Monday, May 27, 2013

Finally...home sweet home




Lama nya tak update!


Rasa kekok plak nak story mory. Only a few weeks je da rasa macam begaban lama. Hurmmmm nak start mana dulu ni. Banyak sangat nak simpan cite kat sini.

Alhamdullilah....izara da discharge. 176 days.......lama. Sangat lama shes been hospitalize. she's now 6 m.o (c.a 3bulan). Kesian anak ibu. Its ok sayang..now u r home. Aku rasa lega yang teramat akhirnya doa dimakbulkan. Seriously....duduk hospital buat aku rasa stress and depression. Lagi laaaa anak yang merasa beratus ratus hari ni. 


so here she is...the latest one. so far memang tak upload kat fesbuk. bukan tak nak....tapi tak mau mengundang simpati yang berlebihan. biasalaaa....first word kalau orang tengok....KESIAN. actually aku da biasa.....cuma malas nak menambah2 lagi. plus...before beranak lagi laki aku pesan nanti baby lahir toksah galak sangat post gambar baby. sebab aku ade join grup TTC. fikir juga perasaan orang lain...


Hari terakhir di hospital dan 1st day sarung baju cantik.




Heaven gila bila doc bagi balik. Nak tunggu decision doc sikit punya berkurun. HKL ni aku puji sangat services dia tapi bab doc2 ni tak bape sangat lah. Ikhlas punya cakap. Walaupun mereka da beri yang terbaik. Kata nya lah. Bukan tak berterima kasih cuma ade certain part yang aku rasa decision langsung tak masuk akal. 


Officially...izara going home with oxygen treatment. Mula2 doc confirm kan...i was upset. Tak bole nak fikir apa dah. Aku blur...kosong and tak tau what next. Macam2 dalam otak...how nak jaga dia nak jaga mesin lagi. Mampu ke aku? Aku frust....sebab dia bole nafas sendiri sebelum ni. tapi da takdir....aku kena terima. tapi sebelum terjadi suppose doc bole amik tindakan yang wajar nak prevent anak aku dari asik kena infection berkali2. 


the day izara was transfer to KK9 to....aku da a bit pelik and curious. why doc put her sekali dengan baby yang ada kuman? why??????? hari2 aku tanya doc bila nak pindahkan izara ke bilik yang lain. jawapannya....kita nak pantau...kita nak monitor lagi. sedangkan anak aku da stabil that time. why doc? next 3 days izara da semacam dok kat bilik tu which aku perasan dia da tercungap2 and wheezing kuat. aku nangis sebab da rasa tak sedap hati.


cukup seminggu dok kat bilik tu doc confirmkan....dia kena infection again. again...and again kat lungs dia. batuk and flu sekaligus. bila aku argue pasal tak pindah bilik tu doc pun guna lah anatomi Izara yang beratus2 hari tu sebagai defend paling kuat yang docs tak bersalah. Yeah....logik kan letak baby yang da stabil sama sekali dengan 3 orang baby yang ada kuman. 


nak kata apa lagi kan....kena lah terima qada dan qadar. aku dah berusaha sehabis baik jaga anak aku. tapi terkena jugak. yang aku geram tu....ade laaa 2-3 staff nurse aku perati...tak bape sihat. hingus baik punya shrooottttt shreeetttttt....sikit pun tak pakai face mask. logik? baby ni fragile...sensitive. selamba....


2-3 minggu masih kat KK9 and everyday doc check and bagitau benda yang sama. semua negative and asik cakap kena home oxygen. hati aku sakit...macam kena robek. sakit yang teramat sangat. dari nak improve lungs Izara...now docs diagnosed da tak normal. tersiat2 hati aku ni. kalau da nak sangat refer ke respiratory uruskan lah cepat. aku pun miserable dok situ lama2.


Besar dugaan Allah....aku rasa lemah..down and tak ada semangat langsung. Call hb suh datang cepat ke KK9. Aku nangis non stop. Risau yang teramat sangat. Once hb sampai jer aku pun beriya lah mengadu domba. Pastu aku kena saun balik dengan dia. Hurmmmmmm tapi betul jugak kata dia. Supposely kita kena happy sebab akhirnya anak dapat balik rumah. Yes....memang aku happy. Cuma aku asik pikir how long she will depends on that thing. 


Aku ni ade masa kuat ade masa tersungkur. Explanation from docs wasn't good at all. Semua negative. Tapi aku yakin dengan kuasa Allah. Hanya berdoa semoga pengakhiran yang baik buat izara. Semoga Allah permudahkan semua. Apa saja aku bersedia and terima hakikat walaupun pahit. 2weeks baby da balik uma. Aku cuba kumpul kekuatan. Tapi makin hari aku makin rasa takut dan tak mampu. Aku menangis hari2. Tak bole elak lagi. Lebih baik aku menangis sepuasnya. Lepas nangis...datang balik kekuatan ntah dari mana. 


Aku bertuah sebab hb sangat memahami and dia very positive in every single thing. Dia lebih kuat dari aku. Hb banyak nasihat dan bagi sokongan sepanjang jaga izara. Its not easy......hati dan perasaan seorang ibu mana yang tahan when docs said something pasal anak yang chronic...couldnt be change for a long term..bla bla bla. Till hb said....semua ni datang dari Allah. Dia yang tentukan bukan docs. Bring her home and we treat her in our own ways. InsyaAllah....izara akan lebih baik.


Hes true...environment hospital lain sangat dengan uma. But still izara amik masa nak sesuaikan diri. Its ok...normal lah tu. Skang aku cuti half paid.....next month tak dapat nak sambung and aku hanya layak untuk 120 days saja. So next kena unpaid leave. Allahuakbar......aku cuba bertahan. seriously tak penah rasa sesebak ni bila time gaji....acc aku semput yang teramat! insyaallah...ade laaa nanti rezeki lain untuk aku.


Selama di wad...ramai cakap izara was very lucky sebab process nak apply mesin oxygen sangat cepat. Ade orang queue sampai 2 bln untuk dapat bantuan. And ramai juga yang bagi support yang izara will not depend on oxy lama2 even docs cakap sebaliknya. Allah mudahkan jalan kami nak discharge. TQVM respi team!


Aku tak harap apa2. Hanya nak anak sihat and wean off the oxy soon. Lega and happy dia da balik. Cabaran baru bermula lagi kat uma. Dan suprisingly....bila balik uma her progress normal macam baby lain. banyak juga nak catch up. tapi aku bersyukur sebab before discharge theraphy untuk izara da buat. lega sangat at least balik uma tau laa nanti macam mana nak latih dia...kuatkan otot2 dia. maybe dia ada lambat sikit..but its common to baby yang long hospitalized. Follow the corrected age dia and just mata tu kena train since dia kena ROP dulu.


alhamdullilah...izara progress ok. da meniarap cuma kepala tak bole angkat lagi. badan kena kasi tembam lagi bagi belen. pastu ngesot kiri kanan sambil menangis. aduhaiiiii anak ku. challenge bila bawa balik uma...of course nak adapt suasana baru. 2nd.......the visitors. how nak bagi awareness when they want to visit izara. kalau kawan2 maybe boleh paham laa kan but bila tang parents and sedara mara tu. susa ok...lagi2 bila aku suh bapak aku basuh tangan sebelum tengok cucu dia. degil........isk



welcome home baby!




Insyaallah....doakan Izara cepat sembuh..cepat besar dan kuat.


Syukur.... Allah the greatest! Kuatkan lah semangat ku Ya Allah......




Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

7 comments:

  1. Syukur izara dah balik rumah...insya allah izara will strong dan akan cepat sembuh k...apa pun pia kagum dengan u ibu izara...seorang yg kuat and tabah...semoga terus kuat seperti anak mu...

    ReplyDelete
  2. Uish..... syukur Alhamdulillah.
    Tak xpe la.... semput2 dulu pun. Sekurang2nya, masih boleh bertahan. Rezeki tuhan bg mcm2 cara. Anak yang sihat juga satu rezeki. Insya allah, walaupun unpaid leave soon, ada la rezeki lain tuhan bagi. Amiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye...betul tu mama. rezeki ni tuhan bagi macam2 cara. tinggal kita perasan ngan tak je. amin.....

      Delete
  3. affe... beli hand sanitizer la... takmo cuci tgn... pakai tu pun ok... visitors ni kadang mmg tak faham situasi kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hand sanitizer pun ade. Tp kalau da degil tu suh buat apa pn liat. Hehehe

      Delete