Sunday, June 23, 2013

1st Outing




Jyeah.


1st outing. no considered yang pegi kecemasan tu. yang tu tak best. hehehe






Tujuan keluar ni bukan saja2 tapi nak pegi topap gas. kata nya nak abis da. next month nak check up takut tak cukup nanti. jauh ronda2 ni tau. konon nak bagi anak biasakan diri naik kete. kenal enviroment luar..tengok pokok2..awan biru.





tapi tak sampai 10 minit kuar dari kawasan perumahan izara da sedap dibuai mimpi. nak kata selesa...aku berpeluh dalam kete tak rasa ekon dok belakang. hahaha (korek duit nak beli kete lain) berangan yer.






tempat beli gas ni agak jauh dari uma tapi consider yang paling dekat iaitu di Segambut. sepanjang perjalanan tu izara kejap2 bangun...merengek sikit pastu tido balik. mesti dia pun tertanya2 mana lah mak apak dia nak bawak ni. bangun tido tak sampai2. hahaha


buat masa ni dia masih kekok lagi naik kete. percaya atau tak....izara ni gayat. alangkan lalu bumper jer dia angkat bontot and keraskan badan. takut nau jatuh ke apa tak tau lah. maklumlah bukan selalu pun dia naik kete. nak biasakan dia pun belum boleh lagi. bukan boleh kuar jalan selalu. lagi2 laa jerebu skang ni. sabar ye nak...


rupanya nak topap gas ni senang je. macam topap gas masak tu. setong silinder untuk 2L RM35. apek kedai tu bagitau 2L ni boleh tahan sampai 6-7jam. Gulp!!!!! aikkkkkkk pesal ritu respi bagitau boleh tahan sejam or 45 minit je???? konfius....


apek tu cakap 'u punya bibi bukan pakai 15L oxygen ma......' so bila kira2 balik memang cukup2 boleh sampai 6jam. ngeeeeee jan gatal nak balik kampung yer bang!


dia pun pelik apesal respi explain macam tu. maybe dorang nak kami betul2 jaga izara tak boleh expose ke luar sangat. tapi....kesian jugak kat anak memerap saja. insyaallah sekali skala tak apa. lagipun tarikh appointment da dekat. kita tengok lah macam mana result nya nanti.


lepas dari outing ni.....aku rasa kena beli baby seat cepat. sebab tak selesa pegang dia lama2 and izara pun berpeluh2 kena kepit je dengan mak nya. 


ye....mak paham nak. rimas....


oklaaa survey baby seat!


Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment