Saturday, March 03, 2012

Happy Besday Mak





Bulan lepas aku meraikan besday ahli keluarga dengan ramai dan padat nye. maklumlaa uma cik june kan comel..jadi muat2 kan bontot mana yang ada. janji semua bole masuk...plan nak sambut besday mak je...last2 anak2 buah dia join skali. 3 org jalan terus. this year my lovely mum is 55th yo. alhamdullilah mak dikurniakan kesihatan yang baik dan panjang umur.



untuk besday mak kali ni...aku hadiahkan dia henpon samseng sebijik. seingat aku last hadiah henset aku kasi mak taun 2008. tahan lama laa motorola tu..bjasa sampai ke hari ni aku tamatkan riwayatkan dia. hehehe alhamdullilah aku tgk mak suka benar laa henset yg aku pilih ngn laki aku. suka laaa kekdahnya...dpt touch screen ok. sebulan sebelum kemain bagi aku hint tingin nak touch2.









tak lah seberapa pun....yang penting mak suka da memadai. bole laa dia nak online ke apa. aku paham perasaan dia kalau kat opis kawan2 dia lebih advance dari dia. wireless apa jadah semua tau...xpe mak masih tak telambat lagi utk mak merasa semua ni. :-)







for this besday cilibret aku buat kan mak red velvet. pastu mengada2 tambah walnut tepi kek. eh not bad tau rasa dia. kihkihkih.....saja nak buat kelainan laa konon kan. sampai je uma mak...terus dia tanya 'kek apa ni? mesti mak tak penah makan kan?' LOL aiyooooo mak...pelis laaa. kot ye nk amik ati anak ko kan












rasa dia mmg sedap and balance. bukan nk syok sendiri puji diri kan. ada cheese..and kacang2 sikit. kacang walnut pulak mahal...kalau tak sedap xkan laaa stgh kilo je harga belas2 ringgit. aku ni plak memula plan nak buat macadamia cheese cake...tapi salah beli kacangnya. penat laaa pikir nk kasi mak kek apa...risau weh kot2 teda orang nak makan kek aku. sepa nak abiskan?









kek yang ni pakcik aku yg beli. made in secret recipe...and like usual indulgence. bluweehhh muak. tapi sebab pakcik da beli kan so wajib bersyukur. perghh...perasan plak macam lah besday aku kan. sebab dorang ni semua close kazen..so apa2 je mesti nak buat sama2. semua nak dok dalam bulan yang sama jugak. konsep penjimatan bole di apply kan.











tiup jan tak tiup dik......mak sedara korang tunggu turn je ni





semangat kan budak ni? dia ni semua besday orang dia sapu tiup lilin. uma mak aku ni kalau ikutkan sangatlah kecik. dulu masa kitorang kecik2 rasa uma ni luas giler. ke sebab masing2 da gemok? hahahaha even kecik uma ni tapi sedara mara suka singgah and sometimes tido uma mak aku. aku ofer pun dorang tak nak. kecik tu lagi selesa dan meriah. and mak aku ni.....guest cerewet mcm mana pun dia akan layan baekkk punya. aku? sorrylah...siap tutup langsir buat2 teda orang kat uma. especially yg suke buat terjahan puaka. mmg bebakul2 aku maki dalam hati. kalau cik june tau...mati laa kena pelempang sbb pada dia tetamu itew rezeki. *tabik mak!







malam tu kitorg buat BBQ skali. mmg saja je nak kasi jiran2 bau asap. pakcik aku ni kalau tak bawak sotong..udang mmg tak sah. seafood lover family dia ni. da tu bawak ikan jaket..ikan terubuk. kuah asam mak aku sampai arini dok teringat lagi rasa dia. mantap der....slurrpppp! aku cm biasa laaa bawak yg low cost je sbb da sumbang kek. hahaha dan aku jugak yg sampai last sekali. banyak ok aku kena bawak. ayam marinate...cocktails..daging beger. paling sedap bila laki aku beli kambeng! i repeat kambeng....tiada lagi sumpahan itew dan beliau memborong 30 keping lamb utk bbq. pitam bini kau tengok.









budak ni mmg tak bole tinggal laa utk menyaksikan betapa lahap nye pakcik2 and atok2 dia mencekik. Mok...sila tengok sahaja okeh. kesian dan sekian







Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment