Friday, April 12, 2013

Follow Up ROP





Alhamdullilah.....da tukar oxygen. 



Syukur sangat she's getting better. walaupun masih ade kahak tapi aku da rasa lega bila Izara da tukar ke NCPRONG. tube yang ni lebih selesa. kesian hidung dia da bebekas merah sangat. aku risau je takut luka. aritu masa aku bersih2 kan tube kuar hingus dia and ada darah sikit. doc cakap tu efek pakai oxygen...dinding hidung tu kan nipis so memang bole berdarah kalau pakai oxygen lama. :-(



Actually aku rasa semua ni bergantung pada doc yang duty and how doc tu examine anak aku. means...ade doc yang gamble off kan oxygen and train Izara untuk nafas sendiri and ada yang tak berani amik risiko. same kes dengan oxygen ni. boleh jer doc tukar kan NCPRONG ni tapi tak tau apesal nak jugak dipakaikan CPAP yang seksa tu. hurmmmmmmm



Doc bagi masa lagi untuk Izara progress sebab kata nya kalau next week masih sama dia akan refer case Izara ke Respiratory Dept. Ya Allah.....hopefully anak ibu boleh recover cepat. tak nak lah sampai ke resp. tu sebab rata2 pengalaman mak yang lain bagitau kalau da di refer ke situ memang semua jadi leceh. mintak dijauhkan......Amin!



berdebarnya aku.......berharap sangat semua akan dipermudahkan. now Izara da start BF balik dengan aku. alhamdullilah kali ni dia hisap lebih lama berbanding dulu. yang ni nampak betul2 hisap dan kenyang. but still kena topap pakai cup pas tu sebab tak nak berat gap banyak. dapat peluk..susu kan pun da cukup buat aku happy. she's adorable :-)



Rabu lepas ROP. Alhamdullilah syukur yang tak terhingga when doc said mata dia da kembali normal. satu kelegaan buat aku and hb. masa doc check tu aku neves gile. dengar dia melalak2 dalam incubator aku yang rasa macam mata aku tersiat2. macam tu laa perasaan aku everytime dia pegi check mata. now da ok....follow up balik after 1 month. doa sangat2 dalam bulan ni dah boleh discharge. no one knows what i feel bila sana sini orang asik tanya 'baby da balik ke belum?'. positive nya aku jawab jelaaa da nak balik sedangkan aku tak tau bila saat tu akan tiba. aku cuma nak Izara balik rumah dengan sihat. tu saja.....










Doc mata advice suh beli toys yang ada lampu2 led and colorful. nak stimulate mata dia kan. da seminggu lebih aku train sebelum doc suruh lagi. so far dia boleh fokes tapi tak lama. its ok....never stop trying ye sayang. pelan2 kayuh....


Family and frenz bagitau dahi Izara ikut mak dia. ehem........at last. ade jugak ciri2 mak yer. ritu atok2 and pakcik datang melawat dia. semua cakap Izara ni muka ayah abis. tapi memang pun.....raut tu ikut ayah. nasib baik kaler tu cerah sikit macam mak. ada masa aku tengok anak aku ni cerah...ade masa macam ireng' sikit. ke ikut cuaca? hehehe  mengada2 lah plak aku ni.


Izara.....get well soon sayang!!! u dont need that accessories to bring home. ibu tau u can do it...u are strong and brave. i'll be start confinement back sebab nak test tengok progress kesihatan dia. no more air sejuk2. lepas 4 bulan aritu aku bedal ais blended. sekali tu jelaa. but masa tu Izara da start batuk and flu before aku membedal tu. tapi aku nak test jugak....lagipun bagus apa tak minum air sejuk kan.


kalau 4 months boleh pantang....setakat nak lanjut kasi cukup setaun tu Insyaallah tak ada masalah. caiyokkkkkk!!!!!!




Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

3 comments:

  1. izara kuat dan cekal, auntie percaya izara mampu...semoga allah permudahkan segalanya dan makbulkan doa ibu izara...be strong k...

    p/s: nak jugak berpantang mkn tapi tak mampu nak kawal hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekceli....quite hard nak pantang2 ni. skang mak pantang tgk...tu yg susah. errkkk

      Delete
  2. Wahhh... bagus. Pantang 4 bulan. Mama pun nk pantang betul2 nanti. Kasi gorjes kurus cantik =)

    ReplyDelete