Tuesday, August 13, 2013

Salam Aidilfitri





Salam Aidilfitri 2013.


Tahun ni masih sama like last year. beraya kat KL saje lah. dengan orang2 yang sama jugak. beza nya....da ada Izara. ^_^


syukur alhamdullilah even tak dapat balik kampung kami masih happy sebab ada izara penyeri sekeluarga. happy tu sampai waktu lunch je. hahaha ikhlas bagitau. 


kat floor aku memang tinggal kami jelaa. jiran lain semua balik kampung. total family yang ada kat blok aku only 3 include us. giler sunyi!





sebab tak balik kampung...maka masa aku banyak sekali. buat kueh raya pun last minit. buat pun yang paling senang. hahaha malas aku sebab tak feel nak bikin yang gempak2 sudahnya memerap jugak dalam uma. koser....


tak ade kot stok2 macam aku kan malam raya menggentel kueh. hehehe dapat lah 3 jenis kuih. cookies..kueh tart and german cookies ni. gile senang kan. aku yakin teda sepa nak mai uma aku. elak pembaziran jugak nanti kalau da banyak sangat kuih2 ujung nya buang sebab tak ada sepa nak makan. aku buat kukis dan kueh raya yang digemari rakyat dalam uma ni saja. senang kannnnnnn


so ni jelaa citer hari raya aku. well....nampak boring kan. tapi kita redo jelaa. at least tak mati kebuluran. wakaka mana tak nya. aku da bilang mak jan masak apa2 biar aku yang masak semua. lagipun yang nak melantak nye 5 orang je bukan lima belas mak.


takkkkk.....masak segala apa yang ada kat dapo. mak bilang....raya kena meriah makanan. dia tak tau ke aku nak diet? hahahaha





budak kecik ni macam tau2 hari ni raya kan. bangun awal jam 7pagi da sengih2 mintak air kolam. biasalah mak apak dia ni sebab raya KL kan....LEMAU je. tak apalah....sebab anak da excited kita layan kan dia. dia ni makin besar makin liat bangun skang ni. da pandai bangun jam 9 pagi. tu pun bukan bangun terus....golek2. kuar kan air liur masam sikit sebanyak...baru teriak nak mandi.



dress hadiah dari Cik Ros.




da siap mandi. memang macam ni lah kalau pagi2. pulak ni hari raya. excited nya lahaiiiiiiii kalah mak apak dia. anak aku ni memang suka terkinja macam ni. cara dia express kan perasaan kata nya. tahun ni kita tak ada baju kurung yer nak. next year insyaallah.....ibu ready kan kain langsir. kita pakai anak beranak. baru lah boria PERNU kan! dari jauh orang kampung da nampak kita sekorga. :-p







menu macam biasa. 
sambal sotong
rendang ayam

menu rindu kampung halaman. *laki aku laaa...aku steady je



lodeh and daging kunyit by mak and pot




sambal ikan bilis dan nasi impit.



total atas meja. ayam masak merah pun ada. cara macam nak panggil jiran tetangga. alhamdullilah kira meriah jugak lah raya taun ni. sebab kami mampu makan nasi impit dan lauk pauk nya selama 2 hari tanpa cerry berry. oohhhyeaaahhhh benar2 memanfaatkan makanan. tiada pembaziran.


aktiviti pun tak ada yang best memandangkan zara tak boleh kuar uma kan. maka nya...kami beronok2 main indoor saja.










tajuk album : Mak Apak ku syok sendiri






agak susah nak dapat gambar or moment yang ok dengan budak kecik ni. pandai da tak nak kita dukung macam ni. nak berdiri je skang. amboiiiii merangkak pon belum da berangan nak berdiri. 



sekejap je dia tahan ni. cukup 10minit da gelisah nak dok bawah. hurmmmmmm dia ni kalau dengan mak apak nya sikit punya mengada. cuba kalau atok dia dukung. elok je diam. biasa dia! hehehe


nampak? nak berdiri je. baju pun da comot. makan nasi impit. kemain laaa dia ni





tengok bekas kueh raya aku. legend kan? betapa konfiden nya aku orang tak mai beraya. koser aku nak kuar kan balang. hahaha ni jer gambar2 yang ada. banyak dengan apak je. sebab mak dia sebok makan. kuikui....


ramai juga yang konfuse tengok izara boleh on-air. actually kalau ada pun gambar yang on-air tu is bila ayah nya bersihkan filter and tube. so masa ni lah kami amik peluang snap gambar dia. saja nak tengok rupa anak kalau bebas eksesori ni macam mana. lagipun dia da besar...tak ada lagi biru2. syukur alhamdullilah.




adik bongsu ku. POT......langsung tak sama muka dengan aku. ntah acuan sepa lah dia ni. masih single. motip kan nak mention single. hahaha seb baik maksu pot ade. tak lah boring sangat. petang2 tak de buat apa boleh bikin kek.




sekian sudah cerita raya kami. cik kak ni pun da letih terkinja2. walau susa nak senyum tapi still penat. macam mana tu? anak aku ni senyum ketawa dengan mak apak dia je. dengan orang lain....harap cuba lah sedaya upaya yer. 


sian atok....berejam nak senyum kan awak. tulaa yang aku heran sampai skang. is it ok baby kalau tak senyum tak ketawa or tak ramah dengan orang? aku ni da laa kaki melawak. tiba anak aku serius je. 


ish.


insyaallah tahun depan lebih baik. Amin



Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

2 comments:

  1. Kami pun menu mcm2. Bajet org dtg beraya. Hahaha... saja... kasi meriah dgn mknn, baru tak terasa beraya bertiga je. Tapi.... xde kuah kacang. Malas nk membuat. Nk membeli pun, mcm dh byk pulak makanan

    ReplyDelete