Thursday, July 18, 2013

1st Appointment




Last wednesday is 1st appointment zara kat pedatrik. 


banyak benda yang aku tak expect. memandangkan izara pakai oxygen dalam fikiran aku check up maybe details lengkap amik darah semua. 


sampai di pedatrik terus ke daycare. masuk2 je semua pandang aku yang tengah mengendong izara dengan bedah tong gas. i feel lucky sebab semua orang tolong nak buka pintu and tolong tengok kan dia kejap sebab nak kena register even 1st impression aku maybe dorang tengah cakap dalam hati....'kesian nya baby ni'.


rupanya....dalam daycare tu mostly yang special case like izara. tak janggal lah kiranya. aku je yang poyo asik fikir macam tu sedangkan orang tengok anak aku biasa jer. hehehe biasalaaa mak2...emo lebih. dalam daycare tu ada ramai baby and kanak2 with different disease. rupanya ramai kids yang ada talasemia. :-(


untuk check up izara ni ada bilik treatment yang khas siap baby cot. fuhhhhhhh special nya. untung juga anak aku tak bercampur2 kat luar sana. kami sampai around 9 am. tunggu doc tak lama sangat sebab dorang utama kan yang pakai oxygen dulu.


so..untuk check up ade 2 team akan review. 1st team medical from SCN icu masa dia lahir dulu and team respiratory. and izara ade hearing test sekali. tapi dorang tak inform lah plak hearing test ni baby kena tido. wahhhhhh challenging nya nak popok anak kasi sleep kat environment luar. susa ok!


tak lama nak tunggu team respi review anak aku. cuma....aku ingat ade lah details check up akan dibuat. banyak soal jawab je. memang macam ni ke? doc tanya macam mana makan minum dia. bape Oz sehari...kencing berak semua. soklan2 yang memang hari2 dia tanya masa zara kat wad dulu.


so how they measure tahap kesihatan anak aku yang beroksigen ni? aku pun amik peluang tanya doc a few questions since next appointment maybe bukan dalam masa yang terdekat. doc physio pun check and buat sikit exercise kat izara nak tengok progress dia da sampai mana. so far zara da tak ada masalah nak meniarap...guling2 sampai terbelit tube. cuma masih belum boleh nak menggapai barang..pegang barang dengan betul. give her some times till next appointment. sabar....


lepas team medical review terus respi datang amik nadi and SPo. Dr yang duty hari tu is Dr. Zehan. dia ni agak kerek and strict. yelaa muda lagi dah title PAKAR. aku suka lagi Dr. Norzila. baik and positive even ade certain benda tu boleh buat kita down. tak ada rezeki nak dapat dr ni. masa dr. zehan check dia macam tak puashati tahap kesihatan izara.


Dr: anak pakai oxygen 24hrs ke?
aku : yes
Dr : penah tak awak cuba cabut atau tak pakaikan untuk few hours.
aku : penah untuk bersihkan tube. tak lama..less than 10mins. mandi pun pakai. cuma kalau malam sometimes dia cabut sendiri and kami tak sedar. but she's fine. tak ada sesak nafas atau biru. but then saya betulkan balik bila terjaga. 
Dr : so u tido mati lah ni?
aku : saya tak lah tido mati. berjaga but memang dia cabut sendiri and da pandai rimas. 

tiba2 laki aku mencelah bagitau ade satu hari tu dari pagi sampai petang oxygen zara tak masuk langsung sebab bekas air tak tutup betul. so he thought its ok to tell the truth. maklumlah jujur tak semena2 laki aku ni. 


Dr :  u mean u biarkan anak u without supervision????????! how u jaga anak u? U biar anak u sorang2 dalam bilik ke apa?
aku : bukan macam tu dr...saya ada bersama dia 24hrs...bagi susu semua cuma memang tak perasan langsung bunyi aliran oxygen tu.
Dr : *geleng kepala like i'm an AWFUL mom!*

Dr : Look....u tak boleh take off tube ni suka2 and BABY TAK AKAN PANDAI CABUT TUBE SENDIRI. kita tak nak ada efek pada jantung dia sebab heart beat dia masih laju which is tak normal. dia tak boleh ke mana2 kena stay saja dalam rumah or bilik sebab nak bagi betul2 sihat dan berkembang development nya. I akan turunkan oxygen 0.5l so that now she's using 1.5litre. See u in next 3 MONTHS


part ni aku bengang...marah...kecewa. aku berharap sangat izara da boleh wean off. nak jumpa balik 3 bulan pulak tu. aku bengang...


