Thursday, May 30, 2013

The Past 2 Months




Ok stop sendu sendan..emo2 bagai. since baby da balik....kita mulakan semangat yang baru. MOVE ON! sejak menjak izara da ada kat uma ni life aku berubah terus. masa kat wad lain...da balik uma lagi lain. salute SAHM (housewife) yang ada kat sini. huhuhuhu


biasalaaa kalau da nama nya ada kat uma..semua benda nak kena buat kan. especially benda yang aku suka buat. BAKING. terpaksa kurangkan sebab izara need me 24/7. ade laaa jugak terlepas buat kek 2-3 biji. tu pun sebab ade bapak nya take over. rindu kot nak main masak2. tapi bila suh masak lauk harian terus fail kau. kekok gile pegang senduk nak tumis2 segala. seriously macam blur. isk....


Syukur sangat da berada kat uma. baru lah rasa happy family again. tido setilam bertiga. even tak cukup tido...dapat sama2 setilam da best. Selama beratus ratus hari berada di wad dan ICU aku belajar banyak perkara and yang paling aku rasai ialah perasaan bersyukur. 


selama berada di SCN (ICU) aku tengok macam2 kes baby. ada yang happy ada yang kecewa. yang terlalu kecewa pun ada. i've seen many critical case....which lebih teruk dari izara. even da rasa izara cukup kritikal..ade yang lebih teruk lagi. 


then lepas pindah ke kK9...i thought tak akan rasa lagi the chaos like ICU again. rupanya....KK9 pun sama ICU jugak beza nya its paedratik nye wad lah. suasana kat sini lebih extreme sebab semua aku boleh tengok depan mata which total babies yang ada tak laa seramai di ICU bersalin tu. terlalu menginsafkan!



masa ni ayah 1st time dukung izara. da berani sikit sebab berat pun ok kan. so dalam bilik ni ade 4 orang baby. bilik divided by case. ade 3bilik yang khas surgical which baby yang kena operate letak situ. izara di bilik medical 8.


sebelah izara tu.....kes paling sedih dan menyayat hati. baby chinese lahir full term. tapi lahir ade sindrom tak bole bernafas sendiri. da bertebuk2. aku yang menangis nyorok balik inkubator anak. mak baby tu bagitau...fobia nak preknan lagi. tak nak preknan da. aku cuba lah bagi sokongan sebab aku faham sangat perasaan dia.


da takdir...baby tu passed away lepas 3minggu aku kat situ. aku saksikan sendiri saat nafas terakhir baby tu. terus aku pegi toilet nangis sepuas hati. begitu terkesan pada aku dan aku jadi takut. takut apa2 jadi pada izara. sebab masa ni izara da stabil...tapi doc tak pindah2 kan dia lagi. cukup risau....






lepas kes tu baru lah doc pindahkan izara ke bilik 7. seganjak je pun....tapi aku still argue why letak dia kat bilik 7 bukan 6 atau 5. jawapan still sama. nak monitor. time ni dia da stabil and recover sepenuhnya and doc decide nak buh dalam cot.



5 bulan usia..akhirnya anak aku meniarap dalam inkubator. tak kisahlaaa...janji progress dia kita nampak depan mata. kemain laaa dok pusing2 dalam tu. kesian...sempit. pasni turun cot pun lagi sempit. punya laa semangat dia nak tunjuk protes nya dok dalam tu lama2 kan. terus meniarap. senang...aku pun lega. kalau ikutkan progress ni kena ikut corrected age dia which now baru 2m plus.




mesin indicator ni salu tak betul. aku tak tau nak percaya ke tak. sebab masa pindah KK8 pakai mesin lain and nafas dia agak laju. tapi mesin lama ni nafas dia macam steady. aku perati nafas dia memang laju pun dari dulu since dia memang ade CLD kan. oxygen ni plak...actually dia pakai 1 litre. ntah mana datang magik tiba2 turun sendiri ke 0.5litre. izara ok je....xde biru2 and stabil. masa ni aku rasa ade harapan nak wean off. tapi tak jugak......huhuhu







cukup sebulan je doc kata da bole ready nak ke KK8. hurmmmm....definitely will miss kawan2 yang ada kat sini. syukur sebab aku jumpa geng yang sekepala. gelak nangis sama2. even baru kenal but they are very nice and we support each other. ni bilik penyusuan. luas and selesa. ade banyak plug. salu lepak dalam ni tengok sinetron indon walaupun channel TV dia agak sendu. sia2 artis mekap lawa2...yang aku nampak bintik2 je. hahaha


bila time nak pump....berderet mak2 buat SHOW. haiiiii rindu jugak saat ni. kat bilik ni laaa kami mengumpat dan bergosip. eh


salu nya tak ada benda lain nak gosip selain dari nak menyatakan ketidakpuashatian pada SN tertentu. atau kena saun dengan SN ker kan......yang kena saun aku. hahaha sebab makan dalam ni. bukan makan kuih yer...aku makan nasi lemak lauk sotong. mampu?


