Sunday, December 25, 2011

Kopak










My baby jerry arini da botak. Jerry adalah kete kesayangan aku selepas katak ijau myvi. huhuhu tau2 pulak nak botak tayar kau di saat2 genting mcm ni.  bulan ni jugak rodtex tu nak mampus. adoiiii semua nak terjadi dalam satu bulan serentak. apa bole buat....keperluan pun kan. kalau takde bising. da ade pandai2 laa jaga. aku pulak paten yang tak bape nak fancy kan kete sangat. janji ada kete...kete tu ada roda...ada minyak. ON! lain2 aku tak bape nak kesah sgt.



tapi.............laki aku kesah benda2 mcm ni. mmg ade kebaikkan sbb dia byk explore tpt yang murah and bebaloi. biasa laaa org laki...cuma aku rasa dlm usia2 mcm ni cm malas da nk pikir utk benda2 cmni. sbb terang2 ianya adalah kehendak. lagipun skg aku kan tga jimat cermat. banyak benda wishlist keperluan yang aku nak. kena laa gigih kannn......



dan yang tak berapa nak gigih bila laki aku suh aku teman kan dia pegi buat benda2 ni semua. pitam bila kena paksa hokay. aku tak suka....rimas, bising, panas dan mengantuk. sbb aku rasa benda ni semua mmg keje laki. laki yg kena buat...kena bla...bla...bla...bkn bmaksud aku tak amik tau lgsg pasal kete. tau....cuma bila kena tecongok kat bengkel berejam2 tu yang aku nak elakkan. sumpah bosan.....



before this...ramai yang sajes kalau nk tukar tayar or rim pegi laa kat Klang. masa mula2 aku tukar tayar jerry early 2010 dulu aku pegi klang. jauh nak mampos....tp da laki aku ckp murah...murah...murah laa sgt kan. which aku rasa tak murah lgsg....sbb that time aku amik tayar 2nd dan rim jugak 2nd. size plak 16...mmg dia ketuk kaw2 punya. alasan nya..tayar tu 2nd tapi tebal. melayang $1300. hasilnya...kete aku bunyi mcm lori bila atas jalanraya. 




kali ni...aku rasa pembelian yg bijak. cukup2 dua taun tayar da haus. so..before aku nak tukar tayar semua ni aku mmg akan suh laki aku pegi sevey tempat2 yang bebaloi dan aku mampu nak bayar utk kos mentenance dia ni. kat forum ckp area Rawang banyak kedai yang ok and amik trade-in harga tinggi. jumpa laaa kedai ni Lenso. area ni paking mcm crowded sikit and jalan sesak.






hasilnya.........kali ni tukar size 15 je. biar laa pakai yg basic je. janji ada....ikutkan hati aku nk tukar tayar je. memandangkan nk tukar size rim skali aku pn tukar je semua. esok2 senang...bajet pun tak tinggi kalau layan size kecik2 je ni. orang kata...ukur baju di badan sendiri. ye tak? bab2 ni laki akak mmg cukup suka kerna dia bole memilih rim pilihan hati. tapi harus diingat part aku tayar je. fancy2 rim ni bukan aku nak eh....kalau nak sila bayar. tak koser mak nk kuar kos banyak2. baik aku guna duit tu buat pegi slimming center ke ade faedahnya.



 




aku pun tak tau laaa ni kategori rim apa. akak gelarkan nya rim taik bintang. eh tak..tak...rim bola2 api. skali da pasang aku tgk jerry aku ni da macam mahkluk asing. haisshh...pelik je rasa. macam tak kena jiwa. ade sesuatu yang kurang di sini. tga aku dok telek2 jerry ni...apek kedai tu tetiba menyuarakan pendapat yang agak puaka bagi aku. 'bos...ni aaa lagi cantik kalau lu kasi pasang skirting'. No way! cukup2 laaa bang aku da malas....zaman2 nk modified kete ni aku rasa da tak sesuai lagi. kalau nak sgt...sila beli dan apply kat kete sendirik. tak cukup dekat???






























dua kali tgk mcm rim yang ditindik subang penuh telinga. eh...gangster laa plak bunyi nye kannn...aku harap brand achilles ni ok dan tak bising. ekceli aku nak amik tayar yg tahan sikit tp takde stok plak utk size ni. alang2 da sampai sini...jan laa mbuang masa. pilih jelaa kalau da di rekemen elok.








total semua skali $1100. aku puasati ngan harga dia. sbb bkn akak yang bayar diknoon...muhahahaha. yelaa kalau aku nk je rembat rim asal honda je. setel...takyah pening2. da laki aku nak sgt. sila bayar. tayar baru..rim baru. kos ni termasuk laa trade-in tayar+rim lama $700 dan ganti skru. alignment and balancing..complete laa utk keperluan 4 bijik tayar tu. dan selama 2jam stgah aku tercongok kat situ. kebas bontot akak...rasa mcm kempis githeww. aauuwww!


 


 p/s: but.....i miss my old jerry. how???








Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

2 comments:

  1. Nak cari tayar? Cuba website https://mytayar.com
    Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    ReplyDelete
  2. Nak cari tayar? Cuba website https://mytayar.com
    Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    ReplyDelete