Friday, June 14, 2013

Kolam Baru




Masa di KK8 dulu aku cukup risau nak mandikan Izara.


Mana tak nya. asal bukak baju je nangis. kadang tu baru bukak pempes dia da melalak macam kena pukul. kalau boleh tak nak lah dia menangis selalu. then bila kata dapat balik uma je benda 1st aku concern is time mandi. 


beriya aku yakinkan apak nya yang izara akan melalak time mandi. nak buktikan kat apak nya betapa challenging aku nak mandikan dia kat wad dulu. seriously memang dia nangis kuat giler. tak tau apesal. sejuk ke....sakit ke. 


tapi kuasa Allah kan....nak tunjuk betapa home sweet home nya anak dapat mandi kat uma. senyap ok...sikit pun tak ada rengek. lega sangat. tapi masih challenging sebab dia aktif kaki tak boleh dok diam. abis basah keliling tu. tengah mandi nak mengeliat...menguap. dan fave dia suka keraskan badan time mandi. aku punya laa berjaga sebab tulang dia kan lembut lagi. isk....


seminggu kat uma aku mandi kan dia dalam besen bulat merah tempat rendam bihun.






hahahahaha haaaa jan nak kata aku kejam ek. weolls mana laa sempat nak soping barang2 dia. mana yang ada je. time ni aku rasa masih muat sebab dia kan tomei je. 2-3 hari tu macam muat laa dia dalam besen tu. lama2 aku tengok macam seksa je perut dia sempit. tak bebas kata nya. upgrade sikit saiz besen kaler pink.





masih dalam kategori besen bihun. yang ni pun pakai kejap je. rasa da sempit. hurmmmm aku tengok izara ni saiz macam sama je tak ada laa besar debab tiba2 ke apa. tapi da tak muat. selamba kan upload gambar jambam lantai berkerak. jan salah kan aku. salahkan kontraktor kuates ni dulu. lantai marble tapi dari luar sampai ke jambam semua berkerak jenis kotor kekal. aku tertipu mula2. penat menyental tak hilang. sia2 jer...















































tarrrraaaaaaa!!!! nasib baik kak doncet nye besen ada lagi. maka pinjam jelaa kan. tak membazir. mula2 dia macam tak biasa kolam baru sebab besen nya ada acuan bontot. pastu berlekuk2 bagai kan. huru hara jugak ler. oklaaa selesa dia dalam kolam baru. but still suka keraskan badan. hurmmmmm normal ke? skang dia da tau time mandi dia. lambat....awas yer. desible 12 dia bagi pekik kat mak nye.


aku cabut tiub tu kadang2 je. kalau rajin...kalau tak aku belasah basuh sekali. bukan apa...izara ni pantang orang usik hidung dia. mengamuk dia sampai merajuk tak nak minum susu tau. apa aku buat is...just amik baby oil and bersihkan pipi and ganti dressing tape tu.


tu pun melalak......alahaiiiiiiiii




aku rasa comel begini.


tapi kaki tu aku da cuba kepitkan. still dia terbukak balik. tak apa ke macam ni??? tak pasal2 kang anak aku kengkang ke apa. eh....simpang! aku tak reti lagi nak mandi kan dia. hehehehe aku buat mana yang wajib. tengok orang mandi kan macam kacang jer. lagi2 baby yang dalam drama Teduhan Kasih tu. alahai sopan senyap jer mandi. ke nak Adi Putra mandi kan. eh


yang penting daki2 badan kaki tangan celah2 tak bekeladak dah cukup baik.


kalau tengok masih kiut miut lagi izara ni. kecik je rasa nak babap2 bontot tu kasi tembam cepat. hehehe


kamon sayang! keep growing healthy and chubby. i cant wait......



Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

4 comments:

  1. seksinye izara..cepat besar ye yang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecik2 xpe. Da besar jan sesekali. Hehe

      Delete
  2. biasa je ummi kalau guna besen rendam bihun...mak mandikan anak2 masa kecik dlm besen lagi kalau sorg la...kalau ada ayah dia baru la boleh buat kuak lentang dalam tab mandi diorg...nak harap mak jgn harap x berani waktu tu ;p

    ReplyDelete
  3. cute2. nanti dah start pandai main air mesti taknak kuar dari tab mandi. hehehe

    ReplyDelete