Friday, January 18, 2013

Peha laaa pulak





Beberapa hari lepas aku rasa seperti nak exercise. so skang agak gigih mencari tips2 nak exercise yang moderate dan tak terlalu hot2 ciken shit. sebagai pengikut setia KevinZahri....cewaaaah pengikut tak kurus2 lagi. 


I found another tips how to kecik kan my peha. di bawah ini adalah cara2 yang di copy paste dari blog kevin. semalam da try buat gaya ni. lepas mengilang trus bersemangat. katanya laaaa


Problem aku adalah whole body. ade certain orang tu hanya part2 tertentu je ada yang besar terlebih. macam aku...everything telebih sudah. lepas bersalin hari tu..aku suffer kena rashes yg teruk kat celah peha. serious sangat teruk sampai kulit dua2 belah rupa mcm terbakar. 


Sebab aku kulit sensitif tak bole terlalu panas. kau tau kan kalau pantang....ikat bengkung mcm mana. panas berpeluh2 tau tak. mau tak naik rashes tu? abis menggigit kulit aku yang manja ni. so I need to do something! alhamdullilah rashes da baik. kulit terus baik and licin tak de kesan. but its realized me to do something so next time xkan kena lagi. da laaa alergik peha plak bergesel2. kannnnnnnnn


Malam tadi da try step2 di bawah. Best! terasa otot2 peha memberi tindakbalas. rasa mcm esok bole kecik 5cm. eh melampau nye angan2. naaaa...its ok. just a starter. better than do nothing kan?


1. ‘Kerusi bayangan’

Berikut adalah panduan untuk senaman “kerusi bayangan”:
  • Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
  • Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
  • Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
  • Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.
  • Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.
Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, anda mesti rasa sudah biasa.


Yang ni aku terlentang 2-3kali. 1st sempat tahan dalam 30sec. berpeluh jugak laa mak nak menahan ni nak oooiiii. mengah tau tak. xpe...lama2 oklaa ni kan. sikit sikit lama lama jadi bukit!

 

2. Pergerakan “menggunting”

Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.


This one mmg fave aku sebelum nak tido. sebab bila buat cmni aku rasa diri aku ringan sikit sbb bole angkat kedua2 kaki ngan jaya. hahaha sebelum ni aku tak tau yang ni salah satu cara senaman. da lama praktik so tak susah. 

3. Pusingan bulatan

Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.



this one...baru angkat 3 kali da mengah. sebab baring mengiring...rasa nak tido terus. takpe cuba lagi malam ni!!!
 

4. Pakai kasut tinggi!

Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!


Ayat yang last tu manikam jiwa. kasut aku semua 4 inch! pakai sekali skala ok kot. *sedapkan ati

 

5. Melompat di atas trampoline

Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!



trampoline aku xde...tapi aku ade ni



source: google


reebok workout ball. beli kat giant harga RM80 kalau tak salah. semua buat sikit2...xleh buat skali gus. nanti keterujaan tu jadi kemalasan. biar turun sikit demi sikit.



Yakin boleh!!!! 

 


Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment