Monday, March 04, 2013

The 120th day






Its 120th day baby! 


Cepat nya masa berlalu. sekejap je anak mak 4 bulan da. walaupun besar dalam incubator je tapi aku bersyukur sekurangnya aku dapat tengok dia membesar hari2. Allah kurniakan kesihatan yang baik buat aku. Sehari tak jumpa rindu betul!


Aku pernah demam sekali sepanjang lepas bersalin ni. mula2 risau juga takut denggi. alhamdullilah aku tak de demam berpanjangan dan tak ada tanda2 wabak tu. lega....sebab sehari tu aku skip tak tengok izara. perasaan aku time tu..........ntah laaa. sedih rindu semua ada. rasa janggal and kekurangan sesuatu.





now Izara da 1.7kg! alhamdullilah syukur sangat. buat masa ni pakar kat paed ada datang check up dia and train ON-Air kat izara. so far dia bole tahan udara luar selama 5jam lebih kurang. lepas tu kena pakai cpap balik.


kalau ikut observation aku...Izara ok jer. tak ada masalah kalau tak pakai cpap. cuma bila apnea dia datang mula laaa kelaut. semalam saja drop sampai 24%! cuak nya tengok. sebab dia lena tido tiba2 alarm bunyi terus drop. muka pun jadi biru sikit.



Ya Allah...meruntum tengok dia macam tu. doc cakap kalau oxy dia drop tapi dia bergerak aktif like menangis ke apa tak apa. dikira masih bagus. tapi malam tadi drop sambil dia tido and gerak pun longlai jer. mengigil aku sebab 1st time tengok Izara tak nafas.





lepas tu dia macam tersedar and terus ok balik oxy dia. punya berdebar jantung aku masa ni! terus terjaga and main2 mata. aduhai anak.....


malam tu nurse yang duty sangat baik hati bagi kami chance dakap dia. touching gile dapat nurse baik macam dia. siap offer kami amik gambar Izara. apalagi kan...rezeki jan ditolak!


peluang macam ni tak boleh disia2 kan. guna jer apa posisi yang ada. kemain laa ayahnya ketip gambar pose sana sini. hehehe she's so cute! geram tengok sebab badan masih comel. pipi je naik tembam. Izara ni dok dalam incubator kuat mengamuk. bila bawak kuar...senyap. bulat mata tengok keadaan sekeliling.


here's my chance untuk massage hidung dia...badan dia. about a month jugak izara pakai cpap and kat hidung dia da meninggalkan kesan bekas cpap tu. aku pun salu remind nurse untuk massage  hidung dia supaya tak laa terjongkit gitu rupa. and 1 more thing....always check hidung dia takut ade luka since dia aktif and salu nak cabut cpap ni. sian plak anak aku kan...







baby prem yang ada CLD ni aku perasan nafas dia macam tercungap2 sikit. nafas pendek macam orang asma tu. but sometimes izara ni ok jer. ada masa2 bila dia mengamuk or banyak bergerak. dia mula akan tercungap2. tapi masih tak menghalang untuk dia aktif macam biasa. kalau tengah dimandikan tu bole dengar nafas dia laju. excited semua benda nak buat serentak kan. banyak job kata nya....


now doc tengah stimulate dia dengan soother. dia kan memang da pandai nak menghisap kan so doc sumbat soother so that dia boleh train hisap sambil bernafas. boleh tahan around dalam 5hrs pastu start biru balik. its okay......slow2 sayang.






Ni masa scale pun tak reti nak dok diam. nak mengiring lah..megeliat lah. aktif betul! dekat scale tu state 1.720 kg tapi kena scale again sebab nurse timbang dengan towel. tak aci kata nya. berat tak lari jauh lah malam tu. well done sayang..... :-)



Ya allah...kuatkan lah hati dan semangat kami. semoga Izara cepat sihat dan boleh nafas sendiri di udara Mu Ya Allah. i just cant wait anymore. aku cuba sedaya upaya untuk tak menangis lagi. sebaliknya doa untuk anak kesayangan. sometimes perasaan tak sanggup nak tengok dia dalam box tu datang...terus rasa down dan sedih yang teramat. sedangkan i already know yang dia memang baby yang strong and brave dari mula lahir lagi. :-)



Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment