Saturday, December 10, 2011

siasatan bermula....ececece




rentetan kes curi kat uma aku ni kan....malam tadi aku wat siasatan. tido lambat tu....tapi sebenarnya aku terjebak tengok cite Walking Dead marathon...bole? sekali abis aku  layan sampai jam 2 pagi!! at that time aku mmg da standby kot2 ade dengar org naik kat level uma aku ke kan.

aku pn teda laa brani sgt...yelaaa buatnya aku bukak pintu tu skali yg nampak...lembaga ke ape. tak ke pengsan? kompem laki aku xsedar bini dia collapse sebab dia syok main game..eh naya. cmne pn aku beranikan laa diri jugak. aritu aku igt sensor bapak aku ada lagi. da xbole pakai...adoii ciss. kena guna iktiar lain ni.

around 1.30 am cmtu aku mmg asik dengar pintu lif tu ade org naik turun. mak da suspen ok time ni. aku pun senyap2 laa dok denga kat pintu mana tau ada bunyi tapak kaki kan...pintu uma aku ni lain skit dari uma2 yg normal. errkkkk...dia pattern pintu kayu mcm pintu pejabat lama. da laaa kayu...berat gile pintu ni. kalau ade pencuri masa aku bukak pintu nk sergah dorang mst da cabut sbb pintu ni mengeluarkan bunyi yg kuat. masalah jugak ni nak wat seprise kat pencuri. mmmmm


so aku gugel laaa any sensor yg oklaaa utk dipakai jangka masa pendek ni. sebab nak tau sepa punya keje je. aku ade tgk kat JJ ade jual wireless sensor. mcm ok...cuma takut dia sensor benda lain plak. haishhh takut lagi. apelaa aku ni. nak siasat tapi kecut perut. yelaaa area uma aku ni da laa mcm utan simpan. seram ok kalau xcukup berani. padahal dok KL....eh antu2 zaman skg mana kira KL ke KG da.


sensor kat JJ tu simple je..dia ade infrared ke ape ntah. xingatlaaa plak...aku plan balik dari kg ni aku nk singgah JJ..kalau harga dia bebaloi bole laa sambar..kalau x..tgu gaji laa nampak gaya. huahuahua tapi mmg nak try beli satu. then around 2.30 am cmtu aku dengar lagi lif tu buka and naik area uma aku. kali ni aku tgu kat dapo..sbb dapo aku bole nmpk org turun naik lif. mmg sah ade org dan budak2 yg salu lepak kat bawah park ni. aku xsergah sbb aku nk cam je dulu. tp xbape clear sbb mcm lipas kudung. dia mcm ronda tiap uma tgk ade benda yg dia bole sebat. and aku xnmpk pn dia blah sbb dia naik pakai lif turun pakai tangga.


ok. bijak. tapi kau xbrapa nak bijak jugak sbb skg aku da nmpk kelibat kau. pasni aku pastikan kau xkan tlepas! biar malu mak bapak kau tau apa keje anak dia cuti2 skola ni. aku piat2 telinga kau bila aku dpt. awas!






Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment