Monday, July 29, 2013

Blackout Siri 2




last week kitorang dapat notice pasal blackout.


kali ni bagus ade notice so aku bole buat preparation and plan apa yang patut aku buat. definitely memang tak akan ke HKL semata untuk admit.


kebetulan mak aku nak renovate umah. so skang tengah proses punggah barang2 ke uma yang disewa sementara. kami laki bini terus decide nak tumpang uma sewa mak aku tu. tak kisah lah tak ada katil ke apa. janji ade tilam dan bantal. cukup lah kami 3 beranak nak bergolek2 ngan mesin gabak tu.


syukur juga sebab uma mak tak jauh dari sini. so tak ada hati ni risau sangat nak mengangkut mesin ni dalam kete. yelaaa takut rosak sebab bawak keluar and bergegar2 dalam kete. apa2 hal aku jugak yang susa nanti nak tanggung. alhamdullilah Allah permudahkan.




uma sewa ni tak lah lama ditinggalkan sebab tu aku berani nak stay a few days kat situ. before this ada orang menyewa. yelaaa risau zara tak boleh tido malam kang. aku memang sah2 tak bole tidor punya. penakut.....mengaku siang2. kompem aku tido berpeluh2 malam tu.


alhamdullilah zara tido lena macam biasa. tak meragam sikit pun. good girl anak ibu ni. yang meragam mak nye. tak boleh tido malam tu. dengar bunyi anjing lah pintu terbukak tutup lah. apaknya jan kau kisah kan.....TIDO MATI.





siang elok je zara layan citer doremon. ritu kan aku nak test dia..tengok selera hiburan dia yang macam mana. agaknya dia memang ikut acuan kitaorang. evergreen......layan doremon...mickey mouse taun 70-an. pocoyo tu tahan 10min je. end up mengamuk kebosanan. adoi.....ni nak buat flashcards tak tau lah bole fokes ke tak. tak apa...slow2.






yang ni tak payah cakap lah. memang ada je dia ni kat mana adik pegi. hahahaha biasalah bila blackout or tak ada air..kat mana lagi nak lari. uma mak ler paling selamat.  kakak doncet ni uma kosong pun dia boleh buat onar. ade dia peduli ? lapik getah adik pun boleh jadi bahan.





dia cakap sejuk. siap buat2 sejuk macam kena aircond. kat luar tu panas berdenting nak. drama gile!!!!! hahaha drama2 pun kalau tak ada dia ni...sunyi je kami berdua. adik pun suka je layan perangai 'BUSY' kakak doncet ni. kadang geram nak puk' je dia ni. banyak mulut nau. hahahaha



katil tu atok pasangkan untuk izara baring and lepak. malangnya terpaksa seret tilam ke bawah. sorry atok susakan jer sebab hujung2 zara tak dok pun atas katil. bahaya sebab dia bukan tau ade palang ke apa. dia tau nak pusing nak bergolek. tu jer....


hopefully pasni jan ada blackout da. aku da tak larat nak sedih2....da tak sanggup. aku cuma tau nak izara sihat..happy and progress well. insyaallah.... :-)


Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

4 comments:

  1. zara suka doraemon ye..nnt Auntie Noey belikan cd doraemon yer..mamazara nanti tinggalkan alamat kat blog Noey ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa susa2 jer. biasa laa baby ni...esok2 kang da boring cite lain plak

      Delete
  2. http://tengkubutang.blogspot.com/

    Hai.. done follow sini no. 21.. siyess.. suka teman baca entri awak.. lucu n buat teman tergelak.. teman suka baca yg bab medical checkup tu.. yg entri tahun lepas citer ttg try to concieve tu.. cara pnyampaian entri menggelikan hati.. teman suka sgt2.. kelakar lea awak ni.. hu3.. akhirnya dapat dh baby hasil dari telor yg awak citer2 dlm entri yg lepas yea.. tahniah.. huu.. bila lea turn teman lak kan.. sedey ni..

    Jom follow teman lik,, add teman kat fb yea., tengkubutang miaw... heeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeeeee macih sudi baca. rilex laaa butang...insyaallah rezeki mu akan tiba. enjoisssss berdua dulu. jan sedey2 rugi jer tau. hehehe

      Delete