Tuesday, June 04, 2013

Day Of Happiness




Hari terakhir kat wad adalah hari paling heaven dan saat yang paling kami tunggu. rasa nak lompat terus da kuar dari situ. tak nak toleh2 lagi. begitu excited nya. tak boleh digambarkan perasaan aku time ni. bercampur baur. 


First...melangkah kuar wad benda pertama orang tengok ialah tong oxygen Izara. hurmmmmm......pastu masing2 mulut kuar perkataan KESIAN. biasalaa tu kan.....buat bodo dah ler.




ni antara ubat izara. banyak gilossssss.......syukur juga sebab izara tak ada masalah makan ubat. kira macam kacang botak ler nak suap dia ubat. kalau dia haus lagi senang...dia sedut je ubat tu. kuat tau anak mak ni. bagi laa ubat apa saja. sebelum ni ubat dan suntikan lagi dasat dan maha hebat. setakat ubat syrup pakai syringe apalah sangat kan. :-p


before nak discharge with oxygen ni ade a few kriteria yang kena buat. 1st is home visit by team respiratory. masa mula2 dulu ada laa problem sikit which doc konfiden cakap uma aku tak lepas untuk apply oxygen. berminggu2 aku buntu sebab doc easily cakap suh aku cari uma lain. menyewa or request kuates level 1st floor. kacang hijaw je cakap. mana laaa aku nak cekau duit pegi cari uma lain pulak doc oooiiiii!


syarat yang lain is rumah tak boleh lebih dari 2 tingkat. kalau uma flat lebih dari 12 floor memang fail. normally uma apartment or flat yang 5tingkat salu tak ada lif. tapi kuates tentera kan special. ada lift so aku ade point kat situ. lastly pas home visit dorang puashati dengan environment uma and classified kan uma aku sangat sesuai untuk home oxygen. alhamdullilah


smokers juga dilarang berada dalam uma. sebab mesin oxygen ni kitar udara sekeliling kita so kalau ade asap rokok atau asap sampah sama lah juga kita filter asap tu jadi oxygen untuk izara which is bad air. kawasan uma tak boleh dekat dengan stesen minyak. macam leceh kan....tapi bila da ada kat uma aku rasa ok jer.













ada dua benda nak kena jaga. mesin concentrator dan juga tong gas gabak ni. mesin ni banyak hal juga nak maintain. kena jaga betul2 sebab kalau cuai kos kita kena tanggung. bukan murah. jadi kena careful and focus. rutin nya aku buat seminggu sekali bersihkan filter and tukar bottle air tu. so far dok dalam bilik je...so clean up seminggu sekali ok kot. 


tong oxygen ni plak dorang bagi 2litre. tapi kalau susut kena topap sendiri which da bagi alamat siap2. sekali topap dalam rm30. so kalau kata gatal nak bawak izara jalan2 dalam kete bole jer tapi pastu kena berkejar laa cari tempat isi gas. sebab ada tong gas ni maka safety di UP jadi 200%. bak kata team respi tu....kalau meletop boleh jadi satu bangunan hancur. 


setakat ni aku tak gatal nak bawak izara jalan2. betul2 nak jaga dia nak tengok progress kesihatan dia. mesin ni bunyi dia boleh tahan laa disturbing. nak buat macam mana...redha jelaaa.









ni dokumen yang perlu diisi sebagai black and white yang kita loan mesin dari respi. insyaallah izara akan sihat cepat and tak perlu pakai lama2. masa nak kuar dari wad ni aku ingat ade laa orang respi or nurse ke tolong bawak kan mesin ni.


MIMPI.


semua ditolak sendiri. orang lain kuar wad bawak beg. kitaorang bawak mesin. masa lalu tu semua orang tengok sebab laki aku tolak mesin ni sampai laa ke postguard bawah. polis pun perati jelaa. masa nak angkat masuk dalam kete pun sendiri. 


tapi......kami tak kesah. sebab kami nak balik! peduli laa korang nak tolong ke tak. janji aku da nak balik. koser laa aku nak stress mengadap parking yang ampun triple park susah giler tu. cukuplah....


elok masuk kete je...ingat nak dukung izara tengok pemandangan luar. Tidur sampai laa ke umah. sedap woo dapat naik kete. 


da lama2 ni aku dapat biasakan diri dengan mesin dan tong. tak laa susah mana. as long as kita buat sungguh2 and nikmati every second time dengan anak. cuma skang we are planning to move the machine kat living hall. saja nak bagi suasana lain plak dekat izara. asik dalam bilik je kan. actually...mesin tu tak boleh di alih2. syaratnya laaa......


tapi kalau da memerap je.....satu keje aku tak bole buat nanti. perut nak kena isi juga kan. nanti susu tak ada. cewahhhh alasan. sebenarnya nak buat kek senang. wakakaka


isk....perangai!



Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

1 comment: