Friday, March 16, 2012

Opera in house yo!





entri penyumbang berat badan. 2bulan lebih usha and peram dalam otak resipi ni. pastu bayang2kan je cara nak buat dia. then...berangan2 bahawa kek ni kacang botak je nak bikin. pastu angan2 kan lagi mana tau ada kawan2 buat bole paw sepotong. keje berangan jer ko ni kan...







aku gugel resepi ni kat banyak tempat. semuanya best2...gambar pun cantik2 dan terliur. finally aku pilih blog akak ni and akak ni juga utk buat reference. mmg dorang punya skill tu tidak dapat disangkal lagi. untuk budak tak pandai mcm aku...cmni laa rupa dia. BURUKS.







tapi...tapi...tapi....kek ni lain sikit dari kek yg aku penah makan. sebab aku xpenah makan kek yg ade almond. tak penah makan or aku sendiri tak tau kek tu ade almond powder dlm nye. hahaha nevermind. apa yg penting akhirnya aku berjaya buat kek yg berlapis2 ni dengan penuh kesabaran dan ketekunan di dada. skang aku da tak kesah double boiler ke apa....lanyak je. kalau tak buat sampai bila pun tak tau kan?




untuk percubaan aku bawak sikit ke opis suh kawan2 rasa. seb baik ade tokey kek tu ckp 'betul laa tu rasa dia mcm ni' since aku kan xpenah rasa kek dia cmne. tak tau ler kot akak tu just nak amik ati kan? hahaha lega....kalau tak tong sampah diknoon!!! kalau ade kucing bole laa aku didik kucing2 ternakan makan kek. seb baik laaa bole laaa jadi sikit kek nye...meraung kalau fail. sebab bahan2 dia mahal sikit. coklat mesti nak yg sedap dan kualiti nya dijamin. cewah!








yang buat rasa bangga sikit bila laki aku ckp kek ni sedap (senyum sampai bontot koyak). perghhhh pujian tu rasa mcm sebulan mengembang pipi ni akibat gembira. laki aku ni bukan jenis dessert lover atau kek mat soleh punya paten. dia tradisional punya orang. but as usual...end of pujian tu dia akan ckp 'kalau buat kueh bakar ke...ketayap ke...karipap ke sedap lagi kot' karipap??????








walaupun presentation dia buruks....tp bole laa nak buat kepuasan diri. terapi yang sangat bagus dan puas hati. dalam kek ni aku paling suka coffee cream tu with coklat layer. pembikinan kek ni mmg leceh kerna dia ada 4-5 steps nak kena folow. baking stuff pulak yg utk amateur punya kan. i wish laa ade mixer besar satu. hand mixer sampai dua pun tak guna kalau kelajuan dia ayam2 je. hahaha


kalau ada masa nnt nak try again buat kek ni. its really recommended to D.I.Y


ok joget cucuk bintang semua!!! thats the way...ahaa'ahaa' i like it..ahaa'ahaa'!!






Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment