Tuesday, March 12, 2013

Luruh Hati




Di saat aku menaip ni......aku menangis.


Malam tadi aku datang nak BF Izara. da janji dengan nurse nak datang before 8.30 pm untuk BF anak. sampai2 je nurse da bagi susu dulu sebab dia menangis da lapar. its ok...


bual2 dengan anak dan BF sikit bagi dia biasa. alhamdullilah dia menghisap. laju....sampai bunyi sedutan tu. aku pesan kat Izara...minum slow2...tarik nafas perlahan2. nasihat yang selalu aku bualkan dengan dia.


dia da kenyang so minum sikit2 jelaa. pastu dia mengeliat. meneran sampai merah padam muka. then 2-3 orang doc duty round check. and salah sorang doc yang duty tu shocked tengok progress Izara. actually dia adalah one of the doc yang tidak yakin dengan anak aku.


dia bukan doc yang negative...cuma apa yang dia bagitau 2bulan lepas about Izara is actually something yang benar which is hard to say that she can survive. extremely prematured baby ni 50-50 sahaja. betul....tapi semua ni kuasa Allah.


doc kata Izara kuat semangat. such a brave and smart baby. rasa sebak when doc said...'ini ganjaran untuk awak after a 100+ days' 


alhamdullilah....sesungguhnya sabar itu iman. masa ni Izara senyum2 kat docs. heart rate..SPo semua ok time ni. elok lepas doc beredar...izara stiff macam nak tetido. so aku popok2 dia sambil nyanyikan selawat nabi.


sekelip mata......SPo dia drop mendadak till 30% and 0! bibir dia biru.....terus satu badan biru dan birat. Ya Allah ya tuhan ku.....jantung aku macam tehenti. aku cemas....


panggil nurse and doc semula. gosok belakang dan tapak kaki dia berkali2. sebut nama dia berkali2. lemah dan tak bergerak. dalam hati berdoa...tuhan selamatkan lah anak aku. sedih sangat!


kurang seminit lebih macam tu baru dia tersedar dan menangis. terus ok.....sesungguhnya semangat anak aku ni lebih kuat dari aku. aku terduduk terkejut.....secara tiba2 belaku dengan pantas. aku takut........


sebelum ni aku selalu bagitau nurse macam mana nak tau kalau anak jadi biru atau pucat. sebab aku risau how i'm gonna know bila da bawak balik uma. apa perlu buat semua. now...Allah tunjukkan depan mata.


nurse cakap maybe bedung ketat sangat atau bedung tu terlalu tebal. bukan tersedak susu sebab dia minum pakai tiub sebelum aku BF tadi. and masa try BF pun dia nyonyot sikit tak banyak. preemie ni ada macam2 behavior. maybe izara tak boleh dibedung terlalu selesa. menyebabkan dia lupa bernafas. tak tau kenapa. ada macam2 sebab.


yang pasti....aku masih terkejut. aku tak sanggup kehilangan dia. sedih yang teramat. aku tak kisah bape lama pun...dan wad apa skali pun anak aku nk dipindahkan asalkan dia kuar dari NICU dalam keadaan stabil dan sihat. i dont care....its just a number!


so Izara still di NICU 1 on air. its ok kalau tak pindah ke recovery pun. janji anak ibu sihat...aktif macam biasa. insyaallah.....i'll be strong..positive and never give up doa. semoga Allah kurniakan gembiraan buat kami. we wait for it.....


amin...




Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

5 comments:

  1. Insya allah, moga semuanya dipermudahkan...be strong k

    ReplyDelete
  2. Amin... InsyaAllah Ibu ;-)

    ReplyDelete
  3. salam...first time singgah sini...semoga Izara cepat membesar dengan sihat...kuatkan semangat ye..

    ReplyDelete
  4. Salam....thx bardboo singgah blog saya. Insyaallah kami akn stay strong. Thx for ur doa. :-)

    ReplyDelete