Monday, June 03, 2013

Room In




Yes. Room in....


Word paling familiar sepanjang berada kat wad. Selama aku stay kat KK9....hari2 nurse akan tanya bila aku akan room in dengan baby. macam da tak sabar nak hands over anak aku je kan. alaaa uoolls baru jaga anak aku sebulan jer da geletis. hehehe 


Actually masa doc da konfirm nak release kan aku ke kk8....aku macam belum ready. sebab.....tiba2 aku rasa apesal terlalu cepat. so....they lodged me 1st kat kk8 baby kat kk9. untuk menyenangkan dan membiasakan diri dengan anak. ok jugak buat macam ni tapi seriously......exhausted tahap MAHA gaban. even kk8 and kk9 sebelah2 je.....katil aku adelah bilik paling hujung dunia. agak menapak jugak laaa nak ulang alik. 


kena pulak seminggu tu izara buat hal. melalak sepuas hati sampai penat and biru. hurmmmmmm so apa yang aku buat supaya dapat membiasakan diri dengan peel anak yang baru timbul tu is aku hanya tido only 2hrs a day. bangun awal jam 2-3pagi tido lewat around 12 or 1 pagi. kebetulan izara nak tunjuk peel dia yang sebenar kat mak nya. dari jauh da bole dengar suara izara melalak. nurse....of course laa biar. dia pun tak tau da nak buat apa. kira macam...right timing laa aku nk room in ni. 


cukup seminggu lodged aku terus bagitau doc da ready nak room in. perghhhh bunyi konfiden giler kau. aku tawakkal je at the same time aku berserah je. harap tuhan permudahkan 1st day room in nanti. masa ni sedih juga...sebab pisah dengan geng mak2 kat kk9. huhuhu pasni tak tau laa bila nak jumpa lagi. tak apa...yang penting skang anak da tido dengan aku.


kk8 ni tak ade class2 yer. semua sama saja. tapi udara dan suasana kat sini lebih panas dan bahang. very bad ventilation. kalau bilik ujung2 kat belakang tu ok sikit sebab dia attached dengan wad KK7. so macam ada udara sikit laa and bilik belakang tingkap bole bukak. kalau sepa dapat bilik depan2 tu memang seksa baby. tingkap dia full covered tapi tak ada ekon. kipas sorang satu. BAHANG. kesian.....






suasana macam penjara. hehehe takde lah...kang orang ingat aku ni asik nak kondem je. actually pintu gate merah tu adalah shortcut ke KK7. sebab grill dia kaler merah so aku rasa macam in jail gitu. dalam kepadatan emak2 dan baby kat sini...bilik air hanya ada 4 buah saja. ye...only 4. 


ada masa wad ni pack..ada masa lengang. time pack tu....haaaaa pandai2 laa ko seting masa nak bersiram. aku da set mandi lepas jam 9. ade tu aku tengok jam 6 pagi da mandi. perghhhh gigih rebut toilet. lagipun kena cepat sebab masing2 tak tau ragam anak kan.






tiap pagi hari2 rutin baby dan mak ialah TIMBANGAN. waaaa time ni masing2 neves kau. yelaaa nak anak naik berat cepat so boleh discharge kan. tapi izara tak penah ke scale luar ni. dia special...scale come to her. hehehe





ni laaa rupa tempat mandi baby. kat sini pun izara tak penah jejak. special juga kata nya. hehehe bila pikir balik ada baik nya izara isolated dengan orang lain. cuma yang tak best nya....tak merasai kemeriahan mandi bogel beramai2 dengan kawan baby yang lain. tau2 je da siap wangi. senang jugak keje mak nya tak yah tolak dia jauh2. kat sini bilik yang isolated je baby tak mandi. lap2 saja.....koser aku nak lap2 izara semata. dia da besar kot...melekit2 badan dia. maka nya........aku belasah mandi kan dalam baby cot yang sempit tu. melalak macam kena bantai.



orang jawa cakap'BODOL'. season je rupa KK8 ni. da legend sangat...





bilik susu kat sini lebih kecik dari KK9. kat sini nak pump kena queue sebab plug tak banyak. haaaa kat sini pun ade benda nak share. kes yang sama. MENCURI. this time memang kecoh wad laaa. mula2 aku ingat apelaaa yang bising sangat kat kaunter tu. rupanya.............






motobot ni yang kena ngesop! berat okehhhh. gile ke apa????? isk...memang selambe betul orang yang curi ni. gigih laaa tu kan sorok dalam beg. kat sini sistem dia senang je masa nak discharge. mana ade orang nak cek beg ke apa kan. sebab da sah2 yang boleh masuk only suami dan isteri saja. jadi tak kan dicurigai laa. aku rasa mesti dia buh dalam beg then husben dia bawak kua konon nak letak barang dalam kete. yang bengang nya.....tu laa satu2 mesin yang kuat sedutan! siot betul....


kat sini mostly datang with different background. ada drug addict juga kat sini. mula2 tu aku cuak je sebab ada orang2 macam ni kan. yelaaa macam tak sangka plak dia beranak dan room in. hehehe  tapi....yang kita tengok perangai teruk tu tak semestinya dia yang amik kan. sama laa kes ngesop duit kat KK9 tu. wajah emak2 suci.....tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii?






so.......taraaaaa! ni laa bilik izara for almost a month. tang ni seb baik doc ada akal sikit nak kasi aku bilik isolated. awal2 dulu doc decide nak letak aku kat bilik 4 orang. lega dan syukur sangat walaupun awalnya tak ada kekosongan. selesa dan privacy. nak solat pun senang tak perlu turun tingkat bawah. kira nya puas hati laa. 


malam pertama room in.....Izara buat hal. menangis tak henti2. dari jam 8 malam sampai jam 5 pagi. aku menangis sebab tak tau nak buat apa lagi. meleret2 sampai seminggu lebih. ayahnya pun naik risau. dia risau mak nye yang meroyan. hahahahaha





but seriously......memang aku hampir2 nak meroyan. bayangkan....aku terlalu letih. tido tak cukup.....pastu anak asik menangis tak henti. aku pun sahut menangis sama. mula laa macam2 iblis saiton yang aku dengar dalam telinga ni. astagfirullahazim! nasib aku cepat sedar...basuh muka and amik wudhuk. tapi berlarutan juga sampai seminggu. nak tambah sedap...polis bantuan kat wad ni citer macam2 benda pelik kat sini. dem!


aku stress kat situ. nurse ada yang ok ada yang menopos. kena yang kerekkkkkkk sampai skang aku ingat layanan dia tau. yelaaa kita ni 1st time nak tido dengan anak. so bila anak meragam melalak non stop tu aku agak gelabah laa. mana nak cari botol susu..nak cari puting. apesal laaa botol dan puting depa simpan berasingan. menyusahkan! 


aku pegi kaunter mintak botol. dapat botol puting plak takde. da pegi balik ke kaunter. nurse pun dengan kerek saun aku ler 'anak 1st ke kak?' i said yes....and she's respond with annoying face. like mengejek aku ler kan. kat sini independent kata nya. semua kau kena setel sendiri. oh well....aku tak kisah tapi sian laaa jugak kat mak2 yang lain nak rehat. da kalau anak aku asik melalak ganggu jugak kan. last sekali aku da pitam...mamai. jam 5 pagi ade nurse yang macam baik hati singgah tepi pintu bilik gaya nak bantu. dia pekik 'anak 1st ke kakkkkkkkkk?????' nada nyaring yer......


pastu dia senyum sinis and blah. motippppppppp??????????


alhamdullilah...lama2 da ok. izara da terlalu lama warded. she bored to death! tapi apa aku boleh buat. setakat dukung dia kedepan kebelakang bape kaki tu jelaa. sepanjang kat situ....laki aku ulang2 alik pagi dan malam. pagi anta breakfast.....malam anta makanan lagi. aku stress....jadi makan menjadi2. tak kurus.....hahahaha



ni laa rutin. kedepan kebelakang. 




pengubat rindu ku. sian ayah.....hari2 ulang alik. ade hari tu letih sangat. tumpang tido katil. dapat sipi2 pun jadi laa kan. oh by the way...kaki kiri izara ade mould untuk betul kan structure tulang. kaki dia ade bengkok sikit since lahir. but not serious. akan normal bila dia start merangkak etc. dia dok dalam inkubator lama kan. so da jadi habit dia nak senget kan kaki.


bila kita da jaga anak sendiri ni.....rasa sangat puashati. since room in berat izara tak pernah turun. naik gila2 punya. syukur and happy! sebab kalau nurse jaga dorang bagi susu ikut jumlah susu yang da dibancuh. kalau bagi lebih...susu tak cukup. bila mak yang jaga sendiri.......melalak je sumbat susu. alhamdullilah minum tak ada masalah and so far tak penah muntah2 teruk. :-)


berat kalau naik 5 grams pun da suka. ni kan pulak 60 gram sehari.


ok....sambung lagi bila free.





Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

2 comments:

  1. Gembira mak bapak ada sekali. Tu yg naik je berat badan. Baby pun tau beza kasih sayang mak bapak =)

    ReplyDelete
  2. cantik tempat mandi baby tu hehe

    ReplyDelete