Friday, May 11, 2012

A Day With Doncet




Before labour day ritu aku amik leave and plan with my mom utk berjimbaran kat Mid Valley. Saja2 laaa kot mak nak apa2 kan. tapi kalau dirujuk kembali yg nak apa2 tu aku ngn pot. al-maklum laaa da 2 taun tak jejak MV. teruja dia lain mcm sikit. kuar awal jam 9 pagi. cuti2 ni tak koser mak nak jem2...semak.


Sampai je MV baru nak panas badan...mmg sedang elok laa kalau nak belek2 barang dlm kedai. orang tak ramai and sedap je nak window soping. kali ni aku jalan2 ngn pot and dak doncet. mak dia keje...jadi aku kidnap dia 6 jam. dalam kete tak bole dok diam. xpe kasi peluang...tga nak membesar.







hai...sy dhiya zahraa. sy ade taik lalat pemanis. cik ngah suh sy gunakan taik lalat pemanis ni utk dapat diskaun kat kedai kasut nnt. wish me luck. 



xyah pemanis bai...mmg tga sale pun time ni. dak kecik ni kalau bawak jalan kemain laaaa suka. asal nampak org je tsengih2 tunjuk gigi besar dua batang. mentang2 ladies day out. dia ni aktif nye semacam. xmacam kazen aku yg kecik2. lasak dia tu smp ko rasa nk tampar2 bontot dia kasi diam. hahaha








Mula2 aku tawap MV dari ujung smp ujung....lepas sejam mundar mandir tgk mana bkenan...doncet ni da boring. yelaaa bukan shoping utk dia. so....dia protes. selamber cabut stokin dalam kedai. kalau telepas pandang ni dia masukkan stokin tu dalam mulut. makcik2 dia ni dok laa tjerit2 dalam kedai. seb baik sales assistant dia sporting.










 acara kegemaran. camwhore beramai2....cucu dan anak beranak. curanak.



Anak buah aku ni suka main kat cermin. kadang2 aku naik seriau sebab bila nmpk cermin kegirangan dia melampau sikit. tekinja2 kekdahnya....risau aku. kang kuar plak cite The Poltegiest siri melayu. heyyyyy mintak jauh. asal nampak diri dlm cermin je dia nak pegi terkam. pastu ditepuk2 cermin tu smp menjejes air liur. agaknya dia rasa tu toys yg mengguirkan laa kot. muhahahaha







da puas mengomel dalam kedai.....bole laa plak tetido. nampak sangat makcik2 kau ni dok dlm kedai berejam2. sorry laaa nak yer...makcik ko ni kalau nak pilih barang kadang tu mcm nak bemalam je kat kedai. susa nak buat pilihan. semua nya cantik. hahahaha aku rasa...adik aku paling payah nk buat pilihan. sometimes lalu smp 3-4 x.....last2 pegi kedai lain. like dia pegi masuk Crocs...sejam kat situ. try kasut bagai smp SA dia kuar kan 2 kaler yg berbeza. tak amik juga....last2 kua jap pikir. then....masuk balik sejam lebih baru beli. bebulu gila aku ngn minah tu.



paten aku....kalau da jumpa bkenan terus amik. lagi2 kalau beli kasut. saiz aku susa sangat nak dapat. maklum le kaki saiz model plussize. mmg spesial laaa sikit kan. so...kalau aku rasa cantik..muat dan selesa. zaappppp aku cop dulu. nak jejak MV ni mmg bchenta...jadi jan lepaskan peluang. lain laaa kedai tu kat JJ ke Tesco yg dekat2...seminggu balik pikir lagi pun xpe.






sampai uma dak ni sambung tido lagi. penat betul laaa gamaknya. doncet tak sihat. selesema and batuk. asal aku dukung je....tepuk bontot sikit tetido..sekejap je pun tido. 15 minit pastu terjaga...terus nak kuar stroller. aduyaiiiii



patung biru ni.....ade dua ekor. sama paten sama kaler. mana bole makcik2 dan atok je soping....dia pun nak paw jugak. semua tempat sale kata nya....jadi lalu laa kat Miss T di ground floor tu. patung ni dia buh promotion kat depan kedai. doncet ni nampak terus sambar. Good. sikap siapa yg menurun kat ko ni?


da laa amik...pastu peluk tak nak lepas. adoi....seb baik buy 1 free 1...dan kau satu2 anak buah yg ada skang ni. so....pejam mata. bayar. da besar ko peel cmni aku cubit. hahahaha suka hati cubit anak orang. ni pestaime aku jalan2 bawak baby. hectic nya ya ampun! tulaa nak bawak sangat tadi kan? saje je nak merasai. esok2 bawak anak sendiri mcm mana laa. 


sepanjang ngan dak ni...dia buang yg kecik2 je. sbb dari uma aku pesan jan berak sampai mama kau balik. senang sikit keje makcik2 ko ni. paling tak pun aku transfer laa ko kat atok. hahaha





Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment