Monday, March 26, 2012

Pre Hornymoon I




Sabtu lepas aku pegi Cherating. Hanimoon kata nya. 


Pada aku kalau setakat cuti sabtu ahad...aku tak declare hanimoon yang betul. kalau apply cuti seminggu baru laa digelar hornymoon tanpa ada pra2 bagai. hohoho rasa mcm xpuas kalau hanimoon weekend. rasa tekejar2 and ade je yang tak best. duit pun lemau je. at least kalau plan betul2 bole laa buat saving dari awal and enjois gila babeng lepas tu. 



Since kawin...aku belum penah lagi pegi hanimoon. setakat jalan2 weekend tu banyak lah. masa tu asik tak mengizinkan je. tak pelaaa maybe pasni laki aku bole cuti lama skit and seminggu aku nk cuti. harap2 laaa! holiday kali..again was unplanned. my colleague ade book hotel kat cherating pakai Groupon nye iklan tu. skali member dia cancel last minit. so...she offered me. mula2 rasa mcm xnk sbb takut laki aku keje. tapi...ntah pesal kali ni aku bantai je ckp YES and sebat groupon tu. 



Utk trip kali ni...aku rasa akan lebih kepada JJCM semata. sebab aku gugel mostly ramai pegi kuantan ni hanya utk makan. yelaa pahang ni kan glamer ikan patin ngn talapia. so...sepa2 nak try mmg bole sangat datang sini. tapi ikan sungai tu org ckp kat Temerloh yg best. xtau..belum penah sampai lagi kat situ. ikan patin pun aku tak penah rasa lagi.



Masa smp kuantan perut da bunyik2. Apalagi terus laa ke East Coast Mall kat area situ. mall dia ni bole tahan. semua ada...and kebetulan that day ade buat education fair kat convention centre dia. sesak tu pasti. budak2 lepasan SPM mmg bsepah le kat situ. nak makan pn kena rebut ngan dorang. mengalahkan pelancong.





so we went to Sri Affa.....food quite ok. harga pun ok. cuma kedai dia comel sangatt. ramai orang sampai kena queue lama kat luar. before ko masuk kena tggu dulu waiter dia clean up kan meja tu baru laa kau bole masuk dan order ngan tenang. bagus konsep ni cuma....lemau le nak kena bdiri kat luar.


setel lunch terus ke hotel nak check in. da xsabar nak landing rest kejap..sbb petang bole jalan2 sambil makan kopok. ni jer aktiviti ktorg. plan utk MAKAN dan MAKAN. betul2 enjois sampai tak tau apa itu diet. matie laaa nak timbang next week ni.






katil ni dia kasi single. apa daaa...book awal pun kau kasi single. arghhhhh nevermind...kitorg xkisah janji ada and takde laa teruk sgt pun sbb laki aku bijak sikit tang arrangement katil. sampai2 je mmg dia terus landing lah. penat memandu kata nya. bilik ni besar and puas hati. ade fridge and TV standard laa ade 2-3 channel astro. jadik ler dari nganga je layan TV RTM.




Dia ni mula2 kata nak landing2 je....xnak tido sbb takut miss nak jalan2 kat pantai petang ni. aku tgk macam nak ngorok je.





memang pas 10 minit...dia da selamat berlayar. ciss....sampai ati kau tinggalkan aku bekelana sorang2 tau.... hehehehe sementara kau tido..eloklaaa aku camwhore dan snap beberapa pics dalam bilik ni. *jakun
















kat luar bilik ni ada beranda and complete kerusi semua utk lepak2. but...memandangkan aku bilik paling ujung...maka yg aku nampak ialah pokok kelapa semata2. pantai tu nampak sipi2 je. bole je nak lepak2 sini...tapi masuk bilik balik konpem beteman kan NYAMUK. xpelaa thanks.







around 6 pm cmtu aku terus keluar jalan2 kat pantai sambil nak tgk2 laa hotel ni ada apa. restoren kat mana bla...bla..bla...biasa laaa jalan2 org bujang cmni ler. tapi aku suka....sebab bila lagi kan nk bertete'an ngan laki aku. feeling nye jalan tepi pantai sama suami. pool dia kemain laaaa besh....ok da planning baik utk sok pagi nye aktiviti. nak pakai 2-pis. berendam bersama2....main kocak2 air. ewah.....






and jemur kulit mcm ni. ahaks..... berangan lebih ni. auuuwwwww!!! *tampar laju2




   Pelancong.

 












kat sini...aktiviti utama yang glamer ialah main moto ATV. aku tingin nak naik jetski or banana boat. malang nya takde. jadi....tenung jelaaa moto ni. lupa plak nak tny bape sekali sewa ni. rasa mcm tak puas je nak jalan2 tepi pantai time mcm ni. selesa and tenang. lagipun bukan cuti skola...lagi laaaaa tenang!



kerana edisi kali ni adalah JJCM....maka kitorang decide terus ke Tanjung Lumpur untuk makan...makan...makan. alaaa tempat yang glamer tu?sebenarnya...aku pun xtau kat mana. muhahahaha




bai.


Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment