Monday, April 08, 2013

Update Day 145th





Lama nya tak update!


Kejap je da April. Masa berlalu cepat betul tak sempat nak buat apa2. wiken pun terasa laju. tinggalkan je blog ni tersadai. huhuhu ade banyak nak share tapi asik tak sempat. rutin hari2 adalah Izara...balik uma da pengsan. nak pam tengah malam pun tak sedar diri. :-P








Gambar ni masa seminggu lepas dia di NICU. tenang jer...lega dan bersyukur sangat sebab she progress very well. after several BF attempt....dia nampak ok and boleh menyusu..hisap dan telan. alhamdullilah and rasa tak sabar nak jaga dia. nak peluk dia hari2.



nak dijadikan cite..malam sebelum nya aku bermimpi. tak tau apa maksud mimpi tu. harap yang baik2 saja. aku mimpi pihak hospital bersedia hantar izara balik ke rumah kami. dalam mimpi tu...mak pak aku semua tunggu Izara. sampai masa...ambulans yang bawak izara call bagitau da tiba kat bawah. masa turun nak pegi amik dia tu...izara dalam keadaan berbedung. tak ada tube..clear. dorang bubuh dalam incubator. hujan lebat plak time tu. suasana semua tak sedih tak hepi. macam sederhana je.



sedar je dari mimpi da subuh. aku tak paham makna mimpi tu. aku takut jugak kalau2 ada petanda yang tak baik. seharian dok kat opis asik terkenang2 mimpi malam tu. tak boleh buat keje langsung. terus aku rasa tak sedap hati. so....direct aku call HR bagitau nak start cuti jaga anak. aku amik half day setel kan hal cuti semua then terus ke NICU petang tu. 




 rupanya.....bila sampai di NICU.....















































Izara tengah ready nak ditransfer ke KK9. Ya Allah.......sungguh aku tak sangka. aku tak tau nak cakap apa. memang suprise sangat and nurses semua tak tau yang aku tak di inform pasal perpindahan izara. hepi tu hepi tapi masih rasa tak sedap hati.


sebab...izara da on air tapi kenapa still pasangkan oxy ni even doc cakap just 0.1Litre saja oxy yang dibekalkan sepanjang perjalanan nak ke KK9. tak jauh dari NICU tapi doc cakap in case jadi apa2 so bersedia je letak oxy sebab malam nya izara biru sikit. so doc tak nak amik risiko KK9 return balik izara to NICU. hurmmmmm.......











so ni tempat baru Izara. KK9 ni rasa nya macam tak ada beza sangat dengan NICU. sini ada jugak baby yang masih kritikal cuma jumlah nya tak ramai and suasana dia tenang. tak bising macam NICU. yang lain2 aku rasa sama.



reason doc transfer dia KK9 sebab izara da better and tak ade infection. so doc tak nak dia kena infection baru kalau dok lama lagi di NICU. cuma izara kadang2 biru. sebab tu dia masih di sana dulu. lagipun tak elok untuk her development dok lama2 kat hospital. so tu approach yang doc bagitau lah.



tapi.....lepas seminggu dia kat KK9 she still pakai oxy and akan biru pada waktu malam. Ya Allah...runsing nya aku. tak tau nak cakap apa. kesian......maybe dia tengah nak biasakan diri kat tempat baru...sejuk ekon tak pakai kipas. tak tau lah apa yang tak kena. kesian izara...


sedih jugak tapi aku kuatkan semangat dan positive yang anak aku akan ok. 4 hari berlalu...doc tengok izara makin tak stabil. kerap apnea.....so dia discuss dengan aku probably she will going home with oxygen. jauh aku pikir......termenung. aku bukan tak boleh terima...cuma aku terkejut sampai macam tu sekali andaian doc kat anak aku.



its ok....aku kuat kan semangat and cakap kat izara yang dia akan balik uma without oxygen! insyaAllah....moga allah permudahkan usaha dan doa2. so doc pantau dia untuk 72hrs with 0.5L oxy. keadaan dia masih sama...masih tercungap2. kuatnya anak ibu ni. tapi aku yang menangis seharian sebab tak tahan tengok dia macam tu.



petang semalam doc round and check keadaan dia. masih tercungap2...amik blood test and x-ray. infection baru....tak boleh buat apa. since dia baby yang ada CLD....paru2 dia sangat2x sensitif. terpaksa lah masuk balik dalam incubator and cucuk masuk antibiotik. dia batuk and selesema. she diagnosed with recurrent Apnea and Viral Pneumonia. its infection kat lungs dia. besar betul dugaan kali ni.



aku nyanyi kan zikir syifa...selawat. bila da berzikir tu perasaan happy..calm. dia macam aura psikologi. kita sendiri kena bersemangat ceria. barulah anak dapat aura tu. tak kisah laa susah mana pun dugaan tu jan sesekali nangis depan anak. so far izara tak ada masalah lain selain lungs saja. alhamdullilah...syukur anak ibu tak dibebani penyakit2 kronik. she's very strong baby...indeed!



skang izara masih dalam incubator dikuarantin sikit laa. nak bagi dia baik batuk and nafas tenang sikit. its ok sayang....ibu always with u. insyaallah...Allah akan bantu kita. bersusah2 dulu. aku tau izara tu anak yang kuat semangat. so skang...BF journey tergendala sebentar. nak tunggu dia sihat and tube clear. sempat laa jugak bagi dia BF masa 2-3 hari kat KK9. tapi dia macam da nipple confuse. nak puting getah...bagi tetek tak nak. kasi getah hisap kemain semangat nyonyot. sabar laaa wahai hati..........



izara now da 5 months...2.30kg. alhamdullilah semangat da anak ibu. ni pun dia pandai nak mengomel mengadu. seronok betul layan dia mengomel. kiut bebenor! semoga kamu akan sihat dan kita akan balik rumah sama2 yer sayang. amin...ya rabbal alamin.





Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

2 comments:

  1. Affe, awak seorang yg sgt tabah. jatuh air mata saya baca entry ni. sobs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya perlu kuat utk anak saya. Insyaallah one fine day kami akan balik uma dgn sihat. Amin

      Delete