Monday, August 26, 2013

New Stuff




Last week aku kuar pegi JJ nak cari barang2 zara. 


kali ni dapat kuar dating berdua. gembira dalam kerinduan sebab tak bawak anak. terbayang2 anak kat umah tu.


biasanya kuar ada tujuan. kalau tak ada tu memang saja laa kan. nak survey barang2 zara yang pending tak beli lagi. stroller actually abang ipar aku bagi anak dia punya SC3. tapi buat masa ni zara tak boleh pakai lagi sebab seat dia tak sesuai for her age. 


so.....pinjam kakak doncet punya. hehehe saja laa survey tengk harga stroller sweet cherry yang baru ni. dulu mama doncet cakap dia beli stroller sc8 tu harga rm450 after less. tapi aku tengok skang rm699! naik harga or taktik JJ ke apa ni.


kira zara untung lagi sebab adik doncet belum lahir so dia boleh pinjam barang2 yang ada. insyaallah pasni zara sihat da boleh guna stroller yang Pak Lem bagi tu. amin....





dalam dok usha2 banyak jugak model SC yang latest. laki aku berkenan giler SC9 yang mana aku tak minat langsung. oklaaa maybe bagus model ni cuma aku tak tau. tak plan pun nak beli buat masa ni. window soping kata nya. so far SC8 memang sedang elok kat zara. dia pun selesa je aku tengok.






tujuan utama ni laaa. nak survey and beli baby seat. rasa macam da kena beli sebab lepas ni maybe appointment zara aku kena pegi berdua je. apak nya tak dapat cuti. banyak pilihan tinggal lagi bajet ade dengan tak je. nasib lah masa pegi ni JJ ada sales. even tak banyak...tapi bole laaaaaaaa. 






finally we choose this. aku pilih ni sebab seat dia ada lapik yang tebal. so tak payah nak buh bantal extra ke apa. compare yang lain....seat tu macam nipis and sakit je kalau baring or duduk kat situ. 


tapi bila test kat zara dia meraung tak nak duduk. tak sedap ke apa tak tau lah. tanya kawan2 dorang cakap salu baby suka je dok dalam seat unless kalau da toddler susa lah nak train. bila suh kakak doncet dok dalam tu siap tak nak kuar. kakak da feel tu seat baru dia. hahaha


hurmmmm confuse....




eh..eh..eh....gedebob nya anak aku. sejak bila ni? 




1st ride atas seat. tido tak sedar diri.


susa jugak nak suh dia ni selesa and suka dok dalam babyseat ni. dapat lah setengah jam tido atas baby seat sebab dia tido mati. sedar2 je....terus mengeliat nak kuar. nak biar....tak sampai hati. berpeluh2 dia berusaha nak keluar dari situ. kete aku ni bila da masuk seat serupa sadin. dengan tong gas kat seat depan. beg susu pempes bagai. belengas...rimas. rasa macam tak boleh bernafas dok belakang.


aku tengok dia rimas...aku lagi laa rimas. last2 bawak kuar dari seat. adoiiiii da jadi keje nak angkat balik seat naik uma and train her again. skang ni makan and minum aku biasakan duduk or letak bantal tinggi sikit. saja lah nak try tengok dia ok ke tak. so far tak ada masalah. :-)


minggu ni weolls banyak pegi jalan. saja bawak zara jalan2. aku bajet nak train cik kak ni tapi sikit pun dia tak dok dalam seat. aku pangku kat depan. apak dia cakap macam tak feel plak anak dok belakang sebab nak bergomol kena toleh2. menganggu pemanduan. ewah...


jadi.....apa motip kita beli baby seat ni bang????




Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

3 comments:

  1. Mak pakai hanya utk ambik n anta anak ke rumah pengasuh...selebihnya x da la..kalau berjalan-jalan anak2 sure dok depan...even smpak sekarang wlpn sorg tu dah nak masuk sek hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dok depan risau sebab dia kecik lagi. kalau da besar 2 taun tu konfiden sikit. klu nak pegi appt kan senang buh dia dalam tu. skang ni susa...sebab dia tak nak. huhu

      Delete
  2. hehe..tak nak dok pulak..Aniq dulu nak dok dlm baby seat tu..tapi bila dah tak reti dok diam,mmg ngamuk la kalau masuk dlm tu..

    ReplyDelete