Friday, December 02, 2011

The Marie Tiramisu





as i said semalam nak try this recipe kan....yaaa bejaya jugak laksanakan tidak lebih dari dua hari. sbb salunya aku cukup rajin kuakan butter then masukkan balik dlm frigde. berangan...


tapi resipi ni aku rasa sesuai panggil merry lapis tiramisu..sbb buat pakai biskut merry. hahaha suka2 je tukar nama. ampun! apa2 pn after try buat and makan...i think rasa dia not bad. untuk orang mcm aku xpenah makan tiramisu..ni mcm pra pengenalan laa kot. tak kisah janji da cuba...yang penting habis. dilema betul kalau kita masak or baked something..xabis. tekenang2 pada makanan yg xabs dimakan tu.


lagipun laki aku ni bkn patern suke dessert. sikit2 tu bole laa. ade time2 je akan terbit keinginan dia tu. hehehe





resipi ni aku amik blog akak ni jugak. cair aku tgk semua resipi2 dia. cuma aku oter sikit sebab kat uma aku bdua je. kalau buat banyak2..pastu tak jadi. seksa perasaan tgk benda bazir2 ni. jadi...i cut half utk semua bahan dlm resipi tu.


Bahan :

Bahan A
1 bungkus biskut marie perisa coffe
Sepeket nescafe 3 in 1 (utk dicelup dengan biskut)

Bahan B
250g cheese cream (Philadelpia/Tartura) - i used tartura
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus
Milo (utk tabur atas)

Cara :

Sediakan loyang
Sebaiknya loyang loose pan supaya mudah kita nak keluarkan kek nanti
Lapik dasar loyang dengan baking paper atau kertas minyak

Satukan cheese dan gula halus dan pukul hingga sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati.

Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam air nescafe yang suam2 panas
Dan terus susun dalam loyang
Pastu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan
Ulang proses melapis biskut dengan kaedah yang sama selapis demi selapis
kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis
Biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Tabur milo kat atas cheese.
Masukan dalam peti sejuk, dan biarkan selama sekurang kurangnya 6 jam sebelum dipotong.



senang bukan? so..after this baru laa bole aku try pakai mascapone cheese. biskut jejari da beli tapi sayang nak pakai bole? nk tgu avatar baru thegeh2 nk guna...





Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

1 comment: