Monday, June 17, 2013

Progress 6 M.O.





Before this Izara da boleh meniarap cuma belum boleh nak lift up head. 


most of the time dia akan meniarap and tenyeh muka macam ni.





 pusing2 lebih kurang. dan menjeling2 lebih ke arah kiri.


And the rest....dia akan menangis kepenatan setelah puas dia menenyeh muka sendiri. aduhai...sabar lah hati. everyday nak tengok apa progress dia yang lain. meniarap da...angkat bontot sikit2 je. mengesot no.1...kalau biar memang dia sampai boleh jejak hujung tilam.

dia boleh layan mengesot kiri kanan dengan muka tersembam. mau tak menangis. apa daaa awak ni izara. tak cukup pom2 girl ke ibu depan awak ni bagi moral support? teeheee....

its ok.....kita cuba lagi ok!




Peel skang suka isap jari. kalau lepas mandi tu harap badan jelaa bau wangi. sampai ke tangan tu....masam giler derrrrrrrr! kadang tu saja pakai kan mitten. pun......mashammm mitten tu dikulum2. hemoh2x...


lepas susu sebelum susu memang akan isap jari. kadang tu sampai termuntah. and skang dia tak bole tak ada soother! lepas susu mesti nak nyonyot something. terpaksa bagi. kalau tak melekat je tak sudah mak nya tak mandi2 sampai apak nya balik keje. 


tapi ni time good girl. hisap jari....senyap tido. kalau time jiwa dia bergelora...kau kasi lah apa pun dia tepis menepis. tetek aku pun dia jual mahal. terus aku mati kutu tak tau nak pujuk macam mana. tak tau kot ada benda usik dia ke apa kan. eh mintak jauh! yelaaaa kalau dia melalak tu dia boleh bagitau apa dia nak senang lah kan. ni cakap pun bahasa burung lagi mana nak tau. 


tak apa...sabar lagi.





Ni satu lagi.


Feeling betul anak aku ni haaa nak pegang botol sendiri. tengah2 malam nak kena layan dia macam ni lah. tapi mak support jugak botol tu. sebab dia ni kuat berangan dan kuat tetido time minum susu. kang sendiri terperanjat tergebang kaki tangan tu macam mimpi langkah longkang besar kat masjid jamek.


kuat berangan tu inherit dari mak nya. ikhlas ni mengaku. Oppssss!!


Makin da besar ni Izara kurang da meragam tengah2 pagi buta. Lega rasa........syukur! enak mak dengan apak nya turu. lebih enak apak nya laaa kan. kadang dia tido over lagi dari mak. hehe


yelaaa he's the breadwinner at this moment kan. banyak nak pikir kata nya. nak provide macam2 untuk anak bini. so aku tak lah kacau sangat kecuali desperado sangat baru kejut dia mintak tolong apa yang patut. weekend je aku buat2 pening. eh


ok apa. esok2 aku pun da naik keje......jadi kena ACI laaa yer bang!


Peace


Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment