Friday, March 01, 2013

Wedding





Lama nya tak update blog. 


Sibuk. Demam dan sibuk.


Last week wedding anak buah laki aku. Cucu sulung perempuan dalam family. Buat kat restoren tomyam di Melaka Tomyam Klasik. konsep nya sama macam restoren Nelayan di titiwangsa. tapi nelayan tu grandebom lagi lah. kat melaka ni pun not bad tau. jeles ok mak tengok pelamin dia cantik. 


Actually malam Jumaat tu anak buah aku nikah. tapi....laki aku  ni a week before memang da bagi confirmation tak dapat nak datang majlis nikah. sebab aku kan kena kumpul stok susu baru boleh berjimba. so tak bape yakin bole balik bermalam kat kampung. sekali tup2 jadi plak. huru hara lah aku kemas bag. aku sumbat jelaa mana yang nampak dan terlintas nak bawak. harap2 matching....hahaha



 pelamin nikah



memang tak matching. bahana betul lah. nasib baik malam nikah tu akak ipar kasik pinjam tudung. penyelamat....sayang kak ipar ku! hehehe







 the lauks. snap satu je sebab masa aku nak makan pengantin sampai. aku gelabah lebih. 





pasukan kompang ni agak weird. aku tak tau lah dorang ni lambat atau memang kat sana trend balun masa pengantin da sanding. i mean...masa pengantin berarak pakai kompang keset. setengah jam kemudian baru dorang ni muncul. haaaaaaa korang lewat laa tu kan? pastu da gabra berterabur. hehehe



 mak mertua bersama anak dan 2 cucu lelaki. rugged kan spek dia. spek aku tu.....tak kisah janji mak selesa pakai.





 pakcik kesayangan






Sebab MIL duduk atas wheelchair..maka bawak turun lah tempat merenjis dan renjis2 lah kat bawah. senang. untuk pertama kali nya dalam seumur hidup aku dipaksa merenjis. dipaksa okeh? haaaa actually aku tak nak. sebab aku tak reti dan pemalu. dan pulak masa merenjis tu anak buah baru ni cakap 'tima kasih makcik'. tiba kat laki aku pengantin cakap....thanks bro! jadi aku harap gambar aku rosak time merenjis tu. serious....





  nieces. cecomels semua. macam maksu dia jugak.ekekeke
















kalau pegi majlis kawin ni aku segan sikit nak bergambar kalau sorang. nak ajak mangsa...kita plak kena marah balik. coiiiii yelaaa mak ni pemalu ok! hahahaha



buat2 macam amik bekgraun jer. pemalu katanya....


nampak tak tudung mak? gila selamber tak matching. memang padah lah kalau balik tiba2 macam ni. sebab aku selamber so aku hentam jelaa. okay ape....at least tudung mak ade bling2 atas kepala tu. wakakaka




pada aku pelamin dia cantiks. kepingin gila nak bersanding balik.







aku suka kaler baju dorang ni. turquoise light macam ni. seriously rasa nak kawin balik. pegi buat balik persiapan kawin dan fitting baju. cewahhhhhhh poyo da ni. baju pengantin pempuan cantik dan simple. belakang ade reben. tak terlalu sarat. nampak lembut dan santai. pakai apa yang kita selesa nak pakai. yelaaa nak sarung berejam lama nya. 


laki aku tiba2 cakap 'napa lah dulu sayang tak bagi b pakai baju melayu biasa'. kau da mula laa tu kan bang? syukurlaa kau pakai baju. bukan aku suh pakai pagoda pun. so? menyesal? awas ya......hahaha kau kena ingat....kita ni nak 4 taun kawin dah. kompom lah trend skang beza. kawin pun ikut kemampuan laa. da sama2 gatal kan....belum sempat duit cukup nak menikah. jan banyak cakap eh. dulu2 pun aku da rasa grand da. cukup semuanya walau simple.







 Impian terlaksana untuk bersanding semula. sekian..... :-)

 



Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment