Friday, March 01, 2013

My Angel




Here is Izara current progress and condition. Aku jumpa source ni kat blog salah sorang mak yang anak nya juga prem 24 weeks like Izara. Thanks to mama2q sebab kongsikan info berguna ni. mula2 memang tak tau apa2 but since join JEWEL kat fesbuk banyak benda aku tau dan share kat situ. i use this info based on Izara condition masa mula lahir till now. so that i will not forget each moment that she's been through.
 

1. Masalah sistem pernafasan - normal for prematured baby



Masa Izara lahir dia memang da ada RDS ni tapi tak teruk. pakai ventilator minimum tahap gegaran yang disalurkan. until 3 weeks doc check paru2 dia ada infection. bila ada infection dia rasa tak selesa dan oxy drop dengan kerap. then doc sahkan Izara ada CLD (Chronic Lung Disease). Terus diberikan antibiotic till umur dia 2bln lebih baru infection clear betul. alhamdullilah....now paru2 dia da sembuh sikit walaupun doc said her lungs tak bape nak cantik sebab da berparut. its ok....syukur alhamdullilah. at least tak payah lagi nak cucuk kaki dan tangan. sticker merah pun da cabut. :-)



2. Apnea of Prematurity (AOP) - berlaku bila bayi berhenti bernafas, menyebabkan nadinya menurun dan oksigen level turut drop. Komplikasi ini lebih jarang berlaku bagi bayi pramatang yang lebih tua. Ada 2 jenis AOP, iaitu Jenis 1) Central Apnea -baby lupa untuk bernafas sendiri disebabkan sistem sarafnya belum matang.  Jenis ke 2 ) Obstructive Apnea - iaitu bayi cuba bernafas, tetapi saluran pernafasannya collapse. Biasanya preemie mengalami kedua2 jenis apnea dan biasanya sembuh ketika umurnya mencapai 40-44 minggu (termasuk minggu kehamilan)

Izara juga mengalami apnea. kerap berlaku masa umur dia masuk 35 minggu. she's better now and rekod pun bersih jer tak ada oxygen drop. alhamdullilah


3. Masalah Otak
Masalah otak yang paling ditakuti adalah IVH (Intraventricular Haemorrhage). IVH melibatkan pendarahan di sekitar kaviti otak. Yang utama, saluran darah di salam otak bayi premature adalah sangat 'fragile', mudah pecah, terutama bila tekanan darah atau level oksigen berubah. IVH digredkan dari 1 hingga 4. Gred 1 paling kurang serius, gred 4 paling serius. Gred 3 dan 4 adalah berisiko mendapat hydrocephalus (air berlebihan dalam kepala) dan juga Cerebral palsy.


alhamdullilah. Izara tak ada masalah ni. doc check everyday head to toe so far tak ada yang pelik. syukur sangat. perkembangan dia hari2 makin baik. she also show some respond macam baby lain jugak. and paling bijak...suka cari perhatian. haiyaaaa anak ibu!


4. Masalah Jantung
Bagi premature infant, masalah jantung yang sering berlaku adalah sesuatu yang dipanggil PDA (Patent Ductus Arteriosus). Sebelum lahir, Ductus Arterious akan menyambungkan Arteri pulmonari terus kepada Aorta . Bila seseorang bayi lahir, hubungan ini sepatutnya tertutup, untuk menjadikan dua arteri utama ini terpisah. Walaubagaimanapun, bagi bayi pramatang, ia kekal terbuka (patent), dan menyebabkan banyak darah akan dipam melalui peparu sewaktu hari2 awal kelahirannya. Cecair yang berlebihan boleh berkumpul di dalam peparunya, menyebabkan apa yang disebut heart failure (lemah / kegagalan jantung).
 

So far Izara tak penah di diagnose with this. even dia ada CLD tapi alhamdullilah...everything yang berkaitan jantung semua ok. pernafasan juga makin baik. :-)


5. Jaundice - dikenali juga sebagai penyakit kuning, ianya disebabkan hati bayi yang belum matang untuk memproses darah dalam badannya sebaik saja dia lahir. Bayi biasa/term juga mengalami ini. Bagi bayi pramatang  jaundis adalah lebih common. Penyakit ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan sel darah merah. Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih bayi menjadi kuning. Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi, tetapi jika tahap jaundis terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan bahagian otak atau kecacatan pendengaran. Secara amnya bagi bayi yang jaundis mereka akan diletakkan di bawah lampu ungu untuk menurunkan tahap kuning bayi terbabit.


Izara mengalami jaundis masa berumur 3 hari. ada dalam 2-3 hari saja kena jaundis. tak tinggi and kejap je pakai lampu biru tu. Lega....



6.  Retinopathy of Prematurity (ROP)
Bayi pramatang boleh mengalami ROP, iaitu sejenis penyakit pada mata yang sedang berkembang. Preemie adalah berisiko mendapat ini kerana retina mata mereka (lapisan paling dalam di dalam mata) adalah hanya mempunyai sebahagian saluran darah yang belum sempurna sepenuhnya, terutama bagi bayi yang sangat2 awal pramatangnya. Ditambah pula kesan pemberian oksigen kepada preemie, menyebabkan salur darah yang 'separuh siap' itu mengalami kerosakan, iaitu boleh pecah, berdarah, dan meninggalkan parut2 pada retina, seterusnya boleh menyebabkan retinal detachment dan kebutaan. (retinal detachment= lapisan retina tertarik keluar dari dindingnya). Ada 5 stage bagi penyakit ini :
  • Stage 1 is a faint demarcation line.
  • Stage 2 is an elevated ridge.
  • Stage 3 is extraretinal fibrovascular tissue.
  • Stage 4 is sub-total retinal detachment.
  • Stage 5 is total retinal detachment.

Izara had this after 4th ROP test. i've been sharing here before. alhamdullilah setakat ni nampak ok cuma ROP test tu bagi kesan pada mata belah kiri Izara. mata belah kiri agak susah nak dibuka banding belah kanan. Pakar said nanti dia da besar sikit Insyaallah akan ok. mata dia masih melilau belum bole fokus betul2. doc said nanti masa BF insyaallah dia boleh fokus :-(
 

7. Necrotising Enterocolitis (NEC) - iaitu keadaan yang selalu terjadi pada preterm babies, bila ususnya mengalami necrosis (kematian tisu). Risiko berlakunya ini adalah bergantung kepada umur bayi sewaktu lahir, iaitu lebih awal dia lahir, lebih tinggi risiko ini. Kematian tisu pada usus akhirnya boleh membawa kepada kebocoran usus tersebut (intestinal perforation), peritonitis (radang pada selaput peritoneum di dalam abdomen), dan seterusnya hypotension (tekanan darah menjadi rendah) yang akhirnya boleh membawa kematian. Bagi mengatasi masalah ini, early small feeding adalah perlu untuk mematangkan usus yang belum matang itu agar lebih bersedia menerima jumlah feeding yang lebih besar.


Once again she doesn't have this problem. Izara start minum susu ibu after a week born and till now masih supply EBM untuk dia. cuma ada beberapa kali....nurse tak call and inform stok kurang and dia dah lapar sangat. terus bagi FM. Alhamdullilah....dia tak ada masalah untuk dua2 susu ni. macam mana pun agak geram jugak sebab nurse tak bagitau awal.



salu tengok macam besar kan? ni exact size Izara.




Comel kan Izara. besar lagi tangan ayah. tak apa nak...InsyaAllah anak ibu cepat besar..sihat. nanti boleh minum susu dengan ibu. alhamdullilah....terima kasih pada Allah atas segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan. She's my angel...my true fighter. I love u baby!




Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

2 comments:

  1. it reminds me of my little gal... dia disuspect ada apnea juga... tu yg masuk hosp masuk day 40. ssh gak time tu... mmg tak lena tido.. asyik tgk jer dia takut dia sesak nafas...

    ReplyDelete
  2. tulaaa....saya pun risau. kalau da balik rumah mintak2 takde masalah. kejap2 asik tengok dia dalam incubator tgk dia nafas ke tak

    ReplyDelete