Sunday, November 27, 2011

Marble Cheese Brownies



semalam dapat arini da pakai. teruja kannnnn.....laki aku ckp dia xpenah makan brownies. brownies tu apa. laaa yeke xtau apa benda tu? sian.....aku pun xtau. sbb aku sendiri tak penah makan. so..kebetulan ade pot ni ktorg projek laaa gugel resipi brownies ni. aku refer je kat link akak ni. mmg suke sangat tgk blog dia. da laa foodografi dia cun....asal buka je meleleh air liur aku ni haa. mmg best! 

so ktorg try this resipi from blog akak ni


MARBLE PIE BROWNIES
Sumber : Majalah SEDAP

Bahan Pie
75 gm mentega tawar sejuk - ita guna jenama Anchor
25 gm gula aising
1/4 sudu teh garam
1 biji kuning telur
150 gm tepung gandum
1/2 sudu makan air sejuk

Bahan Brownies 1
150 gm marjerin - ita guna Daisy
250 gm coklat masakan hitam, dipotong2
3 biji telur
125 gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
50 gm tepung gandum
15 gm serbuk koko - ita guna Vanhouten
10 gm susu tepung
1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahan Brownies 2
100 gm krim keju - ita guna Anchor
25 gm gula aising
1/8 sudu teh garam
11/2 sudu teh kulit lemon diparut
1 sudu teh air perahan lemon
1 biji kuning telur
50 gm coklat masakan putih - cairkan

"DO IT YOURSELF"

Pie
Kacau bahan lapisan bawah sehingga rata. Uli hingga sebati. Canai nipis adunan. letakkan di dasar loyang bersaiz 22 x 22 x 4 cm. Cucuk2 kan dgn garfu. Bakar selama 20 minit dgn suhu ketuhar 170C sehingga setengah masak. Ketepikan.

Brownies 2
Pukul semua bahan 2 hingga lembut. ketepikan

Brownies 1
Panaskan marjerin. Matikan api. Masukkan potongan coklat masakan hitam. kacau sehingga larut dan sejukkan.

Pukul telur, gula pasir dan garam sehingga pekat selama 2 minit. Masukkan campuran marjerin sedikit demi sedikit sambil pukul rata.
Masukkan tepung gandum, serbuk koko, susu tepung dan serbuk penaik sambik diayak dan dipukul perlahan.
Tuangkan di loyang yg telah dilapiskan dgn Pie tadi. Sudukan Browinies 2, tompok2 diatasnyer dan bentukkan marble dgn menggunakan lidi.
Bakar selama 45 minit dgn suhu 180C sehingga masak.




tapi.....aku punye jadi mcm ni...






rasa cheese ngn coklat dia mmg sedap sangat. cuma isi dalam dia aku rasa bukan mcm tu rupanya. aku tak amik gmb pn sbb ktorg makan yg atas tu je. yg lain tu BUANG......brownies aku ni bila potong dia mcm lembab giler and pelik tekstur dia. xtaulaaa jadi ke x sebenarnya. maybe sbb aku telampau teruja tgk pkataan turbo kat mixer tu atau aku tak folo instruction atau aku miss salah satu step. haish....ntahlaaaa. orang cakap brownies ni dalam dia mcm basah2 lembik kat tga2. yeke? ke mmg cmtu? nk try beli kat secret recipe then buat lagi skali. DIY!



cuba lagi smp berjaya! ganbate kudasai!!!




Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment