Tuesday, September 27, 2011

Nasi Arab with Kabsa Lamb plus Ayam Mandi Versi Jawa








Nasi Arab with Kabsa Lamb and Ayam Mandhi versi Jawa.


  • 3 pot beras basmathi - rendam 20 minit dan toskan
  • 3 sudu besar minyak sapi - i reduce tu 2 tbsp
  • 4 cawan air rebusan. 
  • 1 biji bawang besar- hiris
  • 3 ulas bawang putih - hiris
  • Halia
  • kismis - tak letak pun

  • Untuk tumisan 
    - 1 batang kayu manis
    - 2 kuntum bunga lawang
    - 4 biji buah pelaga
    - 2 kuntum bunga cengkih
  • Pewarna kuning / saffron - pun tak letak
  • 1 tsp serbuk kunyit.
  • Garam secukup rasa.

Untuk lauk :

  • Lamb dalam 4 keping. (saya beli kat jusco je)
  • Ayam dalam 6 ketul (potong kecil)


Cara masak lamb ni aku pakai agak2 je.

  1. Reneh lamb tadi dalam pan. air reneh nak guna untuk nasi. da mendidih angkat lamb set aside.
  2. Panaskan minyak tumis bahan tumis, bawang putih, bawang besar dan halia sampai naik bau. 
  3. tuang air rebusan lamb tadi dan masuk garam secukup rasa. Dalam kes ni...saya tumis dalam rice cooker atas dapo gas.
  4. Masukkan nasi. kacau dan rata kan. pindahkan rice cooker masak nasi seperti biasa.
  5. Letak lamb tadi on top beras. Nanti nasi da masak...i guarantee u its look mabelesssssssss! sbb lamb tu akan cantik terletak atas nasi.

Bahan untuk Ayam Ungkep :

  • 2 tbsp minyak
  • 3 biji bawang kecil- tumbuk
  • 3 ulas bawang putih - tumbuk
  • halia - tumbuk
  • 1 tsp jintan manis - tumbuk
  • 2 biji kentang - potong 4
  • 1 keping asam keping
  • 1 tsp serbuk kunyit
  • 1 btg serai - dititik
  • 2 cawan air
  • garam secukup rasa


Cara :

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang2, halia dan jintan manis sampai naik bau
  2. Masukkan serai dan asam keping.
  3. Masukkan ayam, kentang dan kunyit. Masuk garam dan gaul rata
  4. Tutup periuk dan tunggu sampai ayam masak. api jan besar sgt
  5. Kalau kentang da lembut empuk means ayam da masak. tutup dan bole hidang.
  6. Ayam ungkep ni bole gak masak ngan cara lepas tumis dan masuk ayam dalam 3 minit dan pindahkan ke dalam foil aluminium. bakar dalam oven in 15-20min. pun boley....

Untuk sos :


  • 1 biji tomato - i used 3 biji
  • 5 biji cili hijau - i used 3 biji cili merah
  • Daun ketumbar - racik halus (ni pun teda)
  • Garam dan gula
  • 1 tsp lemon - i used apple vinegar.
Blend semua bahan. *sepatutnya ade daun ketumbar. isk..isk...masakan asbo




masakan ayam ungkep ni atok saya ajar. atok saya org jawa dan saya tak penah tanya dia ape maksud ungkep. saya tau mencekik je. masa makan kat saba'a ngn al-rawsha ritu..ayam mandi dia seakan2 ayam ungkep atok aku ni. so..aku pun memandai laaa match kan ngn nasi arab. ade mak kisah?


sekian....masakan ayam saya akan perbaiki lagi mutu gambar dan rasa.


bai



Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

2 comments:

  1. bagus blog ini. blog ini mengajar banyak resipi yang sedap-sedap. masukkanlah resipi banyak-banyak lagi. THUMBS UP ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u singgah blog saya. insyaallah..more recipes to come :-)

      Delete