agak strict kat sini dorang tak allow food yang heavy sebab ade mak2 sebelum ni makan pastu buat sepah. i mean like...tak cuci sudu garfu cawan2 yang dipakai. and maybe berbau laa kot. and SN tu bukan aci atau pun indon tukang nak cuci segala tok nenek sisa makanan kau. ngeee




milk storage. kat sini ade ler kes yang menarik untuk di share. kes MENCURI.....ye adik2 sekalian ummah. yang panjang tangan tu plak emak2 yer. awas.....


rata2 SN kat sini salu remind jan tinggal barang berharga kalau nak pegi jenguk anak. masa aku newbie kat sini...aku yakin gile tak ada sepa berkenan nak kan henpon...beg susu dan purse aku. PURSE ok.....gila terlalu bersangka baik kan.


sekali tu....haaaaa depan mata 'emak' tu mengesop makanan salah sorang emak2 yang ada dalam ni. paling aku tak tahan siap ngesop duit syiling satu bungkus tu. elok lepas buat job...dengan selamba je dia turun bawah beli jajan berbakul2. ewah2.......cantik nya perangai. tak fikir ke susu awak tu sepa minum? jadi darah daging kan? hurmmmmm mula2 tak nak percaya......tapi kena percaya. tak sangka kan....



markas aku curik2 makan



terus sejak tu aku bawak duit rm50 je untuk bape minggu ntah. actually banyak lagi kes...cuma aku macam tak percaya emak2 sanggup buat macam tu. yelaaa kita kan kena bagi contoh pada anak. esok2 anak tu ikut jejak kita. hurmmmmmm....





So....ni lah bilik terakhir Izara. Bilik 2.....bilik yang aku minta selama bebulan tu. akhirnya merasa laa jugak dok bilik ni daripada langsung tak kan. tapi ade pro and cons dok bilik belakang ni which...anak akan less attention from SN. sebab baby yang stabil semua dok belakang2. jadi kalau baby melalak ke apa dorang rilek je. nak kasi paru2 kembang kata nya. tapi kes izara...cannot ok. sekali menangis kena terus layan apa dia nak. haaaaaa tang ni memang aku perati dorang tak buat. biasalaaa bukan anak dia.



but aku tak kisah less attention dari dorang sebab aku da start jaga. dorang tolong sikit2 kalau aku tak ada or tak sempat nak bagi susu or ubat. actually KK9 ni macam wad persediaan jugak sebelum room in dengan anak. SN akan ajar cara nak bagi susu be it breastfeed atau botol. ade jugak baby yang masih minum pakai tiub. so kena laa train semua tu.




Dekat bilik ni selama seminggu lebih aku bersengkang mata sakit pinggang jaga izara. time ni dia nak membesar and dia da tau yang mak nye da ready nak jaga dia pasni. so....mengada2 laa banyak sikit kan. minum susu tak nak pakai syringe. nak pakai botol diharamkan kat sini. hahahaha


tapi kes aku....dihalalkan sebab desperate. lagipun anak aku tak puas tetek mak nya. dia nye demand lain macam. ada masa nak botol ada masa cari tetek. semua dia nak kata nya. doc tak bagi botol sebab takut baby konpius. mula2 aku ingat izara konpius...lama2 baru boleh tangkap peel dia ni. alhamdullilah..minum tak ada masalah.







sebelum ke KK8 turut dibawa...rekod izara yang berjilid2. pecah rekod untuk baby taun 2012. masa staff nurse kemaskan...dia kira X-Ray film izara. kira kuat2 yer..ape motip ntah. lepas kira dia tanya aku balik. 'mak....bape semua nya?' nada sinis laaaa. motipppppp sangat. ntah apa2 jelaaa dia tu.


kira untuk bil nanti. saje je biar dorang kira sebab nak tau jugak bape kena charge selama 6 bulan bertapa kat sini. total film is 26. memang jumlah yang banyak...and aku da kira2 adelaaa dalam rm5k kot. dulu penah borak2 dengan SN kat sini...ramah budak tu. dia bagitau....kos inkubator...ubat2..susu semua free. charge cuma X-Ray and amik darah.  1 film cost rm150. mahal jugak....so bole agak da bape total nya kan.


skang ni....aku akan berusaha sehabis daya. doa..dan tawakal. jaga izara dengan baik dan make sure impian kami sekeluarga nak dia wean off the oxy by this Hari Raya termakbul. aku sangat2 berharap....


semoga air mata aku selama 6 bulan ni berbaloi!




Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

3 comments:

  1. Ameen. Moga raya nanti, izara sihat2 dan dapat bergaya comel. Mak sediakan purse tau... simpan duit raya =)

    Kelakar la kes mencuri ni. Hari tu masa warded, bukak semua brg kemas. Handbag semua simpan kt rumah. Selit je duit sikit kot2 nak pakai. Tu pun, dok sorang2. Ye la... bukan boleh nak percaya semua org kan...

    ReplyDelete
  2. Errr... kalo susu pun, kena curi ke?

    ReplyDelete
  3. erk..yang tu tak sure. tapi ada. yelaaa masing2 different background kan. kelakar tapi sakit hati :-)

    ReplyDelete