Monday, June 03, 2013

Emergency!




Semalam aku pegi emergency HKL.


Actually aku perasan izara macam ada kahak. tapi dia tak batuk. so...aku nak amik langkah awal which nak dapatkan rawatan terus. nebulizer ke suction whatever lah janji aku tak dengar nafas dia macam berkahak.


Masa nak discharge ritu doc ade bagitau if anything terus pegi emergency. ok...fine.


and aku pun tak tau pesal laa laki aku boleh drive pegi HKL. da sampai tu baru dia teringat HAT Mizan. pastu aku suh patah balik tak nak pulakkkkkkkkkk. aku berani nak ke HAT Mizan sebab just nak amik neb je. lagipun kat sana bole tumpang oxygen. 


sangat horror emergency HKL. tu je aku bole cakap.


aku bawak baby. dalam tu semua adult sakit2 kronik. virus merata. sejam kat sana aku rasa terseksa nak berambus cepat dari situ. doc paed kata kalau pegi emergency...dorang akan utama kan baby dulu lagi2 ade oksigen.


NO.


sejam tu macam2 boleh jadi. rawatan izara lah yang paling lama. tercongok kami anak beranak kat katil tu. dengan yang batuk...bersin tak tutup mulut. paham tak perasaan aku? anak aku baru nak sihat ni. berpeluh2 tunggu doc review anak aku. aku tak nak apa2 jadi lagi kat izara. enough...



pastu aku tak tahan aku cari doc and paksa dia check terus anak aku. dia pun check ala2 jelaaa and confirmkan lungs clear. tapi aku tak puashati sebab aku tau ade lendir kat lungs tu. yang sedap nya...tiba2 doc tu tanya...'suction da buat kan tadi'.


laki aku ler yang melenting. suction jadahnya.....sejam kami kat sini. apa pun dorang tak buat. last sekali aku konfirmkan lagi sekali and terus kuar dari situ. bahaya.......



aku rasa macam mak yang jahat bawak anak pegi tempat yang salah. ikut hati aku nak bawak pegi klinik pakar jer tapi kebanyakkan klinik tak ada sediakan extra plug oxygen. kat hospital2 besar saja ada. ni laa antara masalah yang aku hadapi.


tiba2 aku terasa hati...mentang2 anak aku pakai oxygen klinik satu pun tak kasi chance to us for not queuing untuk treatment. kena tunggu turn jugak. oxygen mana bole tunggu unless u have the plug accomodation. oxygen running and cant wait even for 1sec!


i'm sorry baby......tak kan ke situ lagi. will find better and better hospital for u after this. pengalaman yang tak dapat aku nak lupakan.


serik.


Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

1 comment:

  1. pelik la.. dulu bawa umairah terus masuk zon kritikal and byk doctor check on the spot. tp bila last week bawa Umar... mmg cam affe ckp... lama gila kena tunggu

    ReplyDelete