Wednesday, February 13, 2013

Cuti Panjang




Rasa macam lama sangat cuti CNY baru2 ni. 



Nape lama? Sebab....hubby's in town! rasa macam asik2 tengok muka dia. hahahaha masa tak ada dimintak2....skang ada depan mata bosan pulak. wakaka oklaa gurau jer. tak kelakar. dont get me wrong. bukan tu pun maksudnya



almost a year weolls PJJ kan and suddenly hubs dapat back for good ke KL. time management dah bertukar. aku rasa macam tak dapat biasakan diri pulak. boleh? hahaha masa dia tak ada time aku nak makan nak mengemas nak masak semua ikut suka. 



kalau dok sorang..makan telor goreng dengan kicap pun da fantastic. tapi bila dia balik.....dia punya request tu macam tengah mengandung. seriously aku dah lama tak masak and feels like losing skills nak menumis2 bagai. berdebar nak present lauk pauk. semua kekok...



bila da cuti panjang jadual memasak pun terabur. kalau dah pakcik ni ada memang makan luar jelaa nampak gaya. actually tekak aku tak nak makan luar. tapi asik kena paksa. hahaha eceh kena paksa tu ayat tak boleh tahan. eh betul laaa kena paksa. ahad lepas tengok JJCM iqram dinzly makan steambot kat The Khan Restaurant. dan2 tu jugak lah laki aku suh cuba. alasan dia skang malam tak nak makan nasi. ok...kita layankan saja.





ni rupa orang yang tak makan nasi malam2. tarik nafas dalam2 ye bang. posing sambil pegang aisbox susu dan selipar sebat bini punya. tak muat paksa jugak. tayang sikit wajah kesayangan patik ni. dia sangat minimal dalam diari bini dia. bahahaha




lepas tengok izara terus straight away pegi The Khan Restaurant. restaurant dia terletak kat Platinum Walk di setapak sebelah je dengan Columbia Hospital. well.....dekat dengan rumah aku. salah satu sebab aku agree nak pegi. parking pun senang. kalau jauh2 aku pikir 2-3x sebab aku nak pump. masa tu penting! restaurant ni based on Mongolian cook. aku decide nak try lepas tengok iqram makan sate mongolian.



aku tak letak harapan best2 sebab aku rasa restaurant ni baru. most of kedai makan kat platinum walk ni baru. and aku perasan ade satu kedai lagi kat situ. Islamic Arab Western ke apa kalau tak salah. ok da masuk dalam list jjcm next. hahaha

 

Masa sampai around 6pm. Ramai sangat orang. memang berkesan betul show JJCM TV3 ni. semalam kuar tv esok terus full house. tempat dia ok tapi agak kelam kabut sebab ramai customer kan. sampai jer kedai ada sorang mamat chinese greet us and bagi salam.



then aku tanya 'eat first or pay first?' dia jawab 'ALL'. aku pun da blur2. aku salah cakap or dia memang tak boleh nak paham. sekali baru tingat masa tengok JJCM tu iqram dinzly intebiu chef dia and memang dorang tak bape nak paham in english. maka....aku pun tibai jelaa. janji dapat makan. 






adalah dalam 15minit tunggu waiter dia bawakkan bowl steambot ni. panggil2 dia pun kelam kabut sebab bukan aku sorang saja yang nak benda alah ni. aku ni kan memahami....hehehe sementara nak tunggu dia datang serve baiklaa aku suh pakcik pegi cedok lauk mentah dulu. biar nampak existance sikit meja kita ni bang. maklumlah dok ujung2 ni perhatian kena lebih.








kat sini cuma satu jelaa....communication. gigih masing2 speaking and explain tapi dorang still tak paham. last sekali guna jelaaa bahasa isyarat. tunjuk laa apa benda yang kita nak at least they get it. ada akak tu dia tak sabar langsung terus blah dari kedai sebab waiter tu tak paham apa maksud dia. aku tak sure lah sebab owner malays tapi staff dia memang 100% mongolian agaknya.





udon mee ni agaknya dia tak sempat nak kuarkan dari pek atau memang style kat sini serve bagi pack2 macam ni. mee udon ni sedap.




Overall semua makanan dia ok. not bad sebab ada yang lain dari yang lain. kalau pegi mana2 steambot laki aku memang tak sah kalau tak amik pepahat ni. dulu aku penah makan sekali. pastu NO. tak nak da. tak boleh IN. ada orang memang gila2 makan pepahat ni kan. 







The Khan menyajikan seafood yang standard. cuma tambahan nya dorang ada kupang, kepah, scallop dan ade makanan bercengkerang lain yang aku tak sure apakah nama nya. antaranya......




 siput



siput dia ni besar. aku tak pandai makan. pakcik cakap rasa dia macam siput sedut. erkkkkk sorry bang. i cant! yang lain2 aku tengok macam da biasa jer makan siput ni. tak pelah aku makan daging pun da sedap ni.







kalau nak rasa kelainan steambot memang di suggest kan kedai Khan ni. soup dia beza tak sama dengan restaurant yang penah aku cuba. kalau nak banding dengan soul garden pun tak sama. Lain dari yang lain....lainnnn! hehehe



perapan daging pun tak sama. lain rasa dia. sedap...aku suka. suasana kedai boleh tahan ok sebab ramai customer. rasa semangat nak makan tambah pulak kedai dia open. berangin suasana memang syok. tak lah panas sangat and selesa. i hope..restaurant ni boleh maintain lama dan boleh ditambahbaik lagi. sebab makanan semua not bad and feeling cina tibet sikit masa makan tu. bahahaha



p/s: perasan tak.....sate mongolian takde. aku pun tak tau samada ada ke tak. sebab tak nampak langsung. ke ala carte? or only by request?




Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment