Tuesday, February 21, 2012

Creepy.....the most seram story ever!




Exceli....aku blogwalking kat satu tempat ni. then....dia post kan story seram by reader dia. siyes....aku seram. aku baca entry ni kat opis. meremang siot bulu2 aku. aku xtau nape aku mcm bole feel sebab cite dia pasal uma kuates yg dia duduk ni...design nye mcm kuates aku. dijamin sangat seram ye anak2. ni pun aku mcm pikir 2-3x nk balik uma. bole?



tapi aku pun satu gak..gatal tangan nak klik and terus baca. aku ni teda laa pengalaman pelik2 or senang nak nampak benda2 ke apa. just kadang2 tu meremang jelaa. before this masa aku mula2 kawin aku sewa kat Selayang Heights. owner dia ni baik...and masa mula2 masuk uma tu aku bagi salam mcm biasa. cicak pun tak jawab masa tu. so...i kira uma ni ok. yelaaa atok aku dulu ckp kalau masuk uma baru bagi salam ade cicak jawab means uma tu ade something. tp aku tak suka nak fikir melewang sangat. niat baik laa kata..


uma lama ni ade 3 bilik. so..tak bape nak seram sangat. lagipun kawasan kejiranan kat sini ok. maksud ok ialah bising. biasalaaa uma apartmaniam. kadang da tengah malam pn bingit. da le sebelah tu jalan besar. so...ala2 hiburan laa utk aku malam2 kalau laki aku takde. tapi........orang cakap uma btingkat2 ni mmg sinonim ngan bunyi org main guli. yeh? sepanjang 6 bulan aku menyewa kat situ...tiap2 malam dga. tp aku tak le meremang or seram2 sejuk kan. sbb...mak buat kekdah 'ade aku kesah'?



uma aku tingkat 12...paling atas is 13th floor. yang aku tau atas ni mmg teda org duduk. paham2 jelaaa kan. bukan setakat bunyi guli...main bam2 bola. melompat2 macam main skipping. eh...gila aktif nye? but its never bother me and hubby. bila da siang baru aku cite ngn laki aku. macam biasa...laki aku akan buat tak tau dan mengatakan bahawa isteri nya suka fikir benda2 mistik. tapi......tapi......tapi.......ade satu malam tu lepas 2bln dok uma ni kan tetiba aku rasa semacam. baca doa dah pelbagai...tp kena tindih juga.



nak dijadikan cite malam tu aku tido xbape nak nyenyak. jap..jap tjaga...tbangun. laki aku ni paten kalau tido suka bukak pintu sikit. kata nya biar ade cahaya. padahal dia tak tau ke bini dia ni penakut dan xsuka kalau tido ade nampak celah2 yg tebuka? kalau nk cahaya pakai je lampu jalan tu. peel giler...skali aku terpandang kat pintu yg tbukak tu and aku nmpk lembaga itam tga lintas langsung kat luar tu...siyes tak tipu. figure dia like...tinggi...rambut mmg panjang sangat...elok je lembaga tu lintas PAP! lampu semua padam. blackout and trus dga suara baby menangis. aku takut giler terus nak baca ayat kursi kena hempap. susa sangat nak baca kursi ke apa time ni. lawan punya lawan last2 aku pn xsedar da subuh. laki aku mmg xsedar lgsg sedangkan aku rasa aku da tahap menyepak2 dia. tido mati......



then bila aku dapat pindah kuates...aku mcm tbawak2 laa benda yg aku alami sblm ni. tapi buat2 yakin jelaa pecaya insyaallah uma baru ni ok. actually aku lega sebab dpt laa g keje dekat sikit. bukan sikit...dekat banyak sebab jarak uma ngan ofis hanya 1.2km sahaja. jalan kaki pun lepas kau. masa mula2 amik kunci and tgk uma for the 1st time.......aku mcm haaaaaaaaaa besar nye!! OMG bilik kau...apesal banyak sangat??? habuk hampas toksah ckp laa mmg tebal. masuk2 je bagi salam. uma ni mmg suram je...lagi2 aku yg paling atas. xpe...xpe...belum isi barang lagi.





uma ni total bilik ade 6 termasuk 1 stor luar. bilik semua pada aku besar2 even dalam pelan tulis bilik tu single bed punya. still besar pada aku sbb da biasa dok dalam uma yg sedehana comel2 belaka. apa yang buat aku rasa cite akak lebih kuang ngn uma aku ialah bila dia bgtau masa hantu tu lintas langsung kat dapo. cer tengok gambar dapo aku ngn tempat ayat kursi kat dinding tu. lebih kuang ke sama? bole feel??? errkkk adoi meremang laaa pulak!









yang tu bilik bibik....pelan yang ckp laaa. tp aku buat jadi bilik stor barang. masa ni baru pindah...uma huru hara lagi. semua letak asal bole. janji jan sepah kat depan. masa mula2 masuk uma ni...bilik bibik ni paling aku seram. aku nk je tutup..tp mak aku xkasi. biar laa tbukak. bayangkan aku masak mcm mana. bpeluh2 sbb jap2 asik pandang bilik tu. skg ok da... :-)





laluan yg panjang ke living room utama ni kalau ikutkan pada bayangan imaginasi aku.....seram. sbb aku salu terasa mcm ade org lalu2 kat situ. padahal xde...sbb terlebih imaginasi. yelaa kalau kau da dok sorang2 tunggu laki balik tak timbul2..tak ke kau asik2 tpandang kat area tu? kannnnnnn????




bilik ujung tu kosong mula2. skang da ade family abang aku dan beterima kasih juga sbb dorang sudi dok ngn aku. kalau x...petang2 aku takut nak balik uma. sanggup dok opis yg sedia kala bhantu. eh



yang ni bilik paling ujung belah kiri ni plak bilik single bed. bilik ni antara yg paling jarang dibukak dan teda langsir dibubuh. xtau laa nape. kalau family datang pun dorang xnk dok bilik tu. semua sanggup tido sepah. bilik belakang ni ok...cuma dia tsorok maybe org tak nk kot. tapi...laki aku akan bukak pintu ni bila weekend. biarlaaa berudara sikit kan..





bilik bacaan. bilik ni pun kalau aku sorang kat uma mmg takde makna nye nk lepak main lappy ke apa kat sini. kalau da dasar penakut...siang2 pun kecut semacam. alhamdullilah setakat smp hari ni aku menetap kat uma ni...xdelaa benda2 yg menyeramkan mcm yang akak tu cite kan. creepy woooooo....cuma last month something happen and aku tak tau nak kata apa.


week tu mmg cuaca panas. malam tido pun mmg xselesa giler. panas ok...aku kan tak suke laki aku bukak pintu sekerat tu..alih2 dalam pukul 4.30 pagi cmtu aku tjaga sebab bpeluh semacam. buka mata je gelap gilerrrrrrrrr and KIPAS ANGIN tu OFF!!! kegilaan apa ni??? almost 2 years dok sini baru nak bgurau ke apa? seingat aku laaa aku tak tutup pintu rapat2. xdenya laki aku nk tutup kipas tu sbb dia paling mengeletis panas siap sembur2 air atas katil bagai.



aku takde laa rasa takut sangat sbb nak dekat subuh pun. otak kanak2 aku berkata...kalau da pukul 4 pagi. hantu da takde. bole? actually....since aku dok uma ni lagi aku dga macam2 bunyi. tapi rasa takut tu takde laa sampai aku nak tkincit kuar dari uma. laki aku pn salu dengar bunyi pelik2. cuma dia blagak macho kekadang tu. kitorg kan atas sekali kan. apa jadahnya bunyi org main guli atas bumbung? bunyi pasir bersepai atas bumbung? tak laa hari2......cuma mcm da tebiasa. kalau layan sangat mata panda laa jawabnye.



just aku rasa nak gelak bila...ade satu malam tu Arsenal punya game about 1.30 am cmtu laa. aku da tbongkang tido xkuasa nak join mamat tu tgk bola. tetiba kan......rasa something meluru kat aku. dalam tido pun bole rasa tau. hehehe skali kau........laki aku ok! dia menggelabah sbb dengar ade benda jatuh kat atas bumbung hall depan. muka dia mcm budak2 balik mengaji yang cabut lari ketakutan. seriously! last2 aku kena seret ngn bantal peluk teman dia tgk bola. hahahahahahahaha belagak lagi kan?











Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment