ikut suka kan..... :-)

      Delete
  2. Alhamdullillah... syukur tgk perkembangan izara

    ReplyDelete