1st : dia pertikai cara aku jaga anak like aku tak jaga betul and not serious. dia tau ke situasi aku kat rumah macam mana? dia ingat aku tinggal anak aku macam tu je! sakit sangat hati aku!!!! aku bole terima reason untuk protect jantung tu. tapi jan lah sampai cakap aku tak supervise anak aku. i'm a mother....please lah jaga sikit ayat.

2nd : dia kata baby tak akan pandai cabut tube sendiri. well....anak saya pandai doc! aku malas nak menjawab sebab fikir kan hari pertama puasa buat kurang pahala kalau gaduh. aku rasa mana2 baby pun akan rasa rimas ade benda kat hidung dia. gatal ok!

3rd : i dont believe dengan memerap diri dalam bilik selama 2 months will help to develop her progress. baby pun tau boring. cukuplah aku perap zara kat wad selama 6bulan! secara psycho nya aku treat zara like a normal baby. beza nya dia ada belalai. thats it....and as long as aku jaga betul2 hygiene and elak kan orang2 ade flu and cough dekat dengan zara that will be enough and Insyaallah aku yakin Allah ada to protect her.


harapan nak tengok dia bebas and boleh bernafas sendiri tak dapat. still a long journey sayang. but good news nya da turun sikit amount nya walau sikit. macam  mana pun aku sedih sebab dia masih kena pakai sedangkan skang dia tengah aktif ligat nak bergerak sana sini. pikir panjang aku apa nasib izara akan datang................. *kesat airmata




again....orang cakap BOY. tak cukup PINK ke suar anak mak ni??????


Around jam 12 tengahari macam tu medical and respi done. terus proceed untuk hearing test. Berselirat wayar nak buat test. syukur alhamdullilah....pendengaran izara baik2 saja. cuma kena pantau dari segi her ability untuk listen and understand a command bila da nak 2 years old nanti.


aku yakin hearing dia ok sebab dia ni sangat sensitive pada bunyi. kadang apak dia kentut pun dia boleh terjaga. ini kan pulak ade orang usik telinga dia. bila doc telinga soal selidik aktiviti kat uma semua aku bagitau izara ni kalau tido kat uma aku kena silent kan phone. so kat situ da tunjuk progress yang baik. lega......


nak buat test ni kena banyak sabar. mana tak nya...izara bangun tido 3x dalam masa yang singkat. adoiiiii kalau dalam bilik tu ada dia sorang je insyaallah lena. ni ade baby lain tengah nangis2 semua. ditambah lagi doc2 di icu yang treat izara dulu semua datang cubit dia. they impress with zara. they thought at this age...zara still supine and very delay progress. she's a critical baby once before and almost tak ada harapan. but now....syukur Ya Allah. maklumlah survivor with 600gram....memang lah jadi perhatian. :-)


check up done by 3pm. gila tired! da laa puasa.....panas terik nya.


indahnya Ramadhan kali ni. Kami diduga lagi.


Be positive!



Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

2 comments:

  1. alhamdulillah,baby zara da ada progress...mama zara kena sabar,k..psl doc pakar tu,biasala..memang krn dia pakar,dia akan ckp sesuka hati..tpi tak semua perangai mcm tu..mama zara kena kuatkan semangat..Noey doakan zara semakin sihat n in shaa Allah akan jadi sorg anak yg boleh membanggakan mak dan ayahnya..Amin..

    ReplyDelete
  2. Thanks Noey bagi support kt sy.
    Sy mmg sabar...klu tak sabar maybe da batal poser ritu. Hehe...biasalaa doc ade pdpt masing2 kan. Lgpn dorang juga yg akan merawat izara. Nak xnak...pekak kn telinga je mana yg xperlu didengar.

    ReplyDelete