Tuesday, March 19, 2013

Shopping Barang Anak





Last sabtu pegi shopping barang anak.


Pegi kat OneBabyWorld. Best!


Sebab dia buat sales. Tepat pada masa nya aku nak beli macam2. cewah bunyi macam duit menimbum2 nak macam2 kan. 


Macam lah terrer sangat masuk kedai baby. sampai2 je dah blur sebab tak tau nak amik apa. nasib baik da buat list kan.


Misi utama nak beli medela. tu yang tersangat2 penting sebab aku kan loan member opis nye. lagipun dia nak bersalin da. desperate ni. aku da try motobot pelbagai and akhirnya aku decide on medela jugak. brand lain tu suction nye ok cuma dari segi saiz nya ada yang besar dan mesin nya complicated. 


Still aku dapat kuantiti yang sama masa pump. tak apa laa pelaburan jangka panjang. untuk anak kan...tutup mata. esok2 nak pakai lagi 2-3 orang anak. eh...ramai nye. hehehe


so we went to OBW kat taman permata. tempat dia selesa and nak shopping pun rasa comfy. cuma kitaorang ni blur2. masuk terkial2...pilih barang terkial2. duduk kompare barang sampai setengah jam. apa jampi pun tak tau. nasib baik beli...kalau tak beli mau berangin pakcik. 


kebetulan OBW buat sales. so kalau beli medela pump dia ade free gift. untuk orang yang novice macam aku sure lah excited kan. dia buat pakej untuk customer kalau beli breastpump. tak kisah beli brand apa..gift tetap sama. bebaloi jugak beli kat sini. lucky me i didnt buy online. 


lucky tak berapa lucky jugak lah sebab aku hampir terbeli pump kat online which dia offer freestyle RM1450. tapi bugdet tak ada lah. pakcik cakap mahal sangat kalau da beribu2. beli ikut budget je. set medela swing berharga RM799. free in pakej.....












Beg pump and cooler 2 in 1 and Ice pack 3 keping







breast pad dengan ape benda ntah jaring2 ni punya nama. kalau tak salah untuk asingkan baju baby kalau laundry. yelaa kot..




Botol Autumz 5oz. 10 botol semuanya. meriah dapur lepas ni.






dapat bra untuk breastfeed jugak. yang ni pun free. mula2 tak tau apa function till i upload kat IG. hahahaha teruk gila. punya suka dapat freegift tapi function sikit pun tak tau. rupanya bottle rack. coiiiii...bentuk da ala2 sempoa. kesahnya.......



ronda2 dalam kedai tengok apa lagi barang boleh sapu. nampak sikat ni terus amik sebab yang ni harga dia sedang2 saja nak kata iwan dangdut. yang lain aku rasa macam ridiculous. maybe brand glemer kot sebab tu harga kaw2. kalau sikat tu boleh melebatkan rambut yer aku sanggup beli!



pakcik kata sikat beli nanti pun tak pe. dia rasa macam tak bape penting sebab rambut Izara halus2 lagi. guna jari pun boleh. kata nya......hurmmmmm sorry bang. i derhaka.....i terpaksa amik juga sikat ni sebab da buat list. nanti lupa...tak berapa nak koser asik kena kuar pegi kedai. kalau ko boleh pegi sorang tak apa. ni kompem nak heret aku sekali.













Storage milk ni pun dapat diskaun. salu beli sekotak rm12.90 tapi this time dapat kurang. 3 kotak only rm28! apalagi....beli jer. actually storage bag ni aku tak nak pakai da sebab nanti izara da balik uma nak guna botol jer. tapi buat emergency kan....baik ada dari langsung tak ada :-)







Sterilizer juga da termasuk dalam list sebab since aku BF ni aku perasan botol2 semua bila da cuci berbelak2. bila da pakai liquid cleanser tu better tapi aku risau sebab Izara ada CLD. kena jaga betul2. so aku rasa sterilizer ni membantu lagi botol2 tu lebih bersih dan mematikan kuman. da rasa macam kat spital ni. hehehe


aku kalau boleh nak beli yang biasa2 jer like Autumz and Bean. tapi bila tengok sterilizer dia patern bulat and agak besar sikit. philips ni memanjang so sesuai dengan dapur aku yang tak bape nak luas tu. harga pun beza Rm100 jugaklaaa. kira kos design and space maka jadi laaa mahal sikit dari yang lain. and the brand too! 






Yang ni kes gatal. hari tu da beli sikit kat baby fair. macam tak cukup je bang. aku sambar lah lagi 2 pasang. sekali baju2 ni da salah beli. teramik 6m-12m punye saiz. hadoiii lama lagi laa nak pakai jawabnya. kena beli lagi baju saiz dia. tulaaaa over sangat kan. but seriously comel gile baju2 baby. tak boleh nak tahan lah.









Total punch is RM2044+.....ok da cuak. berpeluh depan kaunter. mula lah rasa sangsi kat sini. lepas tolak diskaun semua sekali only RM1197. Fuhhhhh.....kering peluh tadi. hehehehe


Lepas ni ade dua barang lagi nak beli which is stroller dengan baby cot. tunggu ayahnya dapat bonus kita pow lagi. yayyyy! seronok gila shopping barang baby ni. semua kiut2 geram sangat. rasa nak amik semua. tapi melampau laa kan. kena berpada2...


Tangan nak kena ikat jugak from clicking online shop!





Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

3 comments:

  1. Replies
    1. Mama boleh start beli da ni :-)

      Delete
  2. layari http://cenderamatadarihati.blogspot.com

    hamper barangan bayi pada harga berpatutan untuk diri sendiri & dihadiahkan kpd kenalan

    maaf tumpang iklan

    (alat senaman untuk kempiskan perut/ kurus pun ada..kembali kurus slps besalin nti)

    ReplyDelete