Monday, October 03, 2011

Ketam masak lemak




sabtu ritu aku kena ikut laki aku balik kampung semata2 nak pegi anta PC baru yg abang ipar dia kirim beli kat loyat. semata2 ok....da aku ckp jan bjanji ngan orang kalau kita pun tak sure minggu ni balik kg ke tak. bila da tersepit ko pun heret bini ko skali. bijak.


seb baik laki aku ni kol dulu. ade kenduri sedara kat Segambut. so..alang2 org kg turun KL ape kata ko tumpangkan je PC tu kat bonet sedara ko. mtk tolong dorang pass kat abang ipar mu itu. abis citer. bukan nak kedek...tp masa2 kronik mcm ni kena laa bajet2 sikit. baru je last week ko balik kan. kalau kita ni laki bini tokei minyak tak pelaa..ko nak balik hari2? mak ok jer....


ini telah membawa berita kegembiraan utk mak aku. since dia tau aku kansel balik kg kan....so dia request aku masak utk dia. tacing nyeeeeee....feeling ala chef jap. bab masak menibai ni mmg laa. maybe aku suke masak benda yg paling jarang dia dpt makan and dia tak penah masak sendiri. bunyi macam poyo tapi ia benar.


untuk mak....no problem! menu ketam...yg penting kena sukses dalam nk pow bapak aku. hooooyeaahh pot ckp abah da beli ketam...tp lauk lain dia da cantas. ok saya tak marah bapak saya kenapa dia kedek cantas lauk lain. saya paham...eceh. bersyukurlaaa bapak ko nk sponsor ketam nok. so aku plan nk masak ketam masak lemak yg mak mertua aku ajar. kira nk tunjuk bagus laa ni depan mak sndiri kan...tuiiii



Bahan :

  • 5 ekor ketam besar
  • 5 ulas bawang merah kecil - kisar
  • 3 ulas bawang putih- kisar
  • 1 inci kunyit hidup - kisar
  • 1 inci lengkuas - ketuk
  • 1 asam keping
  • 1 helai daun kunyit - simpul
  • 2 bungkus pati santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 biji nenas josephine. nenas biasa pn okey..tp kalau jenis ni manis. kalau nenas tu kecik..guna semua

Cara :


  1. masukkan ketam dan bahan kisar. Jerang atas api dalam 3 minit. tutup api and set aside.
  2. masukkan santan pekat dan nenas. Garam dan gula secukupnya.
  3. masukkan ketam dalam santan tadi dan masak lagi dengan api perlahan.
  4. kacau untuk elak santan pecah minyak. 
  5. da siap...bole makan ngan nasi panas and belacan + ulam sikit. wah!




dibawakan live dari Sri Gombak...ecececece




bai





Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment