Sunday, June 26, 2011

yayyyyy pass!

arghhh lama nya tak update blog...cite banyak tapi xde kesempatan nak taip. keje melambak2...fuhhh next week kursus plak. hadoiii....seb baik laa kursus sponser. aritu kan aku exam CTFL..aku pass jugak. finally..punya laaa seksa tunggu weh...macam berak keras. camtu laaa seksa dia. haaaa seb baik nok aku pass even cukup2 makan je. alhamdullilah...memadai laaa dari gagal kan.



well....bagi meraikan kejayaan yang ayam2 ni..maka utk lunch arini aku bikin masakan yg senonoh sikit dari selalu. hehehe salu aku masak campak je. ngeeee baru ni bjaya buat asam pedas! riak!! wooo mana x..laki aku kan cukup ske kondem masakan aku yg bcirikan asam pedas. yelaa masa tu aku baru kawin..menuntut ngn mak mertua pun baru tahap batu caves...lom smp gunung kinabalu. huauahua....skgni da blajar dari kesilapan. sayang mak mertua aku....suke...suke...ngeee


asam pedas ikan parang.


hubby always kritik like "ni asam pedas ke masak sambal?" pedih tapi benar. but this time.....hurmmmm laki aku makan senyap ok....kejayaan! kejayaan! rasa ikan ni mmg lemak giler...aku je yg xpandai makan ikan camni. cik usin org pior melaka pun seingat aku dia xpenah beli ikan ni. kalau g pasar...siyes fail aku nak kenal ikan ape. setakat kembong..selar yg basic tau laa. pastu laki aku jenis kalau cakap kat pasar ala2 nak pakai mic. saje kan nak malukan aku. biar apek pasar tau bini dia tak tau nama ikan. coiii!!!!

walaupun ia xlaa setanding yg MIL aku masak...at least i put my effort learn to cook this. hehehe...



Asam pedas ikan parang

4 ketul ikan parang (sbb ade 4 org nak melantak)
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
kunyit hidup besar ibu jari. 
cili blend 1 senduk nasi. (tak nak pedas sangat)
1 sudu besar asam jawa. (aku pakai extract adabi je)
belacan sikit jer.


Kaedahnya :

1. Tumiskan bawang putih, merah. Tumbuk kunyit....then masukkan belacan
2. Tumis sampai naik bau
3. Masukkan cili blender
4. Tumis lagi. Api jan besar sangat
5. Then masukkan 3 cawan air
6. Masukkan asam jawa adabi tadi. masak sampai didih sikit.
7. Masukkan ikan tadi. Kuah kalau tak pekat sila tambah asam jawa skit lagi. *Asam jawa bfungsi utk memekatkan kuah.
8. Garam secukup rasa...dan tidak dilupakan perisa kebahagian=AJINAMOTO. tp aku xpakai pak aji. aku guna CUKUP RASA.


senang bukan? kalau masak asam pedas ikan ni tak bape nak leceh bebanding wat asam pedas daging. i mean bukan leceh sbb susah...cuma bahan dia banyak. selepas ini haruslaa praktis utk asam pedas daging pula. wah! lapar laaa plak kalau buat entri makanan ni. hoiiii diet!



Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment