Monday, August 19, 2013

1st Opthamology




Alhamdullilah......she's done the 1st ROP appointment.


as expected...izara ada masalah rabun yang boleh tahan lah tinggi. disebabkan dia bukan baby baby baby...baby tiny baby lagi dia kena pegi ke klinik mata untuk confirm kan power spek. 


dia digelar baby tua oleh doctor mata tu. kira akak senior lah sebab 6months masih check mata dalam wad. suppose kena pegi klinik but that time masih warded kan. ok apa...special anak aku dapat. tak payah bersesak2





awal juga lah kami sampai klinik mata. bagus nya..klinik harian ni dekat bangunan baru. selesa sangat cuma tak baby friendly. 




yang bestnya cik kak ni behave sangat. haaaa senang keje mak nya. boleh senyum2 tapi da hujung2 kejung bosan. bangunan baru ni ok sangat cuma tu laaa...kemudahan untuk baby tak ada. i mean...kalau anak korang berak ke apa...kena bawak pegi toilet luar.


nak susu ke apa senang lah. lagi2 yang pakai botol....tonyoh je setel. kalau yang BF maybe kena nyorok2 sikit sebab kat sini open. masa sampai aku da cuak sebab bercampur ramai orang. tawakal and doa je banyak2. dari baby dalam incubator sampai orang tua setua-tua nya tunggu turn nak check up.


doc kat paed cakap kalau pegi dia akan utama kan izara. tapi bila sampai.....lain pulak. kena follow procedure. berdoa jelaaa oxygen tu cukup. lama jugak tunggu turn sebab nak bagi eyes drop lagi. masa ni boleh lah plak sampai 3kali eyes drop baru mata dia kembang. salu sekali je da ok.....hurmmmmm






untuk ROP neonate or infant memang da static kat bilik area2 ni lah. tempat duduk banyak. buat macam umah sendiri yer. zara punya turn dari jam 9 pagi sampai lah tengahari orang nak semayang jumaat da. keutamaan lah sangat kan. tak pe...sabar2x.


gas tu memang kering kontang sampai balik uma. speechless.......hope next appointment dipermudahkan and tak nak laa sampai kering2 macam ni. berpeluh2 aku pikir macam2 tau tak. mana tak nya...aku still kena uruskan pendaftaran. queue balik. then kena tunggu MA dia check dulu. queue again. da check kena pegi bilik belakang 26, 27, 28. queue again......




dari celik sampai lah terlena anak aku ni. tak sampai2 jugak giliran











masa MA check zara tengah tidur. dia ni kan sensitip orang usik muka dia. sentuh je mata terus segar bugar. pastu.....apalagi nangis lah. hahaha


so they run a few test kat zara like objek berwarna warni...ade lampu lip lap semua. nak tengok boleh fokes and follow ke tak objek tu. tu semua aku da test kat uma lagi. punya laa neves nak check up da buat dulu. macam nak amik exam. practice make perfect. wah!


1st review....MA cakap rabun. ok queue lagi and wait



nak jugak letak gambar gelap. hehehe yang bercahaya tu bila mata izara disuluh. time tu lah kelopak mata dia dibeliak kan dengan sejenis besi pengepit. masa ni baru lah dia melalak meronta sepuasnya. sob..sob...


mak tahan jelaa.....walaupun sebak menguasai diri. tapi yang aku tak tahan tu...lepas doc setel kerja kan mata dia......terus zara bagi hadiah paling wangi dalam bilik tu.


BERAK.


actually aku bernasib baik sebab dibenarkan masuk. sebab geng2 icu dulu bagitau parents not allowed masa procedure dijalankan. sebab zara ade tong gas gedabak maka doc dan staff nurse perlukan bantuan mak apak nya. dorang takut and tak nak amik risiko tengah buat tiba anak biru. 


oh please..........i'm confident yang zara da ok and big enough to handle kes biru2 ni. aku nak environment yang positive untuk dia. malas lah nak layan yang sedih2 ni. tapi tak boleh nak cakap jugak...sebab yang takut ni doc mata. logik gak arrrr kalau dia cakap tak nak amik risiko kan. sebab dia pakar MATA je bukan jantung mahu pun paru2. 


result nya memang zara need glasses and randomly the power is about 700. kalau dengar memang macam power budak besar. doc said....belum confirmed. they just randomly so that parents tak ada lah terlalu konfius and tanya yang bukan2. sebab kalau mintak doc explain aku sendiri tak paham. jadi...aku terima apa doc cakap sebab itu lah yang terbaik buat zara.


kata pakar kan...........


bak kata apak nya...pakai je spek nampak bijak sikit.


hokayyyyyyyyyyy



Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

2 comments: