Tuesday, June 11, 2013

A Week At Home





Awal2 minggu setelah berada kat uma ritu rasa tenang...aman jer nak buat benda2 yang tertangguh kat anak. antara nya menipedicure. huhuhu kiut giler jari jemari anak mak ni kan....


kalau kat wad nak trim kuku punya laaa seksa. tak senonoh jadi nya. izara pun pandai...nak potong kat uma. pelik laaa peel anak aku ni. memang home sweet home konsep. ni yang rasa nak tekap jari jemari tu pastu frame. hehehe






kena trim elok2 sebab kuku dia cepat panjang. then dia ni aktif kena pastikan tak de serpihan kuku. kalau tak abis benang2 baju tertarik. muka calar balar nanti. aku cakap ni sebab kat wad dia da kena macam ni. maklumlah bukan kita yang jaga. nurse buat nk cepat kan mana mungkin ada masa nak menipedi der.....





kat spital minum susu memang nak pangku macam ni. kalau peluk dia cepat rimas and berpeluh. bila da sampai kat uma memang dia pow apak nya cukup2. tak nak minum dengan mak. nak atas pangku yang keras tu jugak. tapi macam biasa laa. kaki tu tak boleh dok diam. menendang2 sampai melorot ke bawah.







stail yang ni pun dia baru buat. tapi dia selesa dengan ayah je. kalau dengan ibu....3minit je pastu bangun. apa daaaaa dengan ibu laa sedap nak. ade gunung ganang lembut. kalau terjaga bole terus selak bagi tetek. dengan ayah kau kempas kempis jelaa atas perut yang menggunung tu. ayat aku ni sikit pun bukan nak bagitau aku jeles ok. (*jeles nak nangis)


ok....kasi ibu chance nak rest. :-)




progress lagi. main mimik muka. da pandai cemek2 nak nangis. jadi mak nya lagi suka buli. hahaha






kalau perasan baju2 dia memang ulang2 ni jelaaa. hehehehe aku baru nk beli online and sampai skang tak dapat2 lagi. ni satu hal lagi buat aku bengang. 1st time dapat courier yang lembap lagi sengal nak mamps! boleh tak courier service SMS customer suh datang amik parcel kat postguard. logik x???????


postguard tu rumah aku ker? berapi laa aku kan reply balik SMS mamat tu. pastu aku kol HQ tak berjawap. maka ke ruangan komplen pengguna laa jawabnya. apesal laaa aku dapat courier yang macam ni. tak penah dengar pun lagi nama kampeni ni. Ish!


nak tambah bangang lagi....boleh tak dorang salah address? uma aku no 3 tapi dia trace uma no 4. yang sengal nak mamps tu bila da tau salah uma dia tak kol aku. dia kol aku bila da sampai balik ke opis dia. bangangs tak? pastu siap cakap esok2 lah dia anta. ade rasa nak bakar tak courier macam ni? aku kol laa siap gadoh dalam phone. aku memang register da betul. tak nak mengaku tu salah dari pihak dia.


customer always right. i guess u tak penah dengar kot konsep ni.





benda2 macam ni laaa buat susu aku da tak boleh dipam lagi. tak tau lah apa tekanan yang aku terima skang sampai pump dapat ni je. ubat da makan. supplement semua tak tinggal. makan makanan berkhasiat. but still....macam ni jugak.


masa di wad dapat laa jugak sekali pump 60ml. skang memang sangat susah. oh please....don give me that look! bukan aku tak mencuba yer. aku usaha gila2 tapi ni je rezeki nya. skang ni lebih selesa bagi direct. sebab nak pump pun cik kak tu tido sekejap2 je. 15mnt da bangun. masa pun tak cukup nak mengilang. tapi aku still bersyukur sebab masih boleh bagi direct to her. at least dia tak putus susu.


ok sekian.




Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment