Thursday, March 07, 2013

MotherHood Expo 2013




Akhirnya jejak jugak kaki aku kat Motherhood Expo '13.


Pestaime. Sampai2 je masih teragak2. sebelum pegi macam eager...da sampai blur. actually plan hari sabtu lepas pegi kenduri. biasalaaaaa over excited. sampai uma solat semua. baring2 jap....tertido. nak pump ke apa kelaut. lalu jugak tido time panas berdenting ni. bergelimpangan baring sehati sejiwa dengan pakcik.







Pagi ahad tu bangun awal. siap2 ke hospital tengok Izara dulu. sampai KLCC jam 10 pagi. rupanya 10.30 baru buka. tercongok depan hall. buat2 lah baca katalog and pamplet. aku tengok tenang je tak ada lah ramai nau sampai bersesak kan. oklaa tu selesa and bole shopping dengan tenang.



Spoil nya...laki aku boleh laa kan demam pagi tu. agaknya semalam panas terik dia tak tahan ke apa. ahad pagi terus tak sedap badan. so..aku da boleh agak konpem barang yang aku nak tak dapat. da takdir. koser aku nak buat slot akasia kat expo tu.


paham2 lah kalau orang demam ni kita ajak berjalan. asik nak balik cepat je kan. bila kita monyok dia cakap kita tak sayang dia. nak tengok dia mati dalam dewan tu. seriously apa punya paten datang bulan ntah laki aku ni punya emosi. kalau aku yang demam...siap paksa aku pegi LowYat bagai.


semua benda yang aku nak tak dapat. akhirnya lalu jelaa and beli barang yang agak2 je nak beli. its okay....tak ada rezeki nama nya ni. nanti ade lagi expo kat MidValley kan this May. kalau pakcik tak ikut pun tak apa. aku boleh pegi dengan adik. but...sure ke dia tak nak ikut? mmmmmm angin orang tua ni tak boleh jangka.





Masa ni around jam 11 pagi. da start nak ramai jugaklaa. aku aim Medela punya booth. tapi booth tulaa paling last aku round. konon nak tawaf yang paling hujung ke hujung. sekali....full gile kat situ. boleh tahan medela ni. memang aku tak ada chance nak jengah masuk. laki aku tak tahan da mengigil. kesian....



Sudahnya......









 Beli ni jelaaa. yang terlintas dan cepat. 






Baby wipes ni aku borong kat booth Pureen. 2x pack ni harga dia RM9.90. aku beli 6 pack! pastu FREE lagi satu single pack. hehehe benda ni memang pakai kan so tak rugi beli banyak. kalau beli lebih RM50 dia bagi laa ade free gift.


semua aku beli kat Pureen. nampak x betapa laki aku sedang sakit kuat time. potong stim abis! kitaorang memang dok kat booth Pureen je. tak pegi pun mana2. punya lah nak pitam kan pakcik sorang ni.







 krim ni FREE.






aku beli jugak towel2 and blanket baby. sebab tak dapat pegi booth lain maka kita beli lebih sikit. senang at least ada towel ganti kan. bantal baby tu actually aku tak nak beli. ntah apesal laki aku plak beriya nak. kata demam? aku nak yang lain.....tak nak yang ini. TAK NAK....terpaksa jugak amik kang kecik hati suami. derhaka plak aku....hekhekhek



masuk je dalam kete dan2 pakcik cakap badan dia macam da elok sikit. kau memang poyo laa bang. ok takpe......next baby expo i tak mo ajak u. ok byeeeeee...................... *kahakahkahakah mengilai sikit*





Